backup og meta

Suka Paha, Kepak Atau Dada Ayam? Ini Jumlah Kalori, Protein & Lemak Setiap Bahagian Ayam

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/05/2023

    Suka Paha, Kepak Atau Dada Ayam? Ini Jumlah Kalori, Protein & Lemak Setiap Bahagian Ayam

    Jika makan ayam, anda gemar memilih bahagian ayam yang mana satu? Ada yang sukakan bahagian kepak, ada yang gemar ayam bahagian thigh, dan ada juga yang sangat suka makan kaki ayam.

    Di sebalik kegemaran anda terhadap potongan ayam seperti ayam bahagian tight ini, tahukah anda bahagian manakah yang rendah kalori tetapi tinggi kandungan protein? Ini yang patut anda tahu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Bahagian ayam berbeza berikan jumlah kalori dan protein yang berbeza

    Ayam merupakan lauk pilihan popular apabila seseorang itu ingin memilih sumber protein tanpa lemak. Ini kerana ayam mengandungi kandungan protein yang tinggi dan rendah lemak dalam satu-satu hidangan.

    Selain itu, ia mudah untuk dimasak di rumah dan tersedia di kebanyakan restoran atau kedai makan.

    Hidangan ayam boleh didapati pada hampir semua menu, tidak kira jenis masakan atau hidangan yang anda makan.

    Tahukah anda, bahawa setiap potongan ayam itu mempunyai kiraan kalori, lemak dan nilai pemakanan yang sedikit berbeza selain bergantung juga dengan cara penyediaannya.

    Bahagian ayam dan jumlah nutrisinya

    Untuk difahami dengan lebih baik, ini penerangan lanjut mengenai jumlah kalori, protein dan lemak bagi setiap potongan ayam yang biasa anda makan. 

    #1. Bahagian dada

    bahagian ayam

    Dada ayam merupakan salah satu potongan ayam yang paling popular. Ia tinggi protein dan rendah lemak, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk mereka yang cuba menurunkan berat badan.

    Ia juga pilihan yang popular bagi mereka yang sedang membina otot badan.

    Satu dada ayam tanpa kulit, tanpa tulang dan telah dimasak (172 g) mempunyai pecahan nutrisi seperti berikut:

    Kalori: 284

    Protein: 53.4 g

    Karbohidrat: 0 g

    Lemak: 6.2 g

    Untuk 100 g hidangan dada ayam, ia akan memberikan sekitar 165 kalori, 31 g protein, dan 3.6 g lemak.

    Ini bermakna, kira-kira 80% kalori dalam dada ayam berasal daripada protein dan 20% lagi berasal daripada lemak.

    #2. Kepak ayam

    Kepak ayam merupakan antara potongan ayam yang amat digemari oleh penulis.

    Tahukah anda bahawa kepak ayam merupakan antara potongan ayam yang paling sihat, selagi mana ia tidak dimasak dengan kaedah yang akan menambahkan jumlah kalorinya.

    bahagian ayam

    Satu kepak ayam tanpa kulit dan tanpa tulang (21 g) mengandungi:

    Kalori: 43

    Protein: 6.4 g

    Karbohidrat: 0 g

    Lemak: 1.7 g

    100 g kepak ayam memberikan anda 203 kalori, 30.5 g protein, dan juga 8.1 g lemak. Ini bermakna 64% daripada kalori datang daripada protein dan 36% daripada lemak.

    #3. Ayam bahagian thigh

    Bahagian ini mungkin merupakan antara potongan yang sering dicari-cari jika datang ke kedai makan.

    Bahagian atas paha ayam ini lebih lembut dan berperisa berbanding daripada dada ayam kerana kandungan lemaknya yang lebih tinggi.

    Satu thigh ayam tanpa kulit, tanpa tulang dan telah dimasak (116 g) mengandungi:

    Kalori: 208

    Protein: 28.8 g

    Karbohidrat: 0 g

    Lemak: 9.5 g

    Satu hidangan 100 g thigh ayam menyediakan sebanyak 179 kalori, 24.8 g protein, dan 8.2 g lemak. Oleh itu, 55% daripada kalorinya berasal daripada protein manakala 45% pula berasal daripada lemak.

    #4. Bahagian ayam: Paha

    bahagian ayam

    Biasanya, kanak-kanak lebih menggemari bahagian paha ayam ini. Seketul paha ayam tanpa kulit dan tanpa tulang (96 g) mengandungi sekitar:

    Kalori: 149

    Protein: 23.2 g

    Karbohidrat: 0 g

    Lemak: 5.5 g

    Manakala bagi setiap 100 g paha ayam pula, ia mempunyai 155 kalori, 24.2 g protein dan 5.7 g lemak.

    Apabila bercakap tentang kiraan kalori, kira-kira 65% daripadanya berasal daripada protein manakala 35% pula berasal daripada lemak.

    Bahagian paha ayam biasanya mempunyai kandungan lemak yang banyak. Oleh itu, elakkan makan kulit ayam yang melapisi daging paha tersebut bagi mengurangkan jumlah kalori dan juga lemak.

    Kesimpulan

    Jika disusun mengikut bahagian ayam yang paling sihat, tentunya dada ayam berada di kedudukan yang pertama.

    Ia kemudiannya diikuti dengan kepak ayam, thigh dan kemudiannya paha ayam.

    Namun, ia juga bergantung kepada cara pemakanan dan kaedah memasaknya. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan