Apakah cara untuk menentukan sama ada gejala yang dialami itu adalah simptom anemia atau tidak? Ini kerana sesetengah tanda anemia itu juga boleh didasari oleh masalah perubatan lain.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Apakah cara untuk menentukan sama ada gejala yang dialami itu adalah simptom anemia atau tidak? Ini kerana sesetengah tanda anemia itu juga boleh didasari oleh masalah perubatan lain.
Usah bimbang kerana dalam perkongsian artikel ini, anda akan dapat mengetahui mengenai keadaan dan simptom anemia dengan lebih mendalam. Akan tetapi sebelum itu, ayuh kita fahami dahulu mengenai penyakit anemia ini.
Anemia merujuk kepada keadaan yang menyebabkan tubuh anda mengalami kekurangan hemoglobin (sel darah merah sihat untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan). Sekiranya anda mempunyai keadaan ini, badan tidak mendapat oksigen yang cukup untuk berfungsi dengan baik1.
Terdapat pelbagai jenis anemia iaitu2:
Simptom anemia yang mungkin berlaku seperti cepat letih, badan lemah, kulit pucat, kadar jantung yang tidak normal, kesukaran bernafas, sakit dada, tangan dan kaki sejuk serta sakit kepala1.
Tanda atau simptom anemia cenderung tidak dapat dikesan pada permulaannya. Simptom-simptom akan menjadi semakin teruk apabila anemia berlaku. Adakalanya anda mungkin tidak mengalami langsung sebarang simptom.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom yang muncul, sila berjumpa doktor segera.
Penyebab utama anemia adalah kekurangan sel darah merah. Ini sering berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi atau kehilangannya melalui pendarahan3.
Kadangkala, tubuh anda sendiri boleh memusnahkan sel darah merah itu, lalu mengakibatkan anemia.
Selain itu, anemia juga boleh disebabkan oleh banyak keadaan kesihatan lain melibatkan kehilangan darah seperti ulser, buasir atau gastritis.
Mengalami penyakit kronik yang mengakibatkan tubuh tidak mempunyai hormon mencukupi untuk menghasilkan sel darah merah juga boleh menjadi punca anda mengalami simptom anemia.
Ini termasuklah hipertiroidisme, hipotiroidisme, penyakit buah pinggang kronik, lupus dan penyakit jangka panjang yang lain3.
Anda mungkin mempunyai risiko mengalami tanda anemia yang lebih tinggi jika1:
Jika wujud simptom anemia, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis lengkap memandangkan ia boleh menjadi petunjuk kepada penyakit yang lebih kronik.
Anemia boleh didiagnosis melalui sejarah keluarga dan ujian darah untuk memeriksa sebarang tanda dalam sel darah merah pesakit3.
Sebaik sahaja pesakit didiagnosis dengan anemia, mereka mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut untuk memeriksa keadaan perubatan yang seterusnya.
Biasanya rawatan bagi merawat anemia adalah bergantung kepada jenis yang dialami.
Sekiranya anemia adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi atau vitamin, rawatan mungkin boleh dilakukan melalui cara pengambilan makanan tambahan untuk mengatasi masalah kekurangan zat besi dan vitamin tersebut.
Jika simptom anemia berlaku disebabkan pendarahan dalaman, anda mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menghentikannya. Bagi anemia yang melibatkan gangguan genetik seperti anemia sel sabit, pemindahan sumsum tulang mungkin diperlukan3.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah lain, doktor mungkin akan memberi tumpuan kepada rawatan masalah yang dialami.
Anda mungkin diberi ubat yang boleh membantu mengurangkan simptom yang terjadi.
Terdapat beberapa jenis anemia seperti yang diwarisi keluarga sekali gus tidak dapat dicegah.
Walau bagaimanapun, anda boleh mencegah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi dan vitamin dengan mengamalkan diet pemakanan seimbang serta sihat3.
Anda disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi1:
Anda juga digalakkan untuk minum air secukupnya kerana berdasarkan kajian amalan tersebut dapat membantu mengekalkan tahap hemoglobin.
Sama ada keadaan bersifat sementara atau kekal, anda masih boleh menguruskannya dengan mendapatkan ubat-ubatan yang betul serta mengamalkan diet sihat.
Sekiranya mempunyai kebimbangan sama ada mendapat cukup vitamin dan mineral daripada makanan atau tidak, sila berunding dengan doktor bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen