backup og meta

Tingkatkan Sistem Imun Anda! Ini 5 Produk Vitamin C Terbaik Tahun 2023

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Tingkatkan Sistem Imun Anda! Ini 5 Produk Vitamin C Terbaik Tahun 2023

Vitamin C atau asid askorbik merupakan sejenis nutrisi yang penting untuk badan. Ia diperlukan untuk membentuk saluran darah, tulang rawan, otot dan juga kolagen dalam tulang. Selain itu, vitamin ini juga penting untuk menguatkan sistem imun badan. Sebab itulah, anda perlu tahu cara untuk memilih suplemen vitamin C terbaik, sesuai dengan keperluan badan dan juga gaya hidup anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut tentang beberapa jenis suplemen vitamin C terbaik di farmasi.

Jom, baca lebih lanjut dan lakukan perbandingan sebelum beli. Jadilah pengguna yang bijak!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

5 produk vitamin C terbaik di pasaran

vitamin c terbaik

Selain dapat meningkatkan sistem imun badan, vitamin C merupakan sejenis antioksidan penting yang dapat melindungi badan daripada radikal bebas.

Apa itu radikal bebas? Ia merupakan sejenis molekul yang dihasilkan badan setelah terdedah dengan asap rokok, radiasi dari matahari, sinaran X-ray dan lain-lain.

Radikal bebaslah yang bertanggungjawab terhadap pelbagai penyakit, misalnya penyakit jantung, kanser dan banyak lagi.

Selain itu, vitamin C dapat mengurangkan inflamasi dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Walau bagaimanapun, badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendirinya.

Oleh sebab itu, anda perlulah mendapatkan vitamin C daripada diet harian. Tambah lagi, ada banyak juga suplemen vitamin C yang boleh diambil untuk mencukupkan keperluan harian anda.

Kebaikan vitamin C untuk kesihatan:

  • Menurut kajian, suplemen vitamin C mungkin dapat mengurangkan simptom demam biasa dan meningkatkan sistem imun badan
  • Namun, vitamin C perlulah diambil secara berpanjangan, barulah ia dapat menunjukkan hasil
  • Terlalu banyak vitamin C boleh menyebabkan cirit-birit, loya dan sakit perut

Antara vitamin C yang boleh anda dapatkan di pasaran ialah:

1. Redoxon Double Action Chewable Tablets: Vitamin C terbaik dengan harga mampu milik

Redoxon Double Action Chewable Tablets merupakan satu jenama vitamin C yang tidak asing lagi di negara kita.

Produk ini dirumus khas dengan vitamin C dan zink yang sangat penting untuk kesihatan kita secara am.

Vitamin C dan zink bukan sahaja dapat meningkatkan daya tahan badan. Ia juga penting untuk memastikan tulang, gigi dan gusi kita sentiasa sihat.

Selain itu, gabungan vitamin C dan zink yang terkandung dalam produk ini juga dapat membawa manfaat untuk kesihatan kita, terutamanya untuk meningkatkan sistem imun badan.

Datang dengan perisa oren, vitamin C ini sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Produk ini tidak mengandungi gula tambahan. Ia diperasakan dengan sejenis manisan yang dikenali sebagai aspartame. Jadi, vitamin C ini sesuai diambil oleh penghidap diabetes jenis 2.

2. Flavettes Effervescent Glow Tab – Vitamin C terbaik untuk badan dan kulit

Nak sihat dan cantik pada masa yang sama?

Inilah masanya untuk anda cuba Flavettes Effervescent Glow Tab yang mengandungi gluthathione dan vitamin C yang dapat memperlahankan penuaan, memutihkan kulit wajah dan menguatkan daya tahan tubuh!

Dirumus khas dengan 1,000 mg vitamin C, 15 IU vitamin E dan 50 miligram gluthathione, Flavettes Effervescent Glow Tab dapat menaikkan seri wajah di samping memastikan badan anda kekal sihat!

Cara pengambilannya juga mudah. Cuma larutkan sahaja 1 atau ½ biji vitamin C dalam air dan ambil selepas makan.

Baca juga:

3. Bio-Life Non-Acidic Vitamin C – Vitamin C terbaik untuk perut sensitif

Jika anda mempunyai perut yang sensitif, produk dari Bio-Life ini merupakan antara vitamin C terbaik untuk anda.

Vitamin C yang terkandung di dalamnya tidak berasid dan akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam perut dalam tempoh masa 6-8 jam, sesuai untuk mereka yang menghidap gastrik, pedih ulu hati atau mempunyai perut sensitif.

Produk ini juga mengandungi bioflavonoids yang dapat meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C badan.

4. Blackmores Vitamin C 500

Blackmores Vitamin C 500 mengandungi vitamin C dalam bentuk asid askorbik yang dapat menyokong sistem imun badan dan meningkatkannya secara semula jadi.

Sekiranya anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan sering demam, anda boleh cuba ambil suplemen ini untuk kurangkan simptom yang dialami.

Selain itu, produk ini juga tidak menggunakan sebarang pemanis tiruan, sesuai untuk mereka yang ingin kurangkan gula dalam pemakanan harian.

Blackmores Vitamin C 500 juga dapat menyokong penghasilan kolagen. Disebabkan vitamin C adalah sejenis antioksidan, ia juga dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas terhadap sel-sel badan.

5. VitaHealth Vitamin C with Zinc+ Time Release Vitamin C

VitaHealth Vitamin C dengan Zink+ dapat membantu menguatkan sistem imun badan.

Selain itu, produk ini juga mengandungi vitamin C dengan kekuatan yang tinggi dan juga kandungan zink yang dapat memaksimumkan penyerapan vitamin. Anda hanya perlu mengambil vitamin C ini sekali sehari untuk menguatkan imunisasi.

Seperti yang diketahui umum, vitamin C terbaik dapat menguatkan imuniti, mempercepatkan penyembuhan luka-luka kecil dan mengandungi antioksidan yang penting untuk kesihatan kita.

Walau bagaimanapun, untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda perlukan lebih daripada vitamin C semata-mata.

VitaHealth Vitamin C dengan Zink+ juga mengandungi bioflavanoid seperti Citrus aurantium, rutin dan Citrus sinensis yang dapat meningkatkan penyerapan vitamin C.

Bukan itu sahaja, zink yang terkandung di dalamnya juga dapat menyokong tumbesaran yang sihat.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vitamin C. https://medlineplus.gov/ency/article/002404.htm. Accessed on January 11, 2023.
  2. Vitamin C. https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminC-Consumer/. Accessed on January 11, 2023.
  3. Vitamin C. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-c/. Accessed on January 11, 2023.
  4. Vitamin C. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-vitamin-c/art-20363932. Accessed on January 11, 2023.
  5. Vitamin C. https://www.nhs.uk/conditions/vitamins-and-minerals/vitamin-c/. Accessed on January 11, 2023.

Versi Terbaru

16/03/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Siapa Kata Vitamin C Untuk Lelaki Tidak Penting? Ini Antara 5 Kepentingannya!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 16/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan