Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Nak Pilih Produk Skincare Di Usia Remaja? Pilih Berdasarkan Jenis Kulit, Bukan Jenama!
Kenapa muka nampak kusam? Kenapa kulit makin kering? Soalan-soalan ini pasti sentiasa bermain di fikiran remaja yang mempunyai kulit kering. Ditambah lagi, mahu mencari skincare untuk kulit kering yang sesuai dengan kulit dan bajet. Aduh, buntu rasanya!
Untuk merungkaikan kemusykilan anda, teruskan membaca artikel ini untuk dapatkan maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Kenapa kulit makin kering ?
Menurut Healthline, mereka ada kongsikan beberapa punca kulit kering terjadi. Ia disebabkan oleh:
Disebabkan perubatan, seperti hipotiroidisme atau diabetes, atau keadaan khusus kulit seperti ekzema atau psoriasis
Wanita yang mengalami kulit kering.
Tip mudah pilih skincare untuk kulit muka kering
1. Pencuci muka, skincare utama
Langkah pertama dalam memilih pembersih muka ialah dengan memastikan ia mengandungi kandungan yang menghidratkan.
Pastikan ia bebas alkohol dan tidak berbuih. Anda boleh dapatkan produk yang mengandungi asid stearik (terdapat dalam mentega shea) atau asid linoleik (terdapat dalam minyak argan) untuk membaiki kulit anda.
2. Toner
Kemudian, anda perlu pastikan agar memilih skincare untuk kulit muka kering yang betul. Di pasaran, ada banyak toner menggunakan alkohol sebagai bahan utama, yang mengeringkan kulit. Jadi, anda perlu elakkannya.
Contohnya, cari toner yang melembabkan kulit seperti asid hyaluronik, vitamin E dan gliserin.
3. Pelembab
Pelembap antara perkara yang penting dalam skincare untuk kulit kering. Anda boleh sapukan pelembab beberapa kali sehari bagi memastikan kulit anda sentiasa lembab dan menjadi lebih sihat.
Anda boleh cari produk yang menggunakan bahan pelembab seperti urea, ceramide, asid lemak dan gliseril, mentega shea dan mentega koko, asalkan ia tidak menyebabkan jerawat (noncomedogenic) dan tidak mengandungi bahan penyebab alahan (hypoallergenic).
4. Pelindung matahari
Tabiat memakai sunscreen sebelum keluar rumah adalah yang terbaik.
Pelindung matahari merupakan skincare untuk semua individu, bukan skincare khas untuk kulit muka kering sahaja.
Semua kulit perlu memakai pelindung matahari, untuk melindungi kulit dari sinaran ultraungu (UV) berbahaya daripada merosakkan kulit. Jika tidak, anda akan lebih terdedah dengan kedutan, penuaan pramatang dan kanser kulit.
Oleh itu, jangan lupa untuk sapukan pelindung matahari, kalis air dengan SPF 30 atau lebih tinggi, setiap hari, ya!
5. Elakkan juga daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan pengelupasan
Anda juga perlu lindungi kulit daripada menggunakan air panas, udara panas dan terdedah dengan matahari dalam tempoh lama.
Punca kulit kering di muka.
Rawat kulit kering dengan caranya
Kini, anda telah tahu tip mudah dan tepat untuk mencari skincare untuk kulit muka kering. Jika anda menyedari kulit anda kering secara berterusan dan menjadi semakin teruk, segera berjumpa dengan doktor ataupun pakar bagi mendapatkan bantuan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
The Ultimate Skin Care Routine for Dry Skin. https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/skin-care-routine-for-dry-skin#on-face . Diakses 13 Nov 2025
Dermatologists’ top tips for relieving dry skin. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/dermatologists-tips-relieve-dry-skin .Diakses 13 Nov 2025
Dry skin. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dry-skin/diagnosis-treatment/drc-20353891 .Diakses 13 Nov 2025
Dry skin. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16940-dry-skin .Diakses 13 Nov 2025
Do You Need a Face Toner? https://health.clevelandclinic.org/what-does-toner-do .Diakses 13 Nov 2025
Understanding SPF & How it Protects You from Skin Cancer https://www.skincancer.org/skin-cancer-prevention/sun-protection/sunscreen/ .Diakses 13 Nov 2025
Versi Terbaru
24/11/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor