backup og meta

4 Makanan Punca Pedih Ulu Hati (Dan 6 Lagi Makanan Penyembuh)!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/04/2023

    4 Makanan Punca Pedih Ulu Hati (Dan 6 Lagi Makanan Penyembuh)!

    Kebanyakan kes pedih ulu hati adalah berpunca daripada makanan yang anda ambil tetapi wujud juga beberapa jenis makanan yang boleh jadi penawar. Jom terus baca petua hilangkan pedih ulu hati segera menerusi makanan melalui artikel di bawah!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, sila klik di sini.

    Apa punca, gejala dan kesan pedih ulu hati?

    Buat anda yang belum tahu, ada beza pedih ulu hati dan gastrik yang ketara meskipun ramai percaya ia sama. Pedih ulu hati atau heartburn lebih berkaitan dengan asid di dalam perut.

    Kondisi ini akan berlaku angkara asid perut masuk ke dalam kerongkong apabila otot sphincter di bahagian bawah esofagus tidak tertutup dengan baik seusai individu makan dan minum.

    Kebiasaannya, otot tersebut akan tertutup dan asid serta isi dalam perut tidak boleh berpatah balik atau refluks ke esofagus. Jika isu ini terjadi, sekitar perut dan dada akan rasa tidak selesa.

    petua hilangkan pedih ulu hati segera

    Masalah ini juga dikaitkan dengan reaksi semula jadi oleh tubuh badan ketika individu makan atau minum sesuatu yang kurang sesuai selain pelbagai lagi tabiat buruk selepas waktu makan.

    Mungkin benar bahawa kondisi itu tidak begitu berbahaya kerana ia boleh datang dan pergi begitu sahaja tetapi lama-kelamaan boleh menjejaskan esofagus lalu mendatangkan kesan buruk.

    Maka, ada petua hilangkan pedih ulu hati segera anda boleh lakukan. Awas dengan apa yang anda makan!

    Makanan punca sebenar isu pedih ulu hati!

    Sebelum mencari petua hilangkan pedih ulu hati segera, individu perlu mengenal punca sebenar di sebalik masalah ini terlebih dahulu. Sebenarnya, makanan ini merupakan dalang yang utama:

    #1. Makanan berasid

    Ada banyak jenis makanan berasid tetapi yang paling sarat kandungan asid adalah daging haiwan dan produk tenusu yang amat wajar dielakkan jika masalah ini kerap berlaku serta berulang.

    #2. Makanan berlemak

    Makanan berlemak tinggi yang diambil bersama hidangan bersaiz besar juga adalah antara dalang utama kepada masalah asid dalam perut refluks lantas menyebabkan masalah pedih ulu hati.

    #3. Makanan berempah

    Masakan masyarakat kita memang terkenal dengan rempah yang ‘pedas’ dan ‘panas’ termasuk cili, lada dan bawang. Walaupun rasa lazat, ia boleh memicu masalah ketidakselesaan pada perut.

    #4. Minuman beralkohol, berkafein & bergas

    Selain makanan, minuman terutama jenis yang beralkohol seperti arak, berkafein seperti kopi dan bergas seperti kola juga boleh mengakibatkan masalah ini. Jadi, sila lebih prihatin jika anda masih mahu menikmati tea time dengan lebih sihat.

    petua hilangkan pedih ulu hati segera

    Makanan yang sesuai untuk pedih ulu hati!

    Ya, memang benar ada makanan boleh jadi punca sebenar di sebalik masalah itu tetapi wujud juga makanan yang sesuai untuk pedih ulu hati sekali gus menjadi penawar secara semula jadi.

    Sebagai petua hilangkan pedih ulu hati segera, individu boleh amalkan beberapa makanan berikut:

    • Buah-buahan segar – tembikai, pisang, betik dan lain-lain
    • Sayur-sayuran hijau – brokoli, kubis, lobak dan lain-lain
    • Ikan dan makanan laut yang tertentu
    • Bijirin penuh termasuk roti, nasi dan pasta
    • Sumber kekacang terutama badam, gajus dan kacang tanah
    • Herba tradisional – halia, kunyit, pasli, jintan hitam dan sebagainya

    Sebenarnya, anda mungkin masih boleh makan makanan yang berasid, berlemak, berempah serta minum minuman beralkohol, berkafein dan bergas tetapi cuma pada kadar minimum sahaja.

    Jika anda ada sebarang soalan berkaitan perkara ini, dapatkan pandangan daripada pakar diet ya?

    Jangan biar masalah pedih ulu hati berterusan!

    petua hilangkan pedih ulu hati segera

    Dalam masa yang sama, individu juga masih perlu amalkan petua hilangkan pedih ulu hati segera lain supaya masalah ini dapat anda selesaikan dengan cara dan langkah jauh lebih berkesan.

    Berikut adalah antara petua-petua hilangkan pedih ulu hati segera yang anda boleh cuba amalkan:

    • Makan ubat anti pedih ulu hati – antasid dan lain-lain
    • Banyakkan berdiri, bergerak dan bersenam lepas makan
    • Berhenti sebentar daripada makan jika rasa tidak selesa

    Di samping itu juga, terdapat beberapa tabiat buruk semasa dan selepas makan yang kena dibuang termasuk makan hingga terlalu kenyang, berbual ketika makan, menghisap rokok, minum arak, mengunyah gula-gula getah dan macam-macam lagi.

    Demi kesihatan perut dan sistem penghadaman yang lebih sihat, makan dan minum dengan baik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan