backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Zink Berikan 9 Manfaat Ini Kepada Tubuh, Antaranya Berkaitan Jerawat & Sperma!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2022

Zink Berikan 9 Manfaat Ini Kepada Tubuh, Antaranya Berkaitan Jerawat & Sperma!

Adakah anda tahu apakah kepentingan dan kebaikan zink kepada tubuh? Jom bongkar manfaat dan kepentingan mineral ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.

9 Kebaikan zink kepada tubuh

Kebaikan zink selalu disebut sebagai unsur surih penting (essential trace element) memandangkan anda hanya memerlukan jumlah zink yang sedikit untuk kekal sihat.

Walau bagaimanapun, kekurangan zink boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti pembesaran terbantut dan cirit-birit bagi kanak-kanak dan masalah pemulihan luka.

Jumlah pengambilan zink yang mencukupi memberikan banyak manfaat kesihatan, termasuk:

#1 Merangsang sistem imun

khasiat zink

Kekurangan zink menyebabkan sistem imun menjadi lemah. Mereka yang kekurangan zink lebih terdedah kepada pelbagai penyakit dan jangkitan.

Untuk memastikan badan anda kekal sihat, pastikan anda mengambil jumlah zink yang mencukupi di dalam diet.

#2 Merawat dan mencegah cirit-birit dalam kanak-kanak, antara kebaikan zink

Cirit-birit membunuh berjuta kanak-kanak di bawah 5 tahun setiap tahun.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan tablet zink selama 10 hari membantu merawat dan mencegah cirit-birit.

#3 Meningkatkan memori dan kemampuan belajar, salah satu kebaikan zink

Kajian menunjukkan bahawa zink merupakan penyumbang besar dalam komunikasi antara sel-sel otak (neuron).

Ia juga dipercayai mempunyai kesan terhadap cara memori dibentuk dan bagaimana manusia belajar.

Baca juga:

#4 Melawan demam

Kajian menemui bahawa pengambilan permen zink adalah efektif dalam mengurangkan tempoh demam biasa sehingga 40%.

Zink (sama ada dalam bentuk permen atau sirap) membantu mengurangkan tempoh demam dan menghilangkan simptom jika diambil dalam tempoh 24 jam dari waktu demam bermula.

Kebaikan zink#5 Menggalakkan pemulihan luka

Integriti dan struktur kulit seseorang bergantung kepada pengambilan zink.

Mereka yang mempunyai luka atau ulser kronik kebiasaannya didapati mempunyai kekurangan zink.

Rawatan topikal untuk ruam lampin atau iritasi kulit yang lain kebiasaannya mengandungi zink.

#6 Mencegah degenerasi makula yang terkait dengan umur

khasiat zink

Menurut satu kajian di dalam Arkib Oftamologi (Archieves of Ophthalmology), khasiat zink mungkin mampu melambatkan degenerasi makula dan masalah penglihatan yang terkait dengan umur kerana fungsinya yang mampu menghalang kerosakan sel di dalam retina.

Walau bagaimanapun, zink dilihat tidak efektif bagi mereka di peringkat awal masalah kehilangan penglihatan yang terkait dengan  umur.

Kebaikan zink #7 Mengurangkan jerawat

Mereka yang mengalami jerawat dilaporkan mempunyai kadar zink yang rendah di dalam darah dan kulit mereka. Pengambilan zink melalui mulut dilihat dapat membantu masalah jerawat.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa penggunaan zink secara topikal adalah tidak efektif tanpa pengambilan antibiotik (erythtromycin).

kebaikan zink

#8 Meningkatkan kualiti sperma

Kekurangan zink telah dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah.

Semasa satu kajian dijalankan, subjek lelaki terbabit mengalami pertambahan dalam bilangan sperma selepas mengambil suplemen zink sulfat dan asid folik.

Para pengkaji juga meletakkan kaitan antara kekurangan pengambilan zink dan peningkatan risiko kualiti sperma rendah dan masalah kesuburan lelaki.

#9 Kebaikan zink: Membantu penyakit depresi

Pesakit depresi yang tidak memberikan respon terhadap ubat anti-depresi mungkin akan mendapat manfaat dari pengambilan zink bersama ubat yang sedang diambilnya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan