Bagi seorang pesakit kencing manis, makanan atau minuman yang tinggi gula sudah pasti akan jadi musuh ketat mereka! Bagaimana pula dengan pemanis tiruan?
Anda pasti?
Bagi seorang pesakit kencing manis, makanan atau minuman yang tinggi gula sudah pasti akan jadi musuh ketat mereka! Bagaimana pula dengan pemanis tiruan?
Persoalan ini sering kali akan bermain di fikiran penderita diabetes kerana ia adalah alternatif untuk mengambil hidangan dengan rasa manis namun tanpa gula.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang belum tahu sama ada pemanis tiruan yang digunakan untuk menggantikan gula ini akan meningkatkan kadar gula dalam darah atau tidak.
Untuk pengetahuan anda, pemanis tiruan atau gula alternatif adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat makanan atau minuman itu manis.
Rasanya adalah hampir sama dengan gula biasa namun ia mempunyai tahap rasa manis yang berlipat kali ganda berbanding gula biasa yang selalu digunakan.
Disebabkan itu, penggunaan pemanis tiruan ini adalah jauh lebih kecil jumlahnya jika hendak memberikan rasa manis yang sama dalam makanan atau minuman.
Antara faktor utama penggunaan gula alternatif ini sangat popular adalah kerana ia hampir tidak mempunyai kalori, karbohirat dan kos penghasilan yang jauh lebih murah.
Selain itu, ramai daripada golongan pesakit kencing manis turut percaya bahawa pemanis tiruan ini tidak akan menjejaskan kondisi yang dialami oleh mereka itu.
Sebenarnya, terdapat banyak jenis gula alternatif yang mungkin kita semua pernah ambil tanpa sedar dan masing-masing dijual dengan nama dan jenama berbeza.
Antara pemanis tiruan yang paling popular digunakan adalah seperti berikut:
Walau apapun jenisnya, tujuan gula alternatif ini adalah satu sahaja yakni memaniskan makanan serta minuman tanpa penggunaan sebarang gula biasa.
Ia adalah satu alternatif yang sering kali digunakan oleh individu yang tidak ingin mengambil terlalu banyak gula dalam diet mereka akibat kondisi tertentu.
Disebabkan itu, pesakit kencing manis gemar menggunakan pemanis tiruan ini. Pun begitu, adakah ia selamat dan tidak akan menjejaskan kondisi mereka itu?
Bagi pesakit diabetes, adalah sangat penting untuk mereka mengekalkan kadar gula dalam darah (glukosa) agar ia tidak berada pada aras yang terlalu tinggi.
Jika ia tidak berjaya dikawal, maka akan berlaku pelbagai jenis komplikasi kencing manis dan antara yang paling ditakuti adalah amputasi anggota tubuh badan.
Menurut Pakar Endokrinologi M. Regina Castro, pemanis tiruan adalah selamat untuk diambil oleh pesakit diabetes dan tidak akan menjejaskan kondisi tersebut.
Ini kerana gula alternatif ini mungkin sama sekali tidak akan meningkatkan kadar gula dalam darah seperti mana yang berlaku jika ambil terlalu banyak gula biasa.
“Kebanyakan pemanis tiruan dikategorikan sebagai ‘free food’ yakni mempunyai kurang daripada 20 kalori dan kurang 5 gram karbohidrat yang sangat bagus untuk penderita diabetes.”, jelas Regina Castro lagi.
Pun begitu, anda juga perlu ingat bahawa ada kemungkinan di mana bahan lain dalam makanan atau minuman dengan gula alternatif ini yang berisiko tingkatkan kadar glukosa.
Secara umumnya, gula alternatif merupakan pengganti gula yang terbaik untuk pesakit kencing manis jika masih mahukan hidangan dengan rasa yang manis.
Sekiranya anda ada sebarang persoalan mengenai pemanis tiruan ini, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor atau pakar diet bagi merungkai persoalan di minda anda.
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen