home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Sedang Menyusukan Bayi? Jangan Lupa Untuk Pilih 6 Jenis Makanan Ini Dalam Diet Harian Ibu, Baru Berzat Susu!

Sedang Menyusukan Bayi? Jangan Lupa Untuk Pilih 6 Jenis Makanan Ini Dalam Diet Harian Ibu, Baru Berzat Susu!

Jika anda bercadang untuk memberikan bayi susu ibu, mula ambil berat akan diet pemakanan anda. Tahukah anda, pilihan makanan untuk ibu menyusu boleh mempengaruhi pengeluaran susu badan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Makanan seimbang

Semua makanan yang anda makan akan disalurkan ke susu badan anda dan seterusnya zat tersebut akan dapat pada bayi melalui susu.

Jadi, amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang bagi melancarkan pengeluaran susu badan anda dan juga memberikan susu badan yang terbaik kepada si manja.

Pilih makanan yang bernutrisi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.

Doktor mungkin akan menyarankan anda mengambil multivitamin harian atau meneruskan pengambilan vitamin pranatal supaya badan anda mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Selain itu, minum banyak air seperti air kosong, jus dan susu bagi membantu anda kekal hidrat.

Kurangkan juga pengambilan kafein kerana kafein berlebihan boleh mengganggu tidur bayi anda.

Berhati-hati juga memilih ubat. Kebanyakan ubat adalah selamat untuk diambil semasa anda menyusukan bayi.

Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya anda dapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum memakan ubat tersebut.

makanan untuk ibu menyusu

6 pilihan makanan untuk ibu menyusu

Berikut adalah jenis pilihan makanan yang sesuai diambil oleh ibu yang melakukan penyusuan eksklusif:

1. Beras perang

Bertukarlah daripada beras biasa ke beras perang.

Tahukah anda bahawa beras perang merupakan karbohidrat kompleks yang menyediakan tenaga yang diperlukan ibu semasa menyusukan bayi?

Pengambilan beras perang membantu merangsang rembesan prolaktin, iaitu hormon utama dalam penyusuan.

2. Bayam

Sayuran hijau ini merupakan sumber baik yang mengandungi kalsium, zat besi, vitamin K, A dan folat.

Folat atau dikenali sebagai asid folik adalah mineral penting untuk wanita hamil dan nutrien makanan untuk ibu menyusu.

Sayuran hijau gelap seperti bayam ini juga mengandungi phytoestrogens, yang dipercayai dapat meningkatkan kesihatan tisu payudara dan membantu proses laktasi.

Baca juga:

3. Betik, pilihan terbaik untuk makanan untuk ibu menyusu

Betik telah lama menjadi pilihan makanan untuk ibu menyusu yang dapat membantu menggalakkan pengeluaran susu badan.

Orang-orang dulu lazimnya menggunakan betik muda dalam masakan seperti masak bening untuk dihidangkan kepada ibu berpantang.

Enzim dan phytokimia yang ada di dalam buah ini berupaya menggalakkan tisu pada payudara untuk merangsang proses laktasi.

Betik juga digunakan sebagai sedatif semula jadi yang membantu ibu untuk rasa relaks semasa menyusukan bayi mereka dan pada masa yang sama, membantu merangsang proses penghasilan susu badan.

4. Lobak merah

Tidak ramai yang tahu akan keberkesanan lobak merah dalam membantu penghasilan susu.

Sama seperti bayam, lobak merah juga mengandungi phytoestrogens dan kaya dengan beta-karoten serta vitamin A, di mana kedua-duanya amat baik untuk laktasi.

Jus karot terutamanya, adalah makanan untuk ibu menyusukan bayi yang terbaik kerana ia dipercayai dapat menyediakan tenaga tambahan yang diperlukan oleh ibu dan membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu badan.

makanan untuk ibu menyusu

5. Oatmeal

Oatmeal merupakan makanan yang dapat membantu merehatkan tubuh.

Ia juga berfungsi mengeluarkan oksitoksin (hormon yang terdapat dalam pengeluaran susu), yang membantu meningkatkan proses penghasilan susu ibu.

Manfaat makanan ini telah lama diketahui baik untuk ibu yang menyusukan anak mereka.

6. Air penting dalam pilihan makanan untuk ibu menyusu

Proses penyusuan akan membuatkan badan anda kekurangan air dan menjadikan anda dehidrasi.

Jadi, anda perlu minum banyak air bagi membantu tubuh anda kekal hidrat dan sekali gus membantu menghasilkan lebih banyak susu.

Nasihat kami, jika anda rasa haus, minumlah air kosong, dan anda juga boleh minum segelas air sebelum mula menyusukan si manja.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/breastfeeding-nutrition/art-20046912

Top 10 superfoods for breastfeeding moms

https://www.cdc.gov/breastfeeding/breastfeeding-special-circumstances/diet-and-micronutrients/maternal-diet.html

https://www.ucsfhealth.org/education/nutrition-tips-for-breastfeeding-mothers

https://www.ucsfbenioffchildrens.org/education/nutrition-tips-for-breastfeeding-mothers

Breastfeeding and a Mother’s Diet: Myths and Facts

Foods – for Nursing Parents

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 08/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor