Seorang daripada lima dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berusia lebih 18 tahun di Malaysia telah disahkan menghidap diabetes.
Sesungguhnya, penyakit kencing manis kini dikenali sebagai satu masalah kesihatan dan beban negara kita memandangkan bilangan individu yang didiagnosis semakin meningkat.
Teruskan membaca artikel ini untuk memahami penyakit kronik ini sepenuhnya serta perubatan terkini dalam penjagaan diabetes jenis dua.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Kelaziman diabetes jenis dua di Malaysia

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi terkini, kadar kelaziman diabetes dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas telah meningkat kepada 18.3% dalam tahun 2019, berbanding 13.4% pada 2015.
Angka ini membimbangkan kerana Persekutuan Diabetes Antarabangsa meramalkan peningkatan 18.7% pada tahun 2045, tetapi telah dicapai oleh negara kita 26 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan.
Walaupun peningkatan peratusan tersebut sangat drastik, Dr Chan Siew Pheng, Pakar Perunding Endokrinologi mendedahkan sekurang-kurangnya masih terdapat 49% individu yang belum didiagnosis dengan penyakit ini.
Dalam 18.3% pesakit diabetes tersebut, 8.1% iaitu sebanyak 1.7 juta pesakit diabetes menyebabkan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Diabetes menyebabkan pelbagai penyakit kronik
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen