Jika pasangan anda atau sesiapa sahaja yang tinggal bersama anda merokok, asap rokok tersebut akan mendatangkan mudarat kepada anda dan bayi sebelum atau selepas kelahiran. Paling membimbangkan, sebenarnya agak sukar untuk anda meminta individu lain di sekeliling anda untuk tidak merokok.
Perokok pasif juga akan menyebabkan kelahiran bayi yang kurang berat selain meningkatkan risiko kematian bayi mengejut. Bayi yang mempunyai ibu bapa perokok juga adalah lebih berisiko untuk dijangkiti bronkitis dan pneumonia semasa tahun pertama mereka.
Kelebihan berhenti merokok semasa hamil
Berhenti merokok akan dapat membantu anda dan bayi anda dengan serta-merta. Gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida dan pelbagai lagi bahan kimia lain dapat dibersihkan daripada badan anda. Antara kelebihan berhenti merokok semasa hamil adalah:
- Anda dapat mengurangkan risiko mengalami komplikasi semasa kehamilan dan kelahiran.
- Anda dapat menjalani kehamilan yang lebih baik dan melahirkan bayi yang sihat.
- Anda dapat mengurangkan risiko kematian bayi.
- Anda dapat mengurangkan risiko bayi lahir terlalu awal dan mempunyai masalah pernafasan, pemakanan dan kesihatan yang berkaitan dengan bayi pramatang.
- Anda dapat mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat. Bayi yang dilahirkan oleh wanita yang merokok adalah secara purata 200g lebih ringan daripada bayi yang normal dan akan mengakibatkan pelbagai masalah semasa hamil dan selepas lahir contohnya, mudah dijangkiti infeksi.
- Anda dapat mengurangkan risiko kematian bayi mengejut yang turut dikenali sebagai sudden infant death syndrome (SIDS).
Berhenti merokok akan membantu bayi anda kelak. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok kebanyakannya akan menghidapi asma dan pelbagai penyakit serius yang memerlukan rawatan hospital.
Lebih cepat anda berhenti merokok, lebih baik. Namun jika anda tidak mampu untuk melakukannya secara mengejut dan hanya mampu untuk berhenti merokok pada minggu-minggu terakhir kehamilan anda, ia juga akan mendatangkan kesan yang positif kepada anda dan juga bayi.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen