backup og meta

Siapa Kata Vitamin C Untuk Lelaki Tidak Penting? Ini Antara 5 Kepentingannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    Siapa Kata Vitamin C Untuk Lelaki Tidak Penting? Ini Antara 5 Kepentingannya!

    Ramai yang mungkin sangka bahawa ia sangat bagus buat wanita namun kurang sedar bahawa vitamin C untuk lelaki juga penting. Malah, ia bukan satu hal yang aneh lagi.

    Ia juga telah jadi satu trend yang sangat popular dalam kalangan para lelaki zaman kini. Ini mungkin kerana mereka telah sedar kepentingan aspek kesihatan dan kecantikan.

    Persoalannya, bagaimana vitamin C untuk lelaki ini perlu untuk diambil? Jom terus baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Vitamin C untuk lelaki juga sama penting!

    Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, vitamin ini sangat penting untuk mereka yang bergelar wanita kerana ia bermanfaat tinggi pada kesihatan dan kecantikan.

    Dari aspek kesihatan, vitamin ini boleh beri manfaat kepada sistem imunisasi tubuh sekali gus mampu menguatkan badan dan melawan dari sebarang anasir jahat.

    Dalam aspek kecantikan, vitamin ini boleh beri manfaat kepada kulit individu. Maka tidak hairan jika ia diambil untuk mencerahkan dan menyihatkan organ paling besar ini.

    vitamin c untuk lelaki

    Pun begitu, tidak adil juga jika kami kata bahawa manfaat ini hanya penting untuk wanita sahaja sedangkan kaum lelaki juga pasti mahu untuk mendapatkan manfaat yang sama.

    Dalam erti kata lebih mudah, memang benar bahawa vitamin C untuk lelaki juga sama penting!

    Bagaimana lelaki boleh amalkan vitamin ini?

    Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya semua individu yang sihat tubuh badan mereka mungkin boleh ambil dan amalkan vitamin C tanpa kira jantina lelaki atau wanita.

    Pengecualian mungkin hanya akan dibuat kepada mereka yang ada sejarah kondisi di bawah ini:

  • Gangguan darah talasemia
  • Gangguan darah sel sabit
  • Gangguan G6PD
  • Kadar pengambilan vitamin c yang disyorkan bagi individu yang sihat adalah sebanyak 65 ke 90 mg sehari namun tidak boleh melebihi daripada 2,000 mg kerana risiko keracunan.

    Keracunan vitamin ini pula seterusnya akan jadi punca kepada gejala-gejala seperti yang berikut:

    • Sakit kepala
    • Sakit perut
    • Cirit-birit
    • Muntah-muntah
    • Gangguan batu karang

    Pun begitu, kadar ini mungkin berbeza bergantung kepada individu. Justeru, dapatkan nasihat daripada doktor.

    Daripada mana sumber utama vitamin ini?

    vitamin c untuk lelaki

    Sebenarnya, ada banyak sumber vitamin C yang anda mungkin tidak sedar daripada diet seharian. Ini kerana ia sangat lazim wujud di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Berikut adalah contoh sumber makanan serta minuman yang tinggi dengan khasiat vitamin ini:

  • Sayur-sayuran hijau seperti sawi dan kailan
  • Buah-buahan sitrus seperti oren dan kiwi
  • Ubi kayu
  • Lada benggala
  • Jeruk sayur atau buah
  • Dalam pada itu, ia juga sangat mudah untuk diperolehi melalui pengambilan suplemen dalam bentuk pil, kapsul atau tablet yang dipasarkan dan dijual di farmasi atau pasar raya.

    Memandangkan vitamin ini mungkin sudah ada di dalam diet seharian, maka anda tidak perlu ambil ia dalam bentuk suplemen dengan terlalu banyak untuk elakkan terlebih dos.

    Sebaiknya, pengambilan sebarang suplemen tambahan perlu dirujuk dengan doktor atau pakar nutrisi terlebih dahulu. Jadi, sila berjumpa dan berbincang dengan mereka.

    Apa lagi manfaat lain daripada vitamin C untuk lelaki?

    Di atas tadi, kami telah beri 2 manfaat utama vitamin ini yakni penting bagi sistem imun tubuh badan serta kulit individu yang sangat bagus buat lelaki. Apa lagi manfaat lain? Jom teruskan pembacaan.

    #1. Vitamin C mampu kawal tekanan darah

    Jika anda ada kondisi hipertensi, maka cuba tambah pengambilan vitamin ini kerana ia mampu membantu kawal tekanan darah sistolik sebesar 4.9 mmHg dan diastolik sebesar 1.7 mmHg, menurut The American Journal of Clinical Nutrition.

    vitamin c untuk lelaki

    #2. Menurunkan tahap kolesterol anda

    Vitamin C tinggi manfaat buat mereka dengan tahap kolesterol tinggi kerana ia mampu mengawal kadar trigliserida dan low-density lipoprotein daripada menjadi terlalu tidak terkawal.

    #3. Menyembuhkan luka lebih cepat

    Vitamin C juga kaya dengan asid askorbik yang penting dalam proses penyembuhan luka serta penghasilan protein kolagen. Dengan ini, maka luka mungkin akan sembuh lebih cepat.

    #4. Mengelakkan anemia zat besi

    Individu yang kurang zat besi dalam sel darah merah tinggi risiko anemia. Berita baik buat anda, asid askorbik di dalam vitamin ini mampu meningkatkan tahap penyerapan zat besi.

    #5. Vitamin C untuk lelaki mampu halang kondisi kronik

    Akhir sekali, vitamin ini juga ada sifat antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dalam tubuh badan. Kesannya, kondisi kronik seperti kanser dan lain-lain lebih rendah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan