Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Ada banyak manfaat kesihatan madu yang telah digunakan secara meluas, sama ada sebagai ubatan mahupun sebagai makanan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Ada banyak manfaat kesihatan madu yang telah digunakan secara meluas, sama ada sebagai ubatan mahupun sebagai makanan.
Bukan sahaja ia akan menawarkan rasa lazat dan manis, adakah anda juga tahu jika ada manfaat kesihatan madu lain selain yang popular iaitu khasiat madu untuk seksual?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Fakta ringkas mengenai madu
Berita baik buat anda, berikut adalah beberapa manfaat kesihatan madu yang lain:
Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur.
Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat. Terdapat cadangan yang mengatakan, untuk mengurangkan berat, anda boleh mengambil sesudu sebelum tidur atau campurkannya dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi.
Mengambilnya sebagai perkara pertama makanan anda di siang hari dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma, yang mana membantu untuk mengurangkan berat dengan lebih pantas.
Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu. Secara nutrisi, 1 sudu madu (21gram) mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa.
Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein. Ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral – tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian.
Ia turut mengandungi kandungan kompaun bioaktif dan antioksidan.
Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan antibakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.
Madu buckwheat (campuran bijian yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan), mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.
Jika diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam, ia dapat memberikan tenaga ekstra.
Ini kerana ia mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.
Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan ia adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam.
Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.
Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, ia bukan sahaja dapat melindungi dari penyakit jantung, tetapi dapat memperbaiki tahap kolesterol.
Menurut kajian, ia boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).
Selain mengandungi antioksidan, ia juga bersifat antibakteria dan antiseptik yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan luka terbakar dengan memberikan kelembapan dan meningkatkan aliran nutrien pada bahagian yang berkenaan.
Ia juga dikatakan berkesan untuk membunuh kuman (patogen) seperti E.coli dan methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), yang boleh menyebabkan jangkitan kulit.
Ia juga dipercayai dapat merawat dan mencegah jerawat, kelemumur dan kulit gatal.
Madu asli sangat bermanfaat sebagai pelembap semula jadi terbaik terutama untuk kulit kering. Ia membantu membuka liang pori tersumbat, menyembuhkan bibir kering, menyeimbangkan tona kulit.
Turut dikenali sebagai antara ubatan semula jadi yang terbaik untuk merawat batuk. Pengambilan 1 sudu dapat mengurangkan kerengsaan pada tekak. Ia turut membantu memberikan tidur yang lebih nyenyak.
Konklusinya, memang ada banyak dan mungkin wujud lagi manfaat kesihatan madu yang lain. Jom cuba hari ini juga!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen