backup og meta

Gula Sebabkan Berat Badan Naik, Bagaimana Dengan Gula Buah, Adakah Punca Gemuk?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/04/2023

    Gula Sebabkan Berat Badan Naik, Bagaimana Dengan Gula Buah, Adakah Punca Gemuk?

    Gula semestinya perlu dielakkan jika mahu kuruskan badan. Namun, bagaimana pula dengan gula dalam buah-buahan? Adakah air buah buahan boleh menyebabkan kegemukan, sama seperti gula biasa lain? Ini jawapan untuk anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Beza gula proses dan gula dalam air buah buahan

    air buah buahan

    Gula yang kita ambil setiap hari seperti dalam minuman dan makanan merupakan sejenis gula yang telah diproses.

    Antara jenis-jenis gula proses ialah seperti sukrosa atau lebih dikenali sebagai gula pasir.

    Selain itu, terdapat juga sirap jagung yang merupakan 100% glukosa, fruktosa (gula yang diproses daripada sumber buah-buahan), dan juga maltosa.

    Kesemua jenis gula seperti ini amat berbeza dengan gula dalam buah kerana ia telah melalui fasa pemprosesan dan bukan lagi dalam bentuk semula jadi.

    Bagi gula proses seperti ini, tubuh badan akan memprosesnya dengan lebih pantas berbanding pemanis dalam buah-buahan.

    Memandangkan gula tambahan tidak menyihatkan, maka ramai daripada kita yang percaya bahawa buah-buahan turut mempunyai kesan yang sama.

    Walau bagaimanapun, ini adalah satu tanggapan yang salah.

    Gula tambahan atau fruktosa dalam buah-buahan hanya berbahaya dalam jumlah yang banyak, dan agak sukar untuk mendapatkan jumlah fruktosa yang berlebihan daripada buah yang kita makan.

    Ini sebab mengapa gula buah-buahan lebih baik berbanding gula proses

    Tidak dinafikan, buah-buahan yang kita makan setiap hari juga turut mempunyai kandungan gula.

    Namun, adakah pengambilan buah-buahan turut memberikan kesan yang buruk kepada tubuh sama seperti kita mengambil gula pasir atau gula proses yang lain?

    Jawapannya tidak sama sekali.

    Ini sebab mengapa pemanis dalam buah amat berbeza daripada gula proses:

    #1. Buah-buahan mengandungi serat dan air

    Walaupun anda mengambil sebiji buah secara keseluruhan, ia masih tidak mengandungi kandungan fruktosa yang mencukupi untuk membahayakan kesihatan anda.

    Ini kerana, buah-buahan bukan sahaja mengandungi gula, tetapi kaya dengan serat, air dan sejumlah kerintangan mengunyah (chewing resistance).

    air buah buahan

    Disebabkan kandungan seperti ini, kita akan mengambil sedikit masa untuk mengunyah dan mencerna buah tersebut, yang kemudiannya menyebabkan fruktosa diproses dengan lebih perlahan.

    Apabila fruktosa diproses dengan lebih perlahan, maka badan anda akan disesuaikan dengan baik untuk memetabolismekan fruktosa dengan mudah.

    #2. Buah-buahan kaya dengan vitamin dan mineral

    Tidak seperti gula proses, buah-buahan yang kita makan juga kaya dengan kandungan mineral, vitamin dan antioksidan.

    Kesemua nutrien ini amat penting untuk fungsi tubuh yang lebih baik. Sebagai contoh, buah membantu membekalkan vitamin C yang tidak disimpan oleh tubuh setiap hari.

    Selain itu, air buah buahan juga membekalkan zat seperti kalium dan folat untuk fungsi tubuh yang teratur.

    Jadi, adalah lebih baik jika anda memakan buah bersama-sama kulitnya. Ini kerana, kulit buah biasanya kaya dengan kandungan serat dan antioksidan.

    Akan tetapi, janganlah makan sejenis buah sahaja. Setiap buah yang berbeza juga mempunyai kandungan nutrien yang berbeza. 

    Artikel berkaitan:

    #3. Gula buah-buahan tidak naikkan gula darah dengan mendadak

    Buah-buahan yang kita makan turut mengandungi kandungan gula seperti fruktosa, glukosa dan gabungan keduanya.

    Namun, kandungan ‘pemanis’ tidak begitu padat berbanding jika anda makan gula-gula atau makanan lain yang telah diproses.

    Oleh sebab itu, apabila seseorang memakan buah, ia tidak akan menaikkan gula darah secara mendadak berbanding ketika mengambil makanan dengan kandungan gula yang telah diproses seperti gula pasir.

    Disebabkan hal ini, pesakit diabetes juga digalakkan untuk mengambil buah dalam diet harian mereka kerana ia bukan sahaja tidak menaikkan gula darah, tetapi kaya dengan nutrien penting lain. 

    Kurangkan buah kering dan air buah buahan

    air buah buahan

    Walaupun buah sangat berkhasiat, tetapi elakkan pengambilan buah-buahan kering atau air buah buahan dengan kerap.

    Lebih-lebih lagi jika anda membeli jus buah yang dijual di pasar raya.

    Ini kerana, kebanyakan daripada jus tersebut bukanlah jus sebenar melainkan hanya kandungan gula tambahan yang amat tinggi.

    Walaupun anda meminum 100% air buah buahan sebenar, namun anda perlu mengawal pengambilannya kerana kandungan gula yang tinggi selain amat mudah diserap dan diproses dalam tubuh.

    Memandangkan tiada kandungan serat dalam air buah buahan, maka tubuh anda boleh menyerap sejumlah besar kandungan gula dalam masa yang singkat.

    Hal ini turut sama berlaku apabila anda memakan buah-buahan kering.

    Ini kerana buah-buahan kering tidak menyebabkan anda berasa kenyang dan membuatkan anda cenderung untuk mengambilnya dengan kuantiti yang banyak. 

    Kesimpulan

    Gula buah-buahan amat berbeza berbanding gula proses yang lain. Walaupun buah masih lagi mengandungi gula, namun cara pemprosesannya dalam tubuh amat berbeza.

    Tambahan pula, buah mengandungi nutrien lain seperti serat, vitamin dan mineral yang tidak terdapat dalam gula biasa.

    Jadi, banyakkan makan buah-buahan setiap hari tanpa perlu risau mengenai kandungan gula di dalamnya. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan