backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

7 Cara Hilangkan Jerawat Badan Dengan Cepat, Gunakan Bahan Dapur Sahaja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/04/2023

    7 Cara Hilangkan Jerawat Badan Dengan Cepat, Gunakan Bahan Dapur Sahaja!

    Selalu muncul di muka, ramai yang mungkin akan terkejut jika terkena masalah jerawat di badan pula. Persoalannya, bagaimana cara hilangkan jerawat badan dengan cepat? Ada petua yang anda boleh amalkan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Kenapa jerawat boleh muncul juga di badan?

    Untuk pengetahuan anda semua, jerawat tidak hanya akan muncul di wajah malah di beberapa tempat lain termasuk dada, leher, bahu, lengan, pinggul serta paling berisiko di belakang badan.

    Menurut kajian seliaan National Health Services (NHS) di United Kingdom (UK), lebih separuh daripada individu yang ada masalah jerawat muka akan turut mengalaminya pada belakang badan.

    Terdapat beberapa punca dan faktor risiko masalah ini berlaku kepada individu, seperti yang berikut:

    • Pengeluaran minyak atau sebum yang berlebihan
    • Folikel rambut tersumbat oleh minyak atau sel kulit mati
    • Ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan
    • Jangkitan bakteria seperti Propionibacterium acnes (P. acnes)
    • Penggunaan pakaian atau hiasan yang tidak sesuai

    cara hilangkan jerawat badan

    Dalam pada itu, pengamalan tahap kebersihan yang kurang baik akibat individu malas mandi juga adalah antara faktor risiko masalah ini terjadi. Jadi, bagaimana cara hilangkan jerawat yang anda boleh lakukan?

    Cara hilangkan jerawat badan anda boleh amalkan!

    “Cara hilangkan jerawat badan itu mungkin agak sukar berbanding jerawat di wajah kerana ia melibatkan kawasan yang jauh lebih luas dan besar lantas individu wajar berusaha lebih untuk menyelesaikan isu ini,” jelas Pakar Dermatologi, Dr Debra Jaliman.

    Pertama dan paling penting, anda perlu berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor atau pakar dermatologi terlebih dahulu untuk tahu punca, simptom dan berbincang tentang ubatan serta rawatan sepatutnya.

    Selain itu juga, penggunaan sabun hilangkan jerawat badan dengan kandungan asid salisilik, benzoil peroksida, retinol dan sebagainya sudah tentu mampu membantu dalam usaha untuk merawat masalah ini.

    cara hilangkan jerawat badan

    Apa yang mungkin agak mengejutkan, turut ada pakar percaya jika pil perancang keluarga juga adalah antara alternatif efektif bagi menyelesaikan masalah ini tetapi ia tidak begitu digalakkan buat semua orang.

    Gunakan bahan daripada dapur berikut untuk membantu!

    Selain ubatan, rawatan, sabun hilangkan jerawat badan atau mungkin pil perancang, wujud juga beberapa bahan daripada dapur rumah yang boleh anda cuba sebagai salah satu cara hilangkan jerawat badan.

    Bahannya juga tidak sukar ditemui dan didapati kerana ada banyak di pasar raya seperti senarai di bawah:

    1. Timun – Tinggi kandungan magnesium, potassium, vitamin A, C dan K yang bagus untuk masalah kulit seperti jerawat atau isu kekeringan.
    2. Gel aloe vera – Popular sejak zaman dahulu untuk kebaikan kulit dan rambut, ia tinggi dengan sifat antioksidan yang mampu melawan kerengsaan dan kesakitan angkara muncul jerawat di badan.
    3. Ekstrak minyak kelapa – Sama popular seperti bahan di atas, ia kaya dengan sifat antimikrob sekali gus mampu membantu tubuh badan untuk melawan jangkitan bakteria punca jerawat di badan.
    4. KunyitBiasa dijadikan sebagai masker, kunyit mempunyai sebatian khas bernama kurkumin yang memiliki efek khas untuk membantu merawat isu jerawat jika disapukan pada kulit bermasalah.
    5. Bawang – Terkenal sebagai bahan dapur untuk merawat panau, ia juga boleh membantu mencegah jerawat badan gara-gara kandungan sebatian sulfur thiacremonon yang unik di dalam rempah ini.
    6. Lemon – Punya sifat antiradang dan antibakteria yang boleh membantu merawat keradangan kulit akibat jerawat. Namun, ia juga bersifat asidik dan perlu digunakan dengan lebih berwaspada.
    7. Tepung beras – Mungkin agak mengejutkan, bahan ini dipercayai akan membantu melawan isu jerawat selain mencerahkan dan memutihkan dengan penyapuan secara terus pada kulit.

    cara hilangkan jerawat badan

    Konklusinya, ada banyak cara hilangkan jerawat badan dan ia terbahagi kepada metode moden dan tradisional. Tetapi, anda tidak boleh cepat percaya dan cuba sebarang cara tanpa nasihat daripada doktor!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan