backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Sapu Buah Oren Pada Wajah? Cubalah, Ada 5 Bahan Natural Untuk Putihkan Kulit Muka

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/06/2023

    Sapu Buah Oren Pada Wajah? Cubalah, Ada 5 Bahan Natural Untuk Putihkan Kulit Muka

    Gigih cari cara nak putihkan muka di internet namun majoriti hanya beri prosedur klinikal yang serba mahal? Tenang, kami akan menyenaraikan bahan dan cara memutihkan muka secara semula jadi yang semuanya anda boleh dapat di dapur sahaja!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa tak nak pakai produk di pasaran?

    Kini, ada banyak produk untuk memutihkan kulit yang wujud di pasaran. Namun, mungkin masih ramai yang takut menggunakan produk sebegini kerana tular banyak khabar buruk tentangnya.

    Sebenarnya, ketakutan ini sangat perlu kerana ada lambakan produk di luar sana yang mengandungi bahan kimia berbahaya pada kulit seperti merkuri, hidrokuinon, kortikosteroid dan lain-lain.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Justeru adalah lebih baik jika anda cuba dapatkan produk krim topikal dengan preskripsi doktor kulit. Ia bukan sahaja mampu untuk mengurangkan kadar melanin dan meratakan tona kulit tidak sekata, malah jauh lebih efektif dan selamat jika digunakan.

    cara nak putihkan muka

    Antara alternatif yang mungkin efektif, individu juga boleh cuba menggunakan bahan semula jadi sebagai cara memutihkan kulit muka masing-masing dengan hanya mengunjungi dapur rumah.

    Cara nak putihkan muka anda dengan bahan semula jadi!

    Masyarakat dahulu telah banyak menggunakan dan menurunkan cara nak putihkan muka ke anak, cucu dan cicit mereka. Sekarang, tiada salahnya jika anda mahu mengulang dan mencuba cara berikut:

    #1. Pemakaian topeng muka kunyit

    Pada hari ini, penggunaan masker yang diperbuat daripada serbuk kunyit sangat popular. Kenapa? Untuk pengetahuan anda semua, kunyit mampu membuatkan kulit wajah lebih cerah dan lembut.

    Bahkan, ia juga amat tinggi dengan sifat antioksidan dan antiradang berkat kandungan bahan aktif bernama curcumin yang mampu membantu menghilangkan panau dan menyembuhkan luka.

    Maka, tidak hairan jika kunyit popular sebagai antara bahan semula jadi yang bagus untuk wajah.

    #2. Penggunaan topeng muka tomato

    Sayur tomato mengandungi bahan aktif bernama lycopene yang boleh membantu melindungi kulit individu daripada terkena atau terdedah kepada sinaran UV dari cahaya matahari terlalu lama.

    Seperti mana yang kita semua tahu juga, sinaran ini boleh jadi punca masalah seperti sunburn atau sunspots sekali gus membuat kulit anda menjadi lebih gelap walaupun ini bukan bersifat kekal.

    Jadi, gunakan ekstrak tomato ini sebagai masker di rumah setiap kali sebelum kalian masuk tidur.

    #3. Tanah liat jenis Fuller’s Earth

    cara nak putihkan muka

    Siapa sangka anda akan jumpa tanah liat di dalam senarai ini bukan? Buat anda yang belum tahu tentang Fuller’s Earth, ia adalah sejenis tanah liat yang mempunyai kebolehan untuk menyahkan warna minyak atau air tanpa bantuan bahan kimia lain.

    Juga biasa digunakan di dalam industri kosmetik, tanah liat ini dikatakan mampu dijadikan salah satu rawatan untuk jerawat dan masalah kulit lain termasuk boleh menjadi cara memutihkan muka.

    Peringatan untuk anda, jangan terus menyapukan tanah liat ini ke wajah kerana mungkin juga ada kesan sampingan yang kita tidak tahu. Gunakan produk yang telah diperakui oleh doktor ya.

    Cara nak putihkan muka #4. Buah lemon

    Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, hidrasi adalah antara kunci utama kecantikan kulit muka. Khasiat buah lemon boleh dijadikan sumber cecair dan cara nak putihkan muka.

    Kaya dengan vitamin C dan pelbagai nutrisi penting untuk kulit, ia turut ada sifat antibakteria dan antikulat yang akan membantu melawan masalah jerawat sekali gus meremajakan kulit anda.

    Buah sitrus ini juga mempunyai fungsi mengelupas dan membuang sel kulit mati jika disapukan pada kulit. Hasilnya, anda akan dapat kulit yang jauh lebih cerah, lembut dan tegang seperti orang muda!

    cara nak putihkan muka

    Cara nak putihkan muka #5. Buah oren

    Buah sitrus yang satu lagi ini juga tinggi dengan vitamin C serta banyak lagi nutrien penting untuk kulit wajah. Kalau buahnya itu baik dimakan, kulitnya pula mungkin bagus disapu pada wajah anda.

    Ini kerana kulit buah oren mempunyai asid semula jadi yang boleh membantu melawan isu pigmentasi kulit sekali gus menyerlahkan tona kulit. Namun, awas  juga dengan sifatnya yang menghakis.

    Sama seperti lemon, buah-buah sitrus tidak boleh disapukan terus ke kulit muka kerana mungkin anda akan rasa pedih atau tidak selesa. Sebaiknya, jadikan ia sebagai masker di waktu malam.

    Konklusinya, ada banyak jenis bahan semula jadi di dapur yang anda boleh gunakan sebagai cara nak putihkan kulit muka. Tunggu apa lagi? Boleh mula cari bahan-bahan tadi dan cubalah hari ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan