backup og meta

Ini 17 Makanan Baik Untuk Jantung, Pastikan Ada Dalam Menu Harian Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/01/2023

    Ini 17 Makanan Baik Untuk Jantung, Pastikan Ada Dalam Menu Harian Anda!

    Nak jaga kesihatan jantung? Senang sahaja caranya, melalui pemakanan! Hello Doktor kongsikan 17 jenis makanan kesihatan untuk jantung. Nanti cubalah, tak rugi pun.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Ada makanan kesihatan untuk jantung?

    Jantung boleh dianggap seperti sebuah mesin dan bagi memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik, anda perlu menjaganya.

    Bagaimana? Caranya mudah iaitu dengan menjaga pemakanan.

    Ini kerana memilih makanan yang betul dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular, termasuklah penyakit arteri koronari.

    Penyakit tersebut boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

    Berikut antara beberapa makanan yang boleh dijadikan pilihan.

    17 jenis makanan untuk kesihatan jantung

    Di bawah antara pilihan makanan yang dapat memaksimumkan kesihatan jantung anda:

    Makanan kesihatan untuk jantung #1. Salmon

    Pilihan yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang dapat mengurangkan risiko:

    makanan kesihatan untuk jantung

    #2. Sayuran berdaun hijau

    Sayuran seperti bayam kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.

    Antara kebaikannya adalah dapat melindungi arteri, menurunkan tekanan darah serta memperbaiki fungsi sel yang melapisi saluran darah.

    #3. Oat

    Merupakan antara pilihan sarapan pagi yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan tinggi serat.

    Oat juga mengandungi nutrien seperti magnesium, kalium dan zat besi yang baik untuk kesihatan jantung.

    #4. Buah beri

    Strawberi, beri biru atau raspberi merupakan buah yang kaya dengan nutrien penting untuk kesihatan jantung.

    Buah beri juga tinggi antioksidan seperti antosianin – berperanan melindungi jantung daripada tekanan oksidatif dan keradangan, punca penyakit jantung.

    Makanan kesihatan untuk jantung #5. Kekacang

    Kekacang terbukti baik dalam menurunkan kolesterol darah.

    Antara yang boleh dijadikan pilihan adalah badam – mengandungi asid lemak omega-3 tumbuhan, vitamin E, magnesium, kalsium, serat dan lemak mono tak tepu serta lemak poli tak tepu yang baik untuk jantung.

    #6. Tauhu

    Merupakan sumber protein yang baik. 

    Selain itu, ia juga mengandungi nutrien yang menyihatkan jantung seperti niasin, folat, kalsium, magnesium dan kalium.

    #7. Beras perang

    Beras perang dianggap diet sihat untuk jantung. Ia mengandungi vitamin, magnesium dan serat B-kompleks.

    #8. Avokado, salah satu makanan kesihatan untuk jantung 

    Selain kaya dengan kalium, ia juga adalah sumber lemak mono tak tepu sihat untuk jantung yang dikaitkan dengan penurunan kadar kolesterol dan risiko penyakit jantung lebih rendah. 

    makanan kesihatan untuk jantung

    #9. Coklat gelap

    Coklat ini kaya dengan antioksidan seperti flavonoid.

    Pastikan anda memilih coklat gelap berkualiti tinggi dengan kandungan koko sekurang-kurangnya 70% dan dalam masa sama hadkan pengambilannya, okay?

    #10. Tomato

    Buah yang kaya dengan likopena – pigmen tumbuhan semula jadi kaya dengan sifat antioksidan.

    Ia berfungsi meneutralkan radikal bebas berbahaya, mencegah kerosakan dan keradangan oksidatif – penyumbang kepada penyakit jantung. 

    Jumlah likopena yang rendah dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung dan angin ahmar.

    #11. Bijian

    Biji chia dan biji rami antara pilihan bijian tinggi nutrien sihat yang baik sebagai makanan kesihatan untuk jantung, termasuk serat dan asid lemak omega-3. 

    makanan kesihatan untuk jantung

    Makanan kesihatan untuk jantung #12. Edamame

    Merupakan kacang soya belum matang. Bagi penggemar makanan Jepun sushi, pasti pernah makan atau melihat kacang ini.

    Ia mengandungi serat, antioksidan dan isoflavon soya – sejenis flavonoid yang membantu menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. 

    #13. Teh hijau

    Minuman yang sangat bermanfaat untuk kesihatan, daripada peningkatan pembakaran lemak hingga peningkatan kepekaan insulin.

    Ia tinggi polifenol dan catechin, yang bertindak sebagai antioksidan dalam mencegah kerosakan sel, mengurangkan keradangan dan menjaga jantung.

    Baca juga:

    #14. Lobak merah, antara makanan kesihatan untuk jantung terbaik

    Selain terkenal dengan sumber beta-karoten, lobak merah juga merupakan sumber karoten alfa dan gamma (karotenoid) yang baik.

    Tahap beta-karoten yang lebih tinggi dikatakan dapat menurunkan risiko penyakit jantung dan strok. 

    Jadi jangan lupa masukkan lobak dalam masakan anda, okay?

    #15. Ubi keledek

    Ubi keledek adalah sumber vitamin yang sangat baik. 

    Selain mengandungi vitamin A dan C, ia juga mempunyai sumber vitamin E rendah lemak yang jarang ditemui.

    Di samping itu, kandungan lain ubi keledek adalah kalium, folat, kalsium dan serat – kandungan serat adalah lebih tinggi jika dimakan ubi bersama kulitnya. 

    Makanan kesihatan untuk jantung #16. Asparagus

    Ini pilihan sayuran yang sihat.

    Ia mengandungi beta-karoten dan lutein – kedua-duanya adalah daripada jenis karotenoid, vitamin B-kompleks, folat dan serat. 

    17. Minyak zaitun

    Minyak ini dianggap sebagai pilihan yang sihat.

    Ia kaya dengan antioksidan – menyihatkan jantung dan dipercayai dapat melindungi saluran darah anda.

    Apabila minyak zaitun digunakan sebagai pengganti lemak tepu seperti mentega, ia dapat menurunkan kadar kolesterol.

    Kesimpulannya

    Mudah sebenarnya untuk menjaga kesihatan jantung, betul tak?

    Apa yang diperlukan adalah memilih makanan berkhasiat dan kaya nutrien baik untuk jantung. Jadi, selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan