Jangan letak bahan ini pada tangan luka kena pisau
“Tapi, saya pernah baca, ubat gigi dan garam bagus untuk merawat luka!”
Sebelum anda letak apa-apa bahan ke atas luka untuk merawatnya, pastikan anda baca penerangan kami di bawah.
Bahan seperti hidrogen peroksida, ubat gigi, garam dan sebagainya sebenarnya akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan!
1. Ubat gigi

Ubat gigi sudah lama dipercayai sebagai ubat melecur. Bak kata orang, bahan di dalam ubat gigi dapat mengurangkan lecuran dan membantu luka sembuh dengan lebih cepat.
Ia juga dikatakan dapat mengecutkan jerawat disebabkan kandungan pudina dan rasanya yang sejuk pada kulit.
Walau bagaimanapun, untuk pastikan luka anda benar-benar sembuh, pertama sekali anda perlulah pastikan ia tidak terdedah dengan bahan yang kotor.
Ubat gigi tidak sesuai diletakkan pada kawasan luka. Besar kemungkinan, ia akan menyebabkan luka anda lambat sembuh, makin sakit dan lebih mudah mengalami jangkitan.
Baca juga:
2. Garam
Aduh, kenapalah hendak buat luka sedia ada semakin sakit! Benar, garam telah digunakan ribuan tahun lamanya untuk merawat luka. Namun, elakkan menabur garam jika tangan luka kena pisau.
Perbuatan meletakkan garam pada luka boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Malah, struktur garam yang kasar juga mungkin akan membuatkan luka menjadi semakin serius.
Bak kata pepatah Melayu, bagaikan luka disirami garam. Bukankah ia bermaksud luka yang semakin sakit?
3. Hidrogen peroksida
Hidrogen peroksida juga merupakan satu bahan yang sering ditaburkan ke atas luka. Ia terlalu keras dan boleh menyebabkan iritasi pada kawasan luka.
Menurut pakar, hidrogen peroksida sangat berkesan untuk membunuh bakteria. Namun, pada masa yang sama, ia akan turut mematikan sebarang sel yang sihat. Jadi, elakkan penggunaan hidrogen peroksida ke atas luka ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen