Gastrik Ketika Bulan Puasa? Ia Bukan Sekadar Angin Dalam Perut, Ini 11 Cara Merawatnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 18/05/2020

Pernahkah anda “skip” waktu makan dan rasa perut masuk angin, kerap sendawa dan sering loya? Jika ya, ia bermakna anda mengalami masalah gastrik angin. Namun, apa sebenarnya ia dan apa cara hilangkan gastrik angin?

Gastrik Angin Itu Sebenarnya Wujud Ke?

Istilah gastrik angin selalunya merujuk kepada masalah perut berangin. Ia sebenarnya satu istilah yang kurang tepat.

Perkataan ‘gastrik’ dalam istilah perubatan didefinisikan sebagai ‘perut’. Jadi istilah tepat bagi penyakit ini adalah gastritis.

Namun, disebabkan penggunaan nama tersebut amat meluas di Malaysia, doktor turut menggunakan istilah sama bagi memudahkan pemahaman pesakit dan untuk mengelak timbul kekeliruan. 

Jadi apakah sebenarnya gastrik angin ini?

gastrik angin

Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.

Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.

Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik angin, ia bermakna, berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini

Baca juga:

Tidur Setelah Sahur Mengundang BAHAYA, Ini Antara 5 Risiko Yang Boleh Jejaskan Kesihatan Anda!

Jenis-jenis gastrik angin

Terdapat 3 jenis gastrik yang boleh berlaku, iaitu:

4 Faktor Penyebab Gastrik Angin Yang Anda Wajib Tahu

cara hilangkan gastrik

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gastrik angin. Ia melibatkan sesuatu yang mengakibatkan gangguan pada penghasilan mukus di dalam perut sehingga mewujudkan keradangan.

Antaranya seperti –

Punca gastrik angin #1 Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori

Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang tercemarBakteria ini akan bergerak masuk ke lapisan mukus yang melindungi dinding perut.

Apabila berjaya melepasi lapisan ini, bakteria H.pylori akan bersarang dan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menghakis lapisan perlindungan dalam perut, lalu mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada perut.

Punca gastrik angin #2 Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs

pantang larang gastrik angin

NSAIDs adalah Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs. Ia ubat tahan sakit yang sering diberi doktor.

Ubat ini untuk individu dengan masalah sakit sendi (keradangan) atau sakit otot kerana ia berfungsi menghalang pembentukan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit dalam badan.

Tapi dalam masa sama, bahan kimia prostaglandin diperlukan untuk penghasilan mukus. 

Pengambilan ubat ini menyebabkan penghasilan mukus berkurang kerana prostaglandin tak cukup menampung keperluan dalam proses penghasilan mukus.

Keadaan ini akan mengakibatkan asid perut menghakis dinding perut.

Kenapa gastrik angin terjadi #3 Tahap tekanan yang tinggi pada badan

Gastrik angin juga boleh berlaku apabila tahap tekanan yang tinggi membebani badan.

Antara penyebab tekanan ini seperti pembedahan major disebabkan masalah kesihatan lain, atau sebarang kecederaan teruk yang boleh merangsang penghasilan asid yang tinggi dalam perut. 

Pengambilan alkohol berlebihan

simptom gastrik angin

Minuman beralkohol dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid.

Antara punca lain kenapa gastritis boleh berlaku adalah kerana:

  • Tindak balas dengan makanan atau ubat
  • Tindak balas dengan bahan kimia
  • Merokok
  • Peningkatan usia

6 Simptom Gastrik Angin Yang Selalu Terjadi

Terdapat beberapa simptom petanda anda ada masalah gastritis.

petua hilangkan gastrik angin

Antara simptom yang boleh berlaku adalah:

  • Senak perut (ketidakhadaman)

Senak perut adalah rasa sakit perut pada bahagian atas perut. Senak perut biasanya berlaku kerana ketidakhadaman.

Biasanya masalah ini berlaku selepas anda makan atau minum. Ia disebabkan asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.

  • Pedih ulu hati

Pedih ulu hati terjadi apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.

Anda akan rasa sakit pada bahagian dada atau tekak seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat. 

Jika pedih ulu hati sering terjadi, ia mungkin tanda masalah Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD). Masalah refluks gastroesophageal merupakan masalah pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut atau kandungan perut mengalir kembali ke kerongkong anda.

  • Hilang selera makan

gastrik angin

Masalah gastrik angin juga cenderung membuatkan anda hilang selera makan

  • Perut kembung

Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian dalaman dinding perut.

Akibatnya, asid berlebihan ini akan melalui usus dan bertindak balas membentuk gas atau angin dalam perut. Ia akhirnya mengakibatkan usus dalam perut menjadi tegang dan kembung. 

  • Loya dan muntah

Angin dalam perut akan membuatkan anda loya atau mual. Muntah gastrik angin biasanya berwarna jernih, kuning, atau kehijauan.

Ia mungkin mengandungi darah, bergantung pada tahap gastritis yang dihadapi. 

  • Badan berasa lemah dan lesu

Apabila anda mengalami gastrik, badan secara automatik akan sentiasa lemah dan lesu. Ini kerana anda perlu menahan sakit yang menyebabkan ketidakselesaan dan penat.

Antara simptom gastrik angin lain adalah:

3 Cara Hilangkan Gastrik Angin Yang Boleh Dicuba

simptom gastrik

Apakah cara hilangkan gastrik angin? Untuk merawat masalah gastritis, terdapat beberapa ubatan yang boleh membantu. Antaranya seperti:

Cara hilangkan gastrik angin #1 Antasid (Antacid)

Antasid berfungsi memperbaiki lapisan tambahan mukus, yang diambil 3 kali sehari sebelum makan. Ia adalah campuran bahan kimia yang mampu mengurangkan tahap keasidan perut dan boleh dibeli di farmasi.

Namun, pengambilan ubat antasid ini dikatakan akan memberikan beberapa kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami:

  1. Degupan jantung tidak sekata
  2. Keletihan melampau
  3. Sakit perut berterusan
  4. Cirit-birit berterusan
  5. Sembelit
  6. Najis bertukar warna menjadi putih

Cara hilangkan gastrik angin #2 H2-blocker 

Turut dikenali sebagai antagonis H2. Ubat ini berfungsi mengurangkan rembesan asid. Contoh ubat jenis H2-blocker adalah ranitidine.

Cara hilangkan gastrik angin #3 Proton pump inhibitor 

Perencat pam proton (PPI) bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan. Ubat PPI ini biasanya diberi pada pesakit dengan gastritis yang teruk atau ulser perut.

Antara contoh ubatan yang akan diberikan adalah lansoprazole atau pantoprazole.

Pantang Larang Gastrik Angin: 7 Langkah Pencegahan 

gastrik

Tercari-cari pantang larang gastrik angin untuk tidak lagi mengalami masalah kesihatan ini? Berikut 6 langkah pencegahan dan pantang larang gastrik angin yang anda boleh buat:

  • Hindari makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak, terutamanya ketika perut masih kosong. 
  • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Jangan skip waktu makan
  • Banyakkan minum susu (kerana susu bersifat alkali yang mengurangkan keasidan perut. Tapi, jangan minum tenusu ketika perut kosong
  • Jika gastritis terjadi kerana ubat NSAIDs, cuba bincang dengan doktor
  • Jauhi minuman beralkohol, atau pastikan jumlah yang diminum terkawal
  • Elak stress dengan amalkan kaedah deep breathing
  • Berhenti merokok

Penjagaan Kesihatan Yang Sempurna Untuk Individu Dengan Gastritis

Masalah gastrik angin atau gastritis mungkin dianggap sebagai satu masalah biasa yang kerap dialami ramai individu. Tetapi, anda tidak seharusnya menganggap ia sebagai masalah remeh. 

Jika masalah gastrik dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan sewajarnya, terdapat risiko berlakunya pembentukan ulser dalam perut.

Sekiranya keadaan ini terjadi, rawatan perlu diberikan kerana ulser ini boleh berdarah dan membawa kepada penyakit lain seperti anemia (kurang darah merah).

Gastrik boleh dicegah melalui penjagaan pemakanan dan kesihatan yang betul. Pastikan anda menjaga aspek diet pemakanan harian anda dan elakkan jenis makanan yang berisiko menyebabkan gastritis.

Luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti fizikal setiap hari, ia adalah amat digalakkan untuk dijadikan sebagai amalan setiap hari.

Hello Health Group tidak memberikan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tip Mengawal Asid Perut Ketika Puasa

     Minum banyak air boleh menipu perut untuk berfikir anda kenyang, tetapi ia juga boleh menipu menghasilkan asid tambahan untuk mencerna makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Gastrik: Bagaimana Ingin Menguruskannya?

    Gastrik secara amnya bukanlah satu keadaan kesihatan yang berbahaya. Namun, ia masih berpotensi menyebabkan beberapa komplikasi seperti: Ulser perut dan duodenum. Pendarahan perut dan muntah darah. Kanser ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan September 12, 2018

    Mengambil Ubat Tahan Sakit Secara Berkala Boleh Menyebabkan Gastrik

    Jika anda seorang yang kerap mengambil ubat tahan sakit daripada farmasi setiap kali mengalami sebarang rasa sakit, sila berhati-hati. Ia boleh menyebabkan keradangan dan ulser pada perut dan bahagian awal usus ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan September 12, 2018

    Gastrik: Apa yang Berlaku di dalam Perut Anda?

    Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis. Gastrik itu sendiri secara bahasanya membawa maksud perut. Namun ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan September 12, 2018

    Artikel lain untuk anda

    9-makanan-untuk-penghidap-gastrik

    Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada April 29, 2020
    berat-badan-turun

    Berat Badan Turun 50 kg? Biar Betul!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Oktober 3, 2019
    Gastrik Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai

    Anda Gastrik? Ketahui Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada September 3, 2019
    gastrik

    Gastrik, Pembedahan Gastric Sleeve dan Diet Gastric Sleeve

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Julai 12, 2019