Satu kajian yang diterbitkan dalam Rheumatic Diseases, jurnal European League Against Rheumatism (EULAR), mendapati hubungan kuat antara kejadian penyakit jantung dan artritis reumatoid. Penyelidik melakukan meta-analisis hampir 100,000 pesakit dan 19 kajian. Mereka mendapati bahawa RA meningkatkan risiko kematian kardiovaskular (CV) sebanyak 60% berbanding orang yang tidak mempunyai penyakit.
Tip Melegakan Keradangan Sendi
1. Kurangkan berat badan
Berat badan boleh memberi imak besar kepada jumlah kesakitan yang anda alami akibat artritis. Berat badan bertambah atau berlebihan meletakkan banyak tekanan pada sendi terutama lutut, pinggul dan kaki. Mengurangkan tekanan pada sendi dengan mengurangkan berat badan akan meningkatkan pergerakan, mengurangkan kesakitan, mencegah kerosakan sendi lain dan sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Bersenam
Umumnya, bersenam mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Kerap bergerak membantu mengekalkan sendi anda dalam keadaan fleksibel. Latihan berat seperti berjalan dan berlati boleh merosakkan sendi. Sebaliknya, cuba senaman ringan seperti aerobik air atau berenang untuk mengurangkan sendi membengkak tanpa menambahkan tekanan lanjutan.
3. Gunakan terapi sejuk dan panas
Rawatan panas dan sejuk yang mudah boleh membuatkan dunia anda berbeza ketika serangan sakit arthritis. Mandi panas terutama pada waktu pagi membantu mengurangkan kekakuan sendi anda.
Rawatan sejuk adalah terbaik untuk melegakan sakit sendi, bengkak, dan keradangan. Balut pek ais dalam tuala dan tuam pada sendi yang menyakitkan untuk melegakan.
4. Mencuba rawatan akupunktur
Akupunktur adalah rawatan perubatan Cina dengan mencucuk tubuh manusia menggunakan jarum khas. Akupunktur adalah terapi pelengkap yang paling dikaji dan disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia untuk rawatan lebih daripada 100 keadaan yang berbeza. Adalah dipercayai bahawa akupunktur mempunyai keupayaan untuk mengurangkan sakit arthritis.