Beza antara gastritis @ gastroenteritis
Sering berlaku kekeliruan antara tanda sakit gastrik angin dan gastroenteritis. Keduanya adalah keadaan yang berbeza.
- Gastroenteritis – Keradangan (kerengsaan) perut dan usus disebabkan jangkitan
- Gastritis – Keradangan lapisan perut dan jarang disebabkan oleh jangkitan
Masalah gastrik angin
Gastrik adalah keadaan di mana lapisan perut menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab.
Lapisan perut menghasilkan asid dan bahan lain yang berfungsi memecahkan nutrien makanan. Ia juga menghasilkan lendir bagi melindungi perut daripada asid yang dihasilkannya.
Semasa mengalami gastrik, lapisan ini terjejas dan tidak dapat melindungi perut daripada asid. Ia merosakkan sel perut serta boleh menyebabkan ulser dan pendarahan.
Bagi kebanyakan individu, kesan gastrik tidak serius dan dapat sembuh jika dirawat. Namun jika gastritis tidak dirawat, ia boleh berlanjutan selama bertahun-tahun.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen