Harapan Buat Pesakit Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 19/12/2019
Share now

Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015, seramai 3.6 juta, bersamaan 17.5% daripada keseluruhan rakyat Malaysia menghidap diabetes. Lebih kurang 1 daripada 6 rakyat negara ini. Malah, diaggarkan bahawa angka ini akan meningkat kepada 1 daripada 5 menjelang tahun 2020.

Bukan sahaja bilangan kes yang tinggi, penyakit itu sendiri memerlukan masa, kos dan komitmen yang sangat banyak dalam menguruskannya. Sekali terkena, ia akan menjejaskan seluruh kehidupan pesakit.

Novo Nordisk, sebuah syarikat farmaseutikal Belgium yang terkenal dengan penghasilan rawatan diabetes melancarkan ubat terbarunya pada hari ini di sebuah hotel di ibu negara. Ubat yang bernama Victoza® itu bukan sahaja mengawal tahap gula di dalam darah, malah juga mengurangkan risiko komplikasi jantung disebabkan oleh diabetes.

Victoza® terbukti berkesan

Victoza® adalah sejenis ubat di bawah kategori glucagon-like peptide-1 (GLP-1) agonist. Ia juga disebut sebagai liraglutide dalam nama generik.

Doktor dan saintis di dalam sektor kesihatan sentiasa mencari jalan terbaik dalam merawat serta menguruskan diabetes, terutamanya yang melibatkan komplikasi termasuk jantung, buah pinggang dan mata. Pelbagai kombinasi rawatan telah dijalankan untuk mencari gabungan ubat terbaik.

Kini, doktor dan pesakit mendapat berita gembira dengan kehadiran ubat ini. Ia terbukti berkesan dalam mengawal kadar gula di dalam darah, sama ada digunakan secara bersendirian atau bersama ubat lain seperti metformin, sulfonylurea dan glitiazone.

Apa yang lebih menarik adalah ia juga membantu mengurangkan berat badan dan yang lebih penting adalah mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 22%.

Masih ada harapan buat pesakit diabetes

Jika anda atau ahli keluarga menghidap kencing manis, jangan pernah putus asa dalam menghadapinya. Sentiasa ada jalan keluar dan sinar di sebalik keperitan yang dialami. Perkembangan teknologi dan sains banyak membantu dalam peningkatan tahap penjagaan kesihatan di negara ini.

Selagi mana anda mempunyai mentaliti yang positif dan mengamalkan gaya hidup sihat di samping rawatan yang betul, keadaan akan bertambah baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Betul Ke Anak Yang Dilahirkan Ibu Obes Memiliki IQ Lebih Rendah? Tapi Mengapa?

    Selain daripada kesan negatif terhadap kualiti hidup, ibu obes juga dapat mempengaruhi kecekapan psikomotor anak di dalam kandungan. Baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Awas! Jika Kulit Anda Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis

    Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Risiko Kencing Manis Tinggi Dalam Kalangan Orang Asia

    Tahukah anda bahawa orang Asia mempunyai BMI yang berlainan dengan orang Eropah memandangkan risiko untuk mendapat kencing manis berbeza? Baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Jom Selidik Tanda Awal Kencing Manis

    Apa tanda kita mungkin ada masalah kencing manis? Adakah terdapat sebarang simptom yang boleh dikenal pasti? Jom ketahui apakah tanda awal kencing manis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa