Acesulfame potassium, juga dikenali sebagai acesulfame K atau Ace-K. Ia adalah pemanis tiruan dengan rasa manis sehingga 200 kali ganda daripada gula biasa.
Ia biasa digunakan dalam pembuatan minuman bergas jenama terkenal. Pengilang sering menggabungkannya dengan pemanis lain untuk mengurangkan rasa pahit yang muncul selepas meminumnya.
#4. Pengganti gula untuk kencing manis: Neotame
Neotame ialah sejenis bahan pemanis tiruan yang rendah kalori dengan tahap kemanisan kira-kira 7,000–13,000 kali ganda daripada gula putih.
Agensi Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan neotame pada tahun 2002 sebagai pemanis dan penambah rasa untuk semua makanan kecuali daging dan ayam.
#5. Allulose
Allulose ialah gula rendah kalori yang terdapat secara semula jadi dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah tin, kismis, dan nangka.
Ia adalah sekitar 70% sama manis dengan gula biasa tetapi hanya mempunyai 10% jumlah kalori daripada gula putih.
Pemanis ini tidak meningkatkan gula darah apabila diambil.
#6. Tagatose
Tagatose ialah sejenis fruktosa dengan tahap kemanisan 90% lebih manis daripada sukrosa.
Ia wujud dengan jumlah yang kecil dalam beberapa jenis buah seperti epal, oren, dan nanas.
Tagatose mungkin sangat bermanfaat untuk penghidap diabetes yang mengikuti diet rendah GI.
Walau bagaimanapun, pengganti gula untuk diabetes ini lebih mahal daripada pemanis rendah kalori lain dan mungkin lebih sukar didapati di kedai.
#7. Aspartame

Aspartame ialah pemanis sintetik popular dengan rasa manis 200 kali ganda lebih tinggi daripada gula biasa.
Ia telah berada di pasaran di Amerika Syarikat sejak tahun 1980-an lagi. Ia juga banyak digunakan dalam penghasilan minuman berkarbonat di seluruh dunia.
#8. Sakarin
Sakarin banyak dijual di pasar raya dengan pelbagai jenama.
Ia tidak mengandungi sebarang kalori dengan rasa manis antara 200 hingga 700 lebih tinggi berbanding gula putih.
#9. Pengganti gula untuk kencing manis: Buah biksu Cina atau monk fruit

Di luar negara, buah ini disebut sebagai monk fruit atau Lo Han Guo.
Orang Cina telah menggunakannya selama berabad-abad lamanya dalam perubatan tradisional sebagai makanan untuk membantu sistem penghadaman.
Sesetengah pengeluar membuat pemanis bebas karbohidrat dan sifar kalori daripada buah biksu cina ini. Ia adalah sekitar 250 kali lebih manis daripada gula putih dan tidak menjejaskan paras gula darah seseorang.
Kesimpulan
Bahan pemanis di atas merupakan pengganti gula yang lebih baik untuk pesakit diabetes kerana ia tidak menaikkan gula darah anda.
Kebanyakan bahan pemanis ini telah terbukti tidak memberikan kesan sampingan atau buruk jika diambil mengikut aturan dan tidak berlebihan.
Jika anda tidak begitu pasti, bertanyalah kepada doktor yang merawat atau boleh juga mengemukakan soalan anda kepada pakar pemakanan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen