Ada sesetengah individu penghidap diabetes yang mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka sedang mengalami keracunan diabetic. Untuk pengetahuan anda, keracunan gula ini mempunyai kaitan dengan kadar gula dalam darah yang terlalu tinggi.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ada sesetengah individu penghidap diabetes yang mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka sedang mengalami keracunan diabetic. Untuk pengetahuan anda, keracunan gula ini mempunyai kaitan dengan kadar gula dalam darah yang terlalu tinggi.
Kami senaraikan di sini beberapa tanda atau simptom jika seseorang itu sedang mengalami keracunan gula.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Keracunan gula bermaksud keadaan tubuh yang sudah mengambil terlalu banyak kandungan gula.
Ia bukanlah dikategorikan sebagai penyakit diabetes, namun ia boleh menjadi satu keadaan permulaan kepada penyakit ini.
Keracunan diabetik ini bukan sahaja boleh menyebabkan penyakit diabetes, tetapi juga beberapa penyakit lain seperti penyakit jantung, obesiti dan juga strok.
Bagaimana untuk tahu bahawa diri anda sedang mengalami keracunan gula? Terdapat beberapa tanda yang boleh anda perhatikan jika anda sedang mengalami keadaan ini.
Mungkin anda tidak begitu sedar mengenai tanda-tanda ini memandangkan ada antaranya yang tidak menunjukkan kesan yang serius.
Berikut ialah simptom jika anda alami keracunan gula:
Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan pengeluaran insulin menjadi semakin meningkat.
Ini kerana, insulin berfungsi mengubah gula menjadi sumber tenaga untuk tubuh.
Namun dalam masa yang sama, ada sesetengah individu yang agak sensitif terhadap lonjakan insulin dan ia mungkin akan menyebabkan timbulnya jerawat pada muka.
Bukan sahaja dadah, tetapi gula juga boleh menyebabkan ketagihan yang berpanjangan.
Ramai yang tidak tahu bahawa gula sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan jika diambil selalu.
Mereka yang kerap mengambil makanan dan minuman yang manis akan kerap mengambilnya lagi disebabkan ketagihan terhadap gula.
Jika anda kerap atau biasa mengambil gula setiap hari, lama-kelamaan lidah akan menjadi kurang sensitif atau lebih kebal terhadap rasa manis.
Makanan yang sememangnya telah berasa manis akan terasa kurang manis.
Kesannya, anda akan mengambil lebih banyak makanan manis atau gula disebabkan lidah yang telah hilang sensitiviti terhadap rasa manis sedia ada.
Percaya atau tidak, pengambilan gula juga boleh mempengaruhi keadaan emosi atau mood anda.
Pengambilan gula boleh membuatkan badan anda lebih bertenaga.
Namun, apabila kadar gula dalam darah sudah rendah atau menurun, emosi anda juga boleh terganggu.
Malah, tenaga badan yang rendah juga boleh menyebabkan mood menjadi semakin buruk.
Pengambilan gula yang tinggi semestinya boleh membuatkan kadar gula dalam darah menjadi semakin meningkat.
Dalam masa yang sama, ia juga secara automatik akan membuatkan paras protein dan juga serat semakin berkurangan dalam tubuh badan.
Kesannya, tubuh anda akan menjadi lemah dan mudah lesu sepanjang hari.
Keracunan diabetic juga boleh menyebabkan diri anda sukar untuk memberikan fokus terhadap sesuatu perkara.
Apabila tubuh badan sudah mengambil terlalu banyak gula, ia secara langsung akan menyebabkan paras gula darah meningkat dan menurun secara drastik.
Kesannya, otak akan lebih mudah terganggu dan hilang fokus dalam melakukan sesuatu.
Jika ini terus berlaku, ia boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit demensia kelak.
Salah satu tanda lain bahawa anda sedang alami keracunan diabetic ialah pertambahan berat badan.
Pengambilan gula dengan jumlah yang tinggi sememangnya boleh menyebabkan peningkatan berat badan.
Bukan itu sahaja, apabila tubuh menghasilkan terlalu banyak insulin untuk memproses gula dalam tempoh yang lama, ia mungkin boleh menyebabkan penyakit diabetes pula.
Apabila anda makan atau minum sesuatu, ia pastinya akan meninggalkan sisa makanan pada bahagian gigi anda.
Sisa makanan manis ini akan diubah oleh bakteria menjadi asid yang boleh menyebabkan kerosakan pada gigi.
Faktor kewujudan asid dan rongga gigi ini menjadi habitat yang sangat baik untuk bakteria membiak dan menyebabkan gigi anda menjadi berlubang.
Kebanyakan tanda-tanda yang dinyatakan di atas ini merupakan satu perkara yang biasa berlaku.
Ia boleh menyebabkan ramai individu tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah mengambil terlalu banyak gula dalam badan.
Jika ia berterusan, tidak mustahil anda boleh mendapat penyakit diabetes atau kencing manis.
Oleh itu, bagi mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kronik ini, kurangkan pengambilan gula setiap hari dan gantikan dengan sumber alternatif lain yang lebih sihat seperti buah-buahan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen