backup og meta

Kena Rajin Cek Kadar Gula Dalam Badan Atau Kesan BAHAYA Ini Boleh Berlaku!

Kena Rajin Cek Kadar Gula Dalam Badan Atau Kesan BAHAYA Ini Boleh Berlaku!

Apabila paras gula darah jatuh di bawah julat normal, ia dipanggil hipoglikemia. Terdapat banyak gejala kekurangan gula dalam darah yang boleh dikenal pasti, salah satunya dengan mengambil ujian glukosa darah.

Ketahui lebih lanjut mengenai simptom kurang gula dalam darah serta kesan jangka panjang pada badan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Punca berlakunya hipoglikemia

Faktor penyumbang paling biasa untuk kekurangan gula dalam darah adalah beberapa ubat yang digunakan untuk merawat diabetes seperti insulin.

Dalam diabetes jenis 1, pankreas tidak lagi dapat menghasilkan insulin. Manakala diabetes jenis 2 pula, pankreas tidak menghasilkan jumlah insulin yang mencukupi atau badan tidak dapat menggunakannya dengan betul.

kekurangan gula dalam darah
Perbezaan diabetes jenis 1 dan 2.

Terlalu banyak insulin atau ubat diabetes oral boleh menurunkan paras gula darah, sekali gus menjadi punca hipoglikemia.

Pun begitu, masalah hipoglikemia tidak hanya eksklusif kepada penghidap diabetes, walaupun situasi ini mungkin jarang berlaku.

Keadaan ini turut boleh dialami jika badan menghasilkan terlalu banyak insulin daripada yang sepatutnya.

Satu lagi kemungkinan penyebab gula darah rendah adalah pengambilan minuman beralkohol yang terlalu banyak, terutamanya untuk jangka masa lama.

Ia boleh mengganggu keupayaan hati mencipta pengumpulan glukosa dan kemudian melepaskannya ke dalam aliran darah apabila memerlukannya.

Antara punca kurang gula dalam darah lain:

  • Gangguan buah pinggang
  • Hepatitis 
  • Penyakit hati
  • Anoreksia nervosa
  • Tumor pankreas
  • Gangguan kelenjar adrenal
  • Sepsis, biasanya melibatkan jangkitan yang sangat teruk

Apabila paras gula darah anda terlalu rendah, sel-sel anda menjadi ‘kebuluran’ tenaga. Pada mulanya, anda mungkin melihat simptom kecil, seperti rasa lapar dan sakit kepala.

Namun jika anda tidak meningkatkan paras gula darah tepat pada masanya, ia meningkatkan risiko untuk mengalami komplikasi yang serius.

Untuk mengekalkan paras gula darah daripada meningkat terlalu banyak – dipanggil hiperglisemia – anda memerlukan jumlah insulin yang betul.

Dengan insulin yang tidak mencukupi, paras gula darah anda meningkat. Sebaliknya, terlalu banyak insulin boleh menyebabkan gula darah anda turun dengan cepat.

Akibat kekurangan gula dalam darah

Berikut antara kesan gula darah rendah yang boleh menjejaskan sistem badan:

Sistem pencernaan, endokrin dan peredaran darah

Selepas makan, sistem pencernaan akan memecahkan karbohidrat dan mengubahnya menjadi glukosa. Pada asasnya glukosa adalah sumber bahan api badan.

Apabila paras gula meningkat, pankreas akan mengeluarkan hormon yang dipanggil insulin – untuk membantu penyerapan dan penggunaan glukosa oleh sel-sel seluruh badan.

Bagi penghidap diabetes yang bergantung kepada insulin, anda perlu mengambilnya dalam jumlah yang tepat bagi membolehkan badan berfungsi dengan betul.

Manakala sebarang lebihan glukosa akan pergi ke hati untuk disimpan. Jika anda tidak makan beberapa jam, kekurangan gula dalam darah akan berlaku.

Bagi individu dengan pankreas yang sihat, ia akan mengeluarkan hormon dipanggil sebagai glukagon untuk menggantikan ketiadaan makanan.

Hormon ini akan memberitahu hati untuk memproses gula yang disimpan dan melepaskannya ke dalam aliran darah.

Sekiranya badan anda berfungsi dengan betul, paras gula darah harus kekal dalam julat normal sehingga waktu hidangan makan seterusnya.

Kurang gula dalam darah boleh menyebabkan degupan jantung yang cepat dan jantung menjadi berdebar-debar. 

kekurangan gula dalam darah
Jantung berdegup dengan laju tiba-tiba.

Seperkara perlu diketahui, walaupun menghidap diabetes, anda mungkin tidak mempunyai gejala gula darah rendah yang jelas. 

Ini merupakan keadaan berbahaya yang dikenali sebagai hipoglikemia tidak sedar. Ia berlaku apabila anda mengalami gula darah rendah dengan kerap sehingga mengubah tindak balas badan terhadapnya.

Biasanya, gula darah rendah menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon tekanan, seperti epinefrin. Epinefrin bertanggungjawab untuk tanda amaran awal seperti kelaparan dan menggigil.

Apabila gula darah rendah berlaku terlalu kerap, badan mungkin berhenti mengeluarkan hormon tekanan, dipanggil kegagalan autonomi berkaitan hipoglikemia (hypoglycemia-associated autonomic failure, HAAF).

Itulah sebabnya sangat penting untuk memeriksa paras gula darah dengan kerap.

Sistem saraf pusat kesan kekurangan gula dalam darah

Tahap gula darah yang rendah juga boleh menyebabkan pelbagai masalah dalam sistem saraf pusat anda.

Gejala awalnya termasuk lemah badan, sakit kepala dan pening. Sakit kepala boleh berlaku akibat kekurangan glukosa, terutamanya jika anda menghidap diabetes.

Anda juga mungkin merasakan tanda-tanda kurang gula dalam darah seperti gugup, kegelisahan dan kerengsaan.

Apabila paras gula darah menurun pada waktu malam, anda mungkin mengalami mimpi buruk, menangis semasa tidur atau gangguan tidur yang lain.

Kekurangan koordinasi, menggigil, kulit berlengas dan berpeluh boleh berlaku akibat kekurangan gula dalam darah. Mulut kebas juga antara kesan lain yang boleh dialami. 

kekurangan gula dalam darah
Sakit kepala merupakan salah satu tanda awal kurang gula dalam badan.

Selain itu anda mungkin mengalami penglihatan kabur dan kekeliruan. Kesannya, tugasan harian dan keseimbangan diri mungkin terjejas.

Tanpa rawatan, gula darah rendah yang teruk boleh menjadi sangat berbahaya. Ia boleh mengakibatkan sawan, hilang kesedaran atau kematian!

Kesimpulan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai keadaan kekurangan gula dalam darah, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hyperglycemia and hypoglycemia in type 2 diabetes. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279510/, Accessed on March 1, 2023
  2. Hypoglycemia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hypoglycemia/symptoms-causes/syc-20373685, Accessed on March 1, 2023
  3. Low blood sugar (hypoglycaemia). https://www.nhs.uk/conditions/low-blood-sugar-hypoglycaemia/, Accessed on March 1, 2023
  4. Low Blood Sugar (Hypoglycemia). https://www.cdc.gov/diabetes/basics/low-blood-sugar.html, Accessed on March 1, 2023
  5. Hypoglycemia (Low Blood Sugar). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11647-hypoglycemia-low-blood-sugar, Accessed on March 1, 2023 

Versi Terbaru

15/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Senarai Makanan Patut Diambil Dan Perlu Dielak Buat Pesakit Kencing Manis!

Selain Jaga Pemakanan, 10 Cara Ini Berkesan Turunkan Bacaan Gula Darah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan