Anda tahu, berapakah paras gula dalam darah mengikut umur yang sepatutnya? Jika anda masih belum tahu, kami berikan di sini jadual bacaan gula dalam darah KKM yang sepatutnya diikuti.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Anda tahu, berapakah paras gula dalam darah mengikut umur yang sepatutnya? Jika anda masih belum tahu, kami berikan di sini jadual bacaan gula dalam darah KKM yang sepatutnya diikuti.
Semak menerusi artikel di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Paras atau tahap glukosa darah ialah jumlah glukosa atau gula yang ada dalam darah seseorang pada bila-bila masa.
Paras gula darah yang tinggi atau rendah boleh menunjukkan keadaan kesihatan yang mungkin memerlukan perhatian perubatan.
Untuk menentukan sama ada anda mengalami paras gula darah rendah atau tinggi, anda boleh menyemak jadual bacaan gula dalam darah KKM.
Paras gula dalam darah boleh berada pada tahap yang normal, tinggi atau rendah, bergantung pada jumlah glukosa seseorang dalam aliran darah mereka.
Glukosa ialah gula ringkas yang terdapat dalam aliran darah pada setiap masa. Tahap glukosa darah anda boleh diukur pada bila-bila masa.
Contohnya, apabila seseorang individu berpuasa (pada waktu pagi selepas bangun tidur), sebelum makan, atau selepas makan.
Untuk paras glukosa darah normal orang dewasa yang tidak menghidap diabetes dan tidak makan selama sekurang-kurangnya lapan jam, bacaan yang sepatutnya adalah kurang daripada 100 mg/dL.
Paras glukosa darah normal untuk orang dewasa tanpa diabetes, dua jam selepas makan pula ialah antara 90 hingga 110 mg/dL.
Namun, anda juga perlu memahami bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi paras gula darah sepanjang hari walaupun anda mengikuti jadual bacaan gula dalam darah KKM.
Antaranya ialah:
Paras gula darah yang ideal untuk sesiapa sahaja tanpa diabetes atau pradiabetes, dan tanpa mengira umur (pada waktu pagi) hendaklah kurang daripada 100 mg/dL.
Ingat, paras gula dalam darah masih boleh berubah-ubah sepanjang hari akibat daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan seperti di atas.
Anda mungkin ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai jadual bacaan gula dalam darah KKM bagi penghidap diabetes.
Bagi mereka yang menghidap diabetes, paras gula darah normal akan berbeza-beza bergantung pada umur dan masa dalam sehari.
Contohnya, ketika berpuasa, paras gula dalam darah selalunya berada dalam julat sasaran.
Jenis makanan yang dimakan juga akan memberi kesan kepada paras gula dalam darah dengan cara yang berbeza.
Makanan yang tinggi dengan kandungan karbohidrat (seperti mi, bijirin dan nasi) akan meningkatkan paras gula darah dengan lebih cepat berbanding makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
Tahap gula dalam darah semestinya akan meningkat selepas waktu makan, tetapi akan mula kembali ke paras normal dalam tempoh beberapa jam.
Ini jadual bacaan gula dalam darah KKM yang boleh anda lihat:
#1. Paras gula dalam darah mengikut umur: Kanak-kanak kurang daripada 6 tahun dengan diabetes
#2. Paras gula dalam darah mengikut umur: Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun dengan diabetes
#3. Paras gula dalam darah mengikut umur: Remaja 13 hingga 19 tahun dengan diabetes
#4. Paras gula dalam darah mengikut umur: Dewasa 20 tahun ke atas dengan diabetes
Kini anda telah tahu jadual bacaan gula dan pastikan anda mengikuti julat sasaran tersebut.
Anda boleh melakukan beberapa tip bagi memastikan jadual bacaan gula dalam darah KKM anda sentiasa terkawal.
Apakah tip tersebut?
Buat lima petua wajib ini jika anda mahu kawal paras gula darah dalam sasaran yang normal:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen