Namun, bagi menjaga kesihatan anda, pilihlah menu yang dimasak dengan kaedah kukus, panggang, bakar atau rebus.
Contoh menu makanan untuk diabetes Malaysia ialah ayam panggang, sup ayam atau ikan stim.
Selain itu, minta daging ayam bahagian dada untuk mengurangkan pengambilan lemak dan kurangkan penggunaan minyak dalam hidangan anda.
#3. Pilih makanan dengan saiz kecil
Biasanya, restoran akan menghidangkan makanan dengan saiz hidangan yang agak banyak.
Bagi mereka yang menghidap diabetes, elakkan saiz hidangan sebegini dan cuba ambil hidangan seperti ketika anda di rumah.
Pilih makanan dengan saiz hidangan yang kecil atau anda boleh berkongsi makanan dengan orang lain.
Anda juga boleh cuba untuk makan secara perlahan-lahan agar perut cepat berasa kenyang.
#4. Makan untuk kencing manis: Jangan order add-on

Pada masa kini, terdapat pelbagai hidangan add-on yang tersedia walaupun di kedai-kedai makan yang kecil.
Elakkan penambahan makanan lain atau sos yang bukan sahaja menambahkan kalori, tetapi juga membahayakan kesihatan anda.
#5. Ambil air masak sahaja
Walaupun terdapat banyak pilihan minuman di restoran, jangan sesekali untuk mencubanya. Pesan sahaja air kosong sejuk untuk diminum.
Jika mahukan sedikit perisa, anda boleh pesan air limau ais tanpa gula atau teh kosong tanpa gula.
#6. Makan untuk kencing manis: Ambil buah-buahan sebagai pencuci mulut

Untuk pencuci mulut pula, elakkan segala jenis pencuci mulut yang manis, tinggi gula dan tinggi lemak.
Gantikan dengan buah-buahan segar tanpa tambahan bahan-bahan lain seperti serbuk asam, susu, gula, kicap dan lain-lain lagi.
Elakkan juga koktel buah viral yang sebenarnya tidak menyihatkan.
#7. Banyakkan lauk berasaskan sayur
Sayur-sayuran amat penting dalam menu makan untuk kencing manis. Ini kerana, ia tinggi dengan kandungan serat dan membantu dalam mengawal paras gula darah anda.
Pesan hidangan sayur yang dimasak dengan kaedah yang sihat seperi sayur pak choy kukus, sup sayur atau yang digoreng dengan minyak dan garam yang sedikit.
#8. Kurangkan pengambilan karbohidrat
Jika boleh, kurangkan pengambilan sumber karbohidrat di kedai makan.
Elakkan pengambilan nasi, mi, bihun atau roti secara berlebihan dan hanya mengikut saiz hidangan yang disarankan oleh doktor sahaja.
Elakkan juga jenis ubi-ubian seperti kentang kerana ia juga tinggi karbohidrat yang boleh menyebabkan paras gula anda meningkat.
Kesimpulan
Tidak kira sama ada anda makan di rumah mahu pun di luar, anda masih perlu mematuhi tabiat atau rutin pemakanan anda dengan cara yang sama.
Jika makan di luar, anda mungkin perlu lebih berhati-hati kerana anda tidak boleh mengawal kandungan bahan-bahan yang dimasukkan dalam hidangan anda.
Namun, anda masih boleh mengikuti panduan yang kami sediakan di atas apabila hendak makan di luar tidak kira untuk sarapan atau makan malam untuk pesakit kencing manis.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen