backup og meta

5 Kesan Positif Ini Akan Berlaku Kalau Berhenti Ambil Gula Selama 1 Ke 2 Minggu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/02/2024

    5 Kesan Positif Ini Akan Berlaku Kalau Berhenti Ambil Gula Selama 1 Ke 2 Minggu!

    Fikirkan berapa banyak gula yang anda ambil hanya dalam masa sehari, risau bukan? Bayangkan pula jika anda mula menggunakan pengganti gula untuk diet, apa yang bakal berlaku? Jom terus baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda juga boleh klik di sini.

    Kenapa anda perlu hadkan pengambilan gula?

    Sudah lumrah dalam masyarakat kita, gula adalah antara bahan yang sangat penting dalam masakan kerana makanan dan minuman ruji orang Malaysia itu memang banyak menggunakan gula sebagai intipati utama.

    Manakan tidak pula, kebanyakan juadah popular di negara kita ini memang sarat dengan rasa yang manis-manis!

    Apa yang mungkin agak membimbangkan, pengambilan gula terlalu banyak merupakan punca utama masyarakat kita terkena salah satu daripada penyakit paling lazim dan bahaya di dunia, iaitu kencing manis jenis 2.

    Daripada kondisi diabetes itu pula, boleh muncul lambakan masalah kesihatan lain seperti peningkatan tekanan darah, penyumbatan saluran darah, obesiti, isu sistem kardiovaskular serta kerosakan organ tubuh badan.

    pengganti gula untuk diet

    Dalam usaha untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, anda harus mengurangkan atau menghentikan ambil gula terlalu banyak. Persoalannya, apa yang anda boleh ambil sebagai pengganti gula untuk diabetes?

    Apa pengganti gula untuk diet yang terbaik?

    Sebenarnya, anda bukannya perlu menghindari rasa manis itu tetapi gula. Jadi, langkah yang anda harus lakukan adalah gantikan gula dengan bahan lain asalkan ia masih mampu untuk memenuhi selera dan cita rasa.

    Dikenali dengan nama detoks gula, diet sementara yang kurang atau bebas gula ini sangat tepat kalau diamalkan oleh individu tinggi risiko atau sudah mengalami penyakit pradiabetes atau diabetes terutama jenis 2.

    Sebagai alternatif paling utama, anda boleh menggunakan pemanis artifisial di dalam bentuk stevia. Stevia merupakan sejenis herba dengan rasa manis semula jadi sekali gus menjadi alternatif gula di dalam diet yang terbaik!

    Selain stevia atau pemanis artifisial yang lain, ada beberapa lagi pengganti gula untuk diet ini seperti berikut:

    • Gula perang
    • Gula kelapa
    • Gula jagung
    • Madu lebah
    • Sirap mapel
    • Buah sami

    Dengan mengamalkan pengganti gula untuk diet atau langsung menghindarkan pengambilan gula, dikatakan bahawa individu akan mendapatkan kesan positif pada tubuh badan masing-masing. Benarkah?

    pengganti gula untuk diet

    Apa yang akan terjadi kepada tubuh badan?

    Pernahkah anda terfikir apa yang akan terjadi kepada tubuh badan jika tidak ambil gula dalam satu tempoh masa yang agak lama? Katakan usaha ini berjalan selama 1 atau 2 minggu, anda rasa apa yang bakal berlaku?

    #1. Penurunan berat badan

    Pertama, pengurangan gula akan memberi kesan kepada berat badan yang membuat anda lebih kurus dan langsing.

    Ini merupakan kesan daripada aktiviti di dalam tubuh badan yang sepatutnya membakar gula untuk dijadikan sebagai sumber tenaga terpaksa ditukarkan kepada gula sekali gus memicu penurunan berat badan.

    #2. Perubahan bentuk muka

    Sehubungan di atas, bentuk muka anda juga mungkin bakal sedikit berubah seiring dengan penurunan berat badan.

    Jika sebelum ini individu memiliki bentuk wajah yang lebar dan bulat, pengurangan gula dalam diet dipercayai mampu membuatkan impian kalian bagi mempunyai raut wajah lebih tirus serta kurus itu tercapai.

    #3. Tanpa gula, mata akan lebih jelas

    Untuk pengetahuan anda semua, mata kita memang sangat sensitif terhadap pengambilan gula. Apabila berhenti atau hanya bergantung kepada pengganti gula untuk diet, dipercayai mata anda mungkin bertambah lebih jelas!

    pengganti gula untuk diet

    #4. Manfaat baik terhadap organ

    Selain mata, organ-organ lain terutama buah pinggang turut boleh menerima manfaat jika kurang atau tidak langsung mengambil gula di dalam diet. Pengambilan gula berisiko membuat organ itu merengsa dan meradang.

    Antara organ lain yang bakal bertambah sihat dengan penurunan pengambilan gula ialah jantung serta otak. Ini sekali gus mencegah risiko penyakit berkaitan termasuk strok atau masalah kardiovaskular yang lain.

    #5. Sistem perkumuhan yang sihat

    Penghidap diabetes mesti tahu deritanya ketika tengah malam di mana mereka terpaksa beberapa berulang alik ke tandas untuk menunaikan hajat membuang air kecil bukan? Ia merupakan aktiviti yang sangat tidak menyenangkan.

    Dengan cara mengamalkan pengganti gula untuk diet, gula yang merupakan pencetus masalah kencing malam sudah tentu dapat berada pada kuantiti rendah. Kesannya, anda tidak lagi perlu ke tandas untuk kencing malam lagi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan