Apa itu Hipotensi (tekanan darah rendah)?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apakah hipotensi (tekanan darah rendah)?

Hipotensi yang juga dipanggil tekanan darah rendah  terjadi apabila tekanan darah jatuh mendadak bawah daripada 90/60 mmHg. Hipotensi membuatkan isipadu darah berkurangan disebabkan lemahnya kecutan jantung.

Bacaan tekanan darah ditulis dalam dua nombor. Nombor pertama yang berada di bahagian atas mengukur tekanan sistolik (tekanan di dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisinya dengan darah). Nombor yang kedua di bahagian bawah pula ialah tekanan diastolik (tekanan darah di dalam arteri sewaktu jantung berehat di antara degupannya).  

Oleh itu, anda dikira mempunyai tekanan darah rendah sekiranya bacaan tekanan darah anda di bawah 90/60, iaitu;

  • Tekanan darah sistolik 90 mmHg  atau kurang, atau
  • Tekanan darah diastolik 60 mmHg atau kurang

Hipotensi adalah simptom kepada banyak keadaan perubatan dan memberi banyak kesan kepada kesihatan seseorang terutamanya orang yang sudah berumur. Selain itu, senaman secara berkala, berdiri terlalu lama ataupun bangun daripada duduk boleh mengurangkan tekanan darah. Ia dipanggil hipotensi postural atau hipotensi ortostatik.

Berapa kerapkah hipotensi (tekanan darah rendah)

Tekanan darah rendah boleh berlaku kepada sesiapa. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Silalahberunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom hipotensi (tekanan darah rendah)?

Simptom—simptom hipotensi berlaku apabila bekalan darah ke otak berkurangan. Simptom yang lazim berlaku termasuklah:

  • Terasa ringan kepala dan pening
  • Pengsan atau pitam
  • Tidak boleh memberi fokus kepada sesuatu
  • Kabur penglihatan
  • Loya dan mual
  • Kulit menjadi sejuk, berpeluh-peluh dan pucat
  • Pernafasan yang laju dan pendek
  • Penat
  • Kemurungan
  • Rasa dahaga

Tekanan darah rendah yang kronik tanpa apa-apa simptom selalunya tidak serius, seperti sesetengah orang yang bersenam secara berkala , mereka mempunyai tekanan darah yang rendah, tetap, tekanan darah yang jatuh secara mendadak boleh menyebabkan kekurangan bekalann darah ke organ-organ penting, terutamanya otak. Kekurangan darah boleh menyebabkan kekurangan nutrien kepada banyak organ.

Pesakit yang ada hipotensi selalunya mengalami beberapa simptom yang teruk seperti sinkop, kejutan peredaran darah dan kegagalan nadi.

Mungkin terdapat simptom yang tidak disenaraikan di atas . Sekiranya anda mempunyai kebimbangan tentang mana-mana simptom, silalah berunding dengan doktor anda.

Bilakah saya harus bertemu dengan doktor?

Dalam kebanyakan kes, hipotensi bukanlah satu masalah yang serius. Ramai orang yang mempunyai tekanan darah rendah tapi  sihat sahaja tanpa sebarang masalah . Kadang-kadang mungkin anda terasa pening dan ringan kepala tetapi ia bukanlah satu masalah selagi simptom tersebut tidak mengganggu rutin harian. Namun begitu,tetap penting bagi anda untuk bertemu dengan doktor kerana boleh jadi ada masalah kesihatan yang serius di sebalik hipotensi yang anda alami. Bertemulah dengan doktor atau jururawat sekiranya anda mempunyai simptom-simptom berikut:

  • Apabila berdiri lama (>5 saat) terasa pening dan seakan-akan mahu pitam.
  • Palpitasi(degupan jantung yang laju, kuat dan tidak sekata)
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Loya
  • Panas
  • Diaforesis (Peluh berlebihan)
  • Kepala terasa ringan

Punca

Apakah yang mengakibatkan hipotensi (tekanan darah rendah) ?

Banyak sebab yang boleh mengakibatkan hipotensi,antaranya ialah:

  • Cecair di dalam arteri tidakmencukupi. Ini boleh terjadi sekiranya anda kehilangan darah atau mengalami dehidrasi. Anda boleh mengalami dehidrasi jika:
    • Kurang minum air
    • Mengalami cirit birit dan muntah
    • Berpeluh dalamkuantiti yang banyak (sebagaicontoh, sewaktu bersenam)
  • Jantung tidak  mampu mengepam darah secukupnya
  • Sistem saraf dan hormon yang mengawal pembuluh darah tidak berfungsi dengan baik
  • Mengandung
  • Masalah hormon seperti tiroid yang kurang aktif (hipotiroidisme),diabetes, dan gula dalamdarah yang rendah (hipoglisemia)
  • Kelesuan haba dan strok haba
  • Sesetengah ubat yang dibeli secara atas kaunter
  • Sesetengah ubat preskripsi seperti ubat untuk darah tinggi,kemurungan dan penyakit Parkinson

Bagi sesetengah pesakit ,hipotensi terikat dengan masalah lain pula,seperti:

  • Diabetes
  • Penyakit parkinson
  • Kegagalan fungsi jantung
  • Aritmia jantung (irama jantung yang tidak normal)
  • Pembuluh darah menjadi besar dan luas.
  • Penyakit hati

Tetapi orang yang sihat juga boleh mengalami kondisi ini juga . Orang yang berumur dan wanita mengandung contohnya , lebih lazim mempunyai hipotensi.

Sesetengah kes, tekanan darah boleh turun secara mendadak. Dalam kes-kes sebegini, ia boleh berpunca dari:

  • Kehilangan darah daripada pendarahan
  • Suhu badan yang rendah
  • Suhu badan yang tinggi
  • Masalah pada otot jantung yang menyebabkan kegagalan jantung
  • Sepsis, jangkitan kuman dalam darah
  • Dehidrasi yang melampau disebabkan oleh muntah, cirit-birit atau demam
  • Reaksi tubuh badan kepada ubat atau alkohol
  • Reaksi alahan yang melampau, yang dipanggil anafilaksis

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko hipotensi (tekanan darah rendah)

Risiko bagi darah tinggi dan rendah lazimnya meningkat seiring dengan umur. Aliran darah ke otot-otot jantung dan otak juga akan berkurangan apabila semakin tua, selalunya disebabkan pembinaan plak pada dinding pembuluh darah. Jangkaan kira-kira 10%-20% golongan masyarakat yang berumur lebih 65 tahun mengalami hipotensi.

Sesetengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko hipotensi, seperti diuretik, nitrat dan vasdilator.

Risiko-risiko lain termasuklah:

  • Mempunyai sejarah kehilangan air dari badan (muntah, cirit birit, kurang mengambil air, dn demam)
  • Mempunyai sejarah kegagalan jantung kongestif, diabetes, kemalignanan, alkoholisme
  • Pemeriksaan neurologikal menunujukkan bukti-bukti Parkinsonisme, neuropati periferi, disautonomia (seperti respon pupil yang tidak normal)

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah hipotensi (tekanan darah rendah) didiagnosis?

Terdapat beberapa ujian yang boleh membantu doktor atau jururawat untuk mengesan hipotensi yang menyebabkan simptom-simptom anda. Ujian yang paling lazim dilakukan ialah dengan mengambil tekanan darah dan nadi sewaktu anda duduk atau baring , Ujian darah untuk mengesan kondisi yang dipanggil anemia (sel darah merah terlalu rendah)

  • Ujian darah unutk mengesan keseimbangan bahan-bahan kimia dan paras air dalam badan.
  • Ujian untuk memastikan jantung mengepam darah dengan betul

Bagaimanakah hipotensi (tekanan darah rendah) dirawat?

Tekanan darah rendah yang tidak menyebabkan sebarang tanda atau simptom ataupun hanya menyebabkan simptom yang sederhana seperti terasa pening apabila berdiri dalam tempoh yang sekejap sahaja, jarang-jarang sekali memerlukan rawatan.

Perkara pertama yang doktor dan jururawat akan lakukan untuk merawat hipotensi ialah dengan menyaring keluar sebab hipotensi daripada ubat-ubatan yang diambil. Sekiranya ada, doktor akan menukar ubat anda atau mengurangkan dosnya. Sekiranya anda mengalami sebarang simptom, rawatan yang paling sesuai bergantung kepada punca sebenar hipotensi, dan biasanya doktor akan mencari punca sebenar masalah tersebut.

Bergantung kepada umur, status kesihatan dan jenis tekanan darah rendah yang anda alami, anda boleh mengawalnya dengan beberapa cara berikut:

  • Meningkatkan kandungan garam dalam diet anda. Sila ingat untuk meminta nasihat doktor sebelum melakukannya kerana garam/natrium yang berlebihan boleh menyebabkan kegagaln jantung, terutamanya orang yang berumur.
  • Minum air dengan banyak. Ini akan meningkatkan isi padu darah dan mencegah dehidrasi.
  • Pakai stokin mampatan.
  • Mengambil ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat tekanan darah rendah yang berlaku sewaktu anda bangun dari duduk (hipotensi ortostatik) .

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas hipotensi (tekanan darah rendah)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut boleh membantu anda untuk menghadapi hipotensi, tetapi sebelum anda memulakannya, mintalah pandangan daripada doktor dan jururawat.

Berdiri secara perlahan-perlahan dan berikan masa untuk tubuh badan anda menyesuaikan keadaan yang dialami. Ini sangatlah penting terutama sekali sewaktu hendak bangun dari tidur. Mulakan dengan duduk di atas katil, tunggu sebentar, kemudian, ayunkan kaki anda di sisi katil untuk seketika. Apabila anda bangun untuk berdiri, pastikan ada sesuatu yang anda boleh berpaut padanya sekiranya kepala terasa pening.

  • Elakkan berlari, mendaki atau apa-apa perbuatan yang menggunakan banyak tenaga pada musim panas. Perkara-perkara ini boleh menyebabkan hipotensi ortostatik semakin teruk
  • Pastikan anda meminum air yang cukup terutamanya dalam cuaca yang panas.
  • Tinggikan paras kepala anda sewaktu baring di atas katil dengan meletakkan bongkah di bawah bantal.
  • Stokin mampatan sehingga ke paras pinggang paling bagus untuk hipotensi, tetapi ianya sukar untuk dipakai.
  • Elakkan meminum minuman beralkohol secara berlebihan.
  • Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, silalah berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian yang terbaik buat diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut