Apa yang berlaku jika tekanan darah menjadi rendah?
Tekanan darah berperanan memastikan darah beredar di dalam salur darah daripada jantung kepada seluruh sel dalam badan. Tekanan yang rendah boleh menjejaskan pergerakan darah sehingga menyebabkan darah tidak sampai ke bahagian badan tertentu.
Otak adalah bahagian paling penting dan sangat mudah terjejas dengan perubahan pada tekanan darah. Ini adalah kerana jantung perlu mengepam darah melawan graviti untuk sampai ke otak. Apabila otak tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi, banyak fungsi badan akan terjejas.
Antara simptom yang boleh berlaku ialah:
- Pening dan kepala terasa ringan.
- Pengsan.
- Penglihatan kabur.
- Mual.
- Letih.
- Hilang fokus.
Dalam kes yang lebih parah, tekanan darah yang terlalu rendah menyebabkan darah tidak sampai ke banyak organ di seluruh badan sehingga membawa kepada kejutan atau shock. Simptom yang berlaku termasuk:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen