Anda boleh memeriksa degupan jantung normal dan denyutan nadi rehat sendiri.
Ia tidak memerlukan peralatan khusus namun jika anda mempunyai kadar denyutan yang rendah (kurang daripada 60), tafsiran jumlah denyutan tersebut kebiasaannya berdasarkan simptom yang ada.
Tiada bacaan yang dianggap sebagai ideal walaupun kebiasaannya atlet mempunyai kadar nadi rehat yang rendah. Cara-caranya adalah:
- Letakkan jari telunjuk dan jari tengah anda pada bahagian bawah pergelangan tangan di pangkal ibu jari. Anda akan berasa denyutan.
- Kira denyutan tersebut untuk 15 saat dan darabkan dengan 4. Sebagai contoh, anda mempunyai kadar nadi 15 denyutan per 15 saat (15 x 4 = 60).
- Rekodkan bacaan tersebut dan ulang pada waktu yang berbeza. Gunakan Kalkulator Kadar Jantung Sasaran oleh HelloDoktor.

Bacaan degupan jantung normal tersebut boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti ubat-ubatan, keresahan, kemurungan, faktor hormon dan sebagainya.
Pastikan denyutan tersebut diperiksa dua jam selepas senaman atau satu jam selepas mengambil minuman berkafein.
Ia bagi mengelakkan ralat pada jumlah denyutan yang boleh dipengaruhi oleh perkara tersebut.
Jika anda mempunyai kadar denyutan yang tinggi, berjumpalah dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Masalah seperti hipertensi, kencing manis dan masalah jantung perlu dirawat agar komplikasinya dapat dihindarkan.
Amalkan gaya pemakanan sihat dan pastikan anda mendapat tidur yang cukup.
Senaman merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mengawal kadar denyutan nadi rehat.
Keberkesanannya bergantung kepada intensiti senaman tersebut.
Kajian yang dibuat oleh Cornelissen pada tahun 2009 telah mendapati bahawa mereka yang bersenam selama sejam sehari dengan senaman intensiti tinggi mampu merendahkan kadar denyutan tersebut dengan efektif.

Konklusi
Kadar degupan jantung normal dan denyutan nadi rehat merupakan salah satu parameter penting dalam menentukan kadar risiko individu untuk mendapat penyakit kronik.
Jika anda mempunyai kadar nadi rehat yang rendah (dengan simptom) atau tinggi, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen