Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan biasa yang sering kita dengar untuk berlaku kepada kebanyakan individu. Namun bagaimana pula dengan tekanan darah yang rendah? Apakah punca tekanan darah rendah berlaku?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan biasa yang sering kita dengar untuk berlaku kepada kebanyakan individu. Namun bagaimana pula dengan tekanan darah yang rendah? Apakah punca tekanan darah rendah berlaku?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.
Tekanan darah rendah atau hipotensi boleh berlaku kerana jumlah darah yang mengalir ke organ utama seperti otak dan buah pinggang agak perlahan dengan tekanan di bawah 90/60.
Secara umumnya tekanan darah berubah bergantung kepada situasi. Ia mungkin rendah apabila anda tidur dan menjadi tinggi semasa anda bangun.
Kebiasaannya ia boleh berubah apabila anda berada dalam keadaan teruja, takut atau aktif.
Sesetengah individu mengalami hipotensi sepanjang masa. Mereka tidak mengalami sebarang simptom, dan tekanan darah rendah adalah normal bagi mereka.
Bagi individu lain pula, terdapat beberapa keadaan atau faktor yang menyebabkan punca tekanan darah rendah atau jatuh di bawah paras normal, sehingga mendatangkan simptom seperti pening, pengsan atau keadaan yang lebih teruk dipanggil ‘shock’.
Sebelum ketahui punca tekanan darah rendah, ini tiga jenis yang utama anda perlu kenali:
Setiap kes mempunyai punca tekanan darah rendah yang berbeza:
Terdapat beberapa sebab kenapa ia berlaku:
4. Bahan-bahan lain – Alkohol, barbiturat dan beberapa jenis ubat yang dibeli sendiri sekiranya diambil dengan ubat tekanan darah tinggi.
5. Hipotensi selepas makan (posprandial hypotension) – Berlaku selepas makan.
NMH biasanya berlaku dalam keadaan berikut:
Merupakan satu keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan segera. Ia terdiri daripada:
Berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah. Bakteria mengeluarkan toksin (racun) yang berbahaya dengan membawa penurunan tekanan darah.
Kehilangan darah atau cecair dari badan boleh berlaku akibat daripada:
Ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah disebabkan oleh serangan jantung, embolisme pulmonari atau aritmia (degupan jantung yang tidak teratur).
Saluran arteri yang tiba-tiba meregang luas (vasodilatation) sehingga menurunkan tekanan darah. Hal ini terjadi kerana:
Tanda-tanda dan simptom hipotensi bergantung kepada sebab terjadinya hipotensi.
Hipotensi ortostatik
Tanda-tanda dan simptom hipotensi ortostatik boleh berlaku dalam beberapa saat atau minit selepas anda bangun daripada keadaan berbaring atau duduk.
Anda mungkin berasa bahawa anda akan pengsan, atau anda mungkin akan betul-betul pengsan. Tanda-tandanya:
Hipotensi ‘Neurally Mediated’
Tanda-tanda dan simptom HNM ini adalah sama dengan hipotensi ortostatik. Penurunan tekanan darah tidak berlaku lama dan sering hilang selepas duduk.
Hipotensi teruk berkaitan dengan ‘Shock’
Ia mungkin sukar untuk mengesan sebarang tanda-tanda atau simptom. Untuk individu dewasa, tanda-tanda pertama mungkin hanya kekeliruan.
Jika keadaan ‘shock’ semakin teruk, seseorang itu tidak akan dapat duduk tanpa merasa pitam. Jika berlarutan, pesakit mungkin tidak sedarkan diri.
Tanda dan simptom adalah berbeza, bergantung kepada apa yang menyebabkan ‘shock’. Apabila isipadu darah menjadi rendah, contohnya, kehilangan darah yang banyak, maka:
Apabila berlaku vasodilatasi atau keregangan pembuluh darah, seseorang akan merasa panas dan kulit akan menjadi merah pada awalnya.
Sekiranya berlarutan, ‘shock’ menjadi semakin teruk, kulit menjadi sejuk dan basah, dan pesakit akan berasa tenat. Keadaan ini adalah suatu keadaan cemas dan mesti diberi perhatian segera.
Mengalami masalah tekanan darah rendah mungkin merupakan satu keadaan yang dialami oleh sesetengah individu sepanjang masa tanpa sebarang simptom. Ia juga dianggap satu keadaan normal bagi mereka.
Namun begitu, jika anda bukanlah seorang individu yang mempunyai masalah ini, dan mengalami secara tiba-tiba, dengan diikuti oleh simptom seperti pening kepala, pengsan atau keadaan kejutan, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor.
Pemeriksaan adalah untuk membantu anda mengenal pasti keadaan kesihatan anda dan mendiagnosis jika terdapat sebarang keadaan kesihatan yang mendasari masalah ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen