Parkinson merupakan sebuah penyakit yang disebabkan oleh kemerosotan saraf ataupun neuron pada kawasan otak.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Parkinson merupakan sebuah penyakit yang disebabkan oleh kemerosotan saraf ataupun neuron pada kawasan otak.
Bahagian saraf yang rosak ini selalunya berhubung dengan bahagian yang mengawal pergerakan.
Oleh sebab itu, pesakit akan mengalami simptom seperti tangan menggeletar, badan menjadi keras, susah untuk berjalan dan sukar untuk mengimbangkan badan.
Selain itu, pesakit Parkinson juga akan alami masalah tidur dan masalah memori.
Mereka juga mudah berasa tertekan dan depres disebabkan oleh keadaan kesihatan yang semakin merosot di luar kawalan mereka.
Langkah pertama untuk hidup dengan penyakit Parkinson adalah dengan memahami penyakit ini serta cara ia berkembang.
Walaupun penyakit ini tidak mempunyai sebarang penawar, individu yang menderita dengan Parkinson masih boleh mengalami hidup yang berkualiti di samping keluarga tersayang.
Pesakit Parkinson mungkin akan rasa terbatas disebabkan pergerakan mereka yang semakin terhad.
Walau bagaimanapun, ada banyak lagi perkara yang pesakit Parkinson boleh lakukan walaupun mereka rasa perkara itu mustahil.
Di bawah kami senaraikan 5 perkara yang boleh dilakukan oleh pesakit Parkinson:
Bercuti dengan penyakit Parkinson bukanlah perkara yang mudah.
Jika anda menghidap penyakit ini, anda mungkin akan berhadapan dengan beberapa halangan dan kekangan dalam pengembaraan anda.
Tetapi, halangan tersebut pasti dapat diselesaikan dengan mudah jika anda melakukan persiapan awal dan perancangan yang rapi.
Selain itu, elakkan daripada terlalu memaksa diri anda. Disebabkan keupayaan fizikal anda yang terbatas, jangan lakukan terlampau banyak aktiviti hingga memudaratkan diri.
Lakukan aktiviti mengikut kemampuan diri sendiri.
Jika anda merancang untuk bercuti, ikuti tip di bawah untuk merancang percutian yang lebih selesa untuk anda dan keluarga.
Paling penting sekali, jangan lupa berseronok semasa bercuti!
Walaupun anda menghidap penyakit Parkinson, itu tidak bermakna anda perlu berhenti bekerja!
Kadangkala, pesakit Parkinson akan menemui kekuatan tersendiri ketika bekerja. Bekerja juga boleh memberikan pesakit Parkinson satu sense of purpose ataupun semangat untuk terus hidup.
Ada pesakit Perkinson yang boleh terus bekerja walaupun selepas 20 tahun didiagnosis dengan penyakit ini.
Ada juga yang bertukar kerja dan melakukan sesuatu yang lebih ringan dengan jumlah jam yang kurang untuk menyesuaikan diri dengan penyakit yang mereka alami.
Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin berbeza mengikut individu. Perbezaan dari segi karier mungkin menyebabkan sesetengah individu tidak lagi mampu bekerja seperti biasa.
Jika anda ingin terus bekerja, cuba berbincang dengan bos ataupun HR di tempat kerja anda. Mereka mungkin boleh berikan kelonggaran mengikut kesesuaian.
Pesakit Parkinson, terutama sekali ketua keluarga, pasti akan rasa seakan-akan hilang keupayaan untuk menjaga ahli keluarga mereka saat mereka didiagnosis dengan penyakit Parkinson.
Tambah lagi, ada juga pesakit Parkinson yang mempunyai anak yang masih kecil. Sedih rasanya jika terpaksa membebankan lagi isteri ataupun anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat.
Jika anda menghidap Parkinson, ingatlah bahawa anda masih disayangi walaupun anda tidak dapat hidup aktif seperti dahulu kala.
Anda juga masih boleh menggalas tanggungjawab anda seperti biasa. Walau bagaimanapun, berbincanglah dengan ahli keluarga tentang perkara yang boleh anda lakukan untuk memudahkan urusan seharian anda.
Pesakit Parkinson amat digalakkan untuk melakukan senaman. Amalan ini dapat membantu individu dengan penyakit Parkinson untuk mengawal simptom yang dialami.
Sebagai contoh, pesakit Parkinson boleh melakukan senaman seperti:
Semua elemen di atas boleh dijumpai dalam aktiviti senaman seperti berbasikal, berjoging, Tai chi, yoga, dan pelbagai jenis senaman lagi.
Semua senaman tersebut terbukti mempunyai efek positif ke atas pesakit Parkinson.
Walau bagaimanapun, pesakit Parkinson digalakkan untuk berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum melakukan senaman.
Disebabkan penyakit ini akan membuatkan individu yang menghidapnya makin lemah, pesakit mungkin akan rasa makin sukar untuk melakukan senaman yang sama selepas beberapa ketika.
Oleh sebab itu, pastikan anda berbincang terlebih dahulu mengenai regimen senaman yang anda ingin lakukan.
Pastikan ia bermanfaat namun tidak berbahaya terhadap kesihatan anda.
Sama seperti senaman, tidak ada bukti atau sebab yang menyatakan bahawa aktiviti seksual akan menurun jika pesakit menghidap Parkinson.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa pesakit akan melalui beberapa bentuk halangan ketika bersenggama.
Tetapi, itu tidak bermakna pesakit tidak akan menjalani kehidupan seks yang normal lagi!
Lelaki yang menghidap Parkinson mungkin akan mengalami masalah disfungsi erektil ataupun mati pucuk. Wanita pula mungkin akan mengalami masalah berkaitan dengan libido.
Pesakit Parkinson yang mempunyai masalah ini boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan yang lazim digunakan untuk merawat kondisi tersebut.
Simptom fizikal seperti menggigil dan sesetengah anggota badan menjadi keras semasa bermesra mungkin lebih mencabar untuk diuruskan.
Tetapi, kesemua masalah ini boleh diatasi jika pasangan saling memahami antara satu sama lain.
Tidur yang mencukupi dan senaman juga didapati boleh bantu pesakit Parkinson untuk mengurangkan simptom fizikal yang mereka alami.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen