Hemoglobin merupakan komponen dalam sel darah merah yang membawa bekalan oksigen ke seluruh badan. Untuk pengetahuan anda, hemoglobin terdiri daripada dua bahagian iaitu alpha dan beta.
Anda pasti?
Hemoglobin merupakan komponen dalam sel darah merah yang membawa bekalan oksigen ke seluruh badan. Untuk pengetahuan anda, hemoglobin terdiri daripada dua bahagian iaitu alpha dan beta.
Jika badan tidak mampu untuk membuat salah satu protein ini dengan cukup, sel darah merah tidak akan terbentuk dengan sempurna.
Oleh sebab itu, individu yang mempunyai masalah ini akan mempunyai anemia yang kekal sepanjang hayat.
Talasemia sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis gangguan atau kondisi yang mempengaruhi badan manusia dalam satu cara yang sama.
Contohnya, talasemia merangkumi penyakit seperti alpha talasemia, beta talasemia dan talasemia jenis lain (E beta talasemia dan talasemia sel sabit).
Ada dua jenis talasemia iaitu alpha talasemia dan beta talasemia. Kedua-duanya mempunyai dua lagi pecahan kategori tambahan iaitu talasemia major dan talasemia minor.
Individu yang mempunyai talasemia sederhana dan teruk selalunya akan mengetahui mengenai kondisi mereka ini sejak kanak-kanak.
Mereka akan alami anemia yang teruk ataupun doktor akan mengesan anemia pada individu tersebut ketika dia melakukan ujian darah.
Disebabkan talasemia merupakan sesuatu yang berlaku secara turun-temurun, kondisi ini selalunya berlaku kepada beberapa orang dalam satu keluarga.
Oleh sebab itu, pesakit talasemia juga mungkin didedahkan mengenai penyakit yang mereka alami melalui ahli keluarga terdekat.
Talasemia lebih lazim berlaku dalam kalangan mereka dari negara Mediterranean seperti Greece dan Turkey, dan juga individu yang berasal dari Asia, Afrika, dan Timur Tengah.
Rawatan talasemia berbeza bergantung kepada jenis dan betapa teruk keadaan pesakit tersebut. Semakin teruk talasemia yang pesakit tersebut hidap, semakin kuranglah hemoglobin yang terkandung di dalam badan pesakit.
Secara tidak langsung, anemia yang dihidapi oleh pesakit juga akan menjadi semakin teruk. Salah satu cara untuk merawat anemia adalah dengan menambah darah merah dalam badan.
Salah satu cara untuk menambah darah pula adalah dengan melakukan transfusi darah. Pesakit yang menghidap talasemia, terutamanya talasemia major memerlukan transfusi darah secara berkala untuk bantu mereka kekal sihat.
Selalunya, mereka yang menghidap talasemia yang ringan atau sederhana tidak memerlukan sebarang rawatan. Namun, individu yang mengalami talasemia yang teruk mungkin perlukan:
Penyakit hemoglobin H (HbH) merupakan sejenis talasemia alpha yang menyebabkan penghidapnya mengalami anemia yang teruk.
Kebanyakan pesakit yang mempunyai Hbh tidak memerlukan sebarang transfusi darah, namun doktor mungkin akan menggalakkan agar pesakit mengambil supplemen asid folik sebanyak 0.5 ke 1.0 mg sehari.
Tambah lagi, pesakit perlu mengambil vaksinasi sama seperti kanak-kanak lain untuk melindungi mereka daripada sebarang jangkitan.
Suplemen ini bertujuan untuk membantu badan pesakit untuk membuat sel darah baru. Selain itu, pesakit yang mempunyai kondisi ini mungkin memerlukan transfusi darah, lebih-lebih lagi selepas melakukan sebarang pembedahan.
Namun, ada juga penghidap talasemia jenis ini yang mungkin memerlukan transfusi darah secara berkala. Oleh sebab itu, mereka perlu mengambil ubat-ubatan tambahan untuk membuang lebihan zat besi daripada badan mereka.
Ibu bapa yang mempunyai anak dengan penyakit ini perlu berjumpa doktor dengan kerap supaya tahap hemoglobin anak mereka boleh dipantau.
Lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut mungkin tidak lagi perlu untuk mengunjungi hospital sekerap dulu. Kunjungan pesakit yang seterusnya ke pusat talasemia mungkin hanya satu atau dua kali setahun.
Pesakit yang hidup dengan kondisi ini perlu melakukan perubahan dari segi gaya hidup. Contohnya:
Hidup dengan penyakit talasemia amat mencabar. Oleh sebab itu, pesakit yang mempunyai penyakit ini mungkin perlu mendapatkan khidmat doktor sebelum membina keluarga.
Pesakit juga boleh menyertai kumpulan sokongan untuk pesakit talasemia. Mereka boleh berikan anda informasi tambahan dan menjadi pendengar yang lebih baik.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, jangan lupa untuk bertanya doktor anda pada rawatan yang seterusnya.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen