Cendawan: Makanan Terbaik Untuk Kurangkan Risiko Gangguan Kognitif

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 27/11/2019
Share now

Cendawan adalah sejenis kulat yang biasa dijadikan sebahagian daripada diet manusia dan ianya amat terkenal dalam amalan pemakanan masyarakat Cina. Kajian terbaharu yang berlangsung selama enam tahun yang diketuai oleh Dr. Lei Feng daripada National University of Singapore (NUS) menemui bahawa warga emas yang memakan lebih daripada 300 gram cendawan yang telah dimasak setiap minggu mempunyai potensi dalam mengurangkan separuh daripada gangguan kognitif ringan.

Sekumpulan penyelidik daripada Jabatan Perubatan Psikologi dan Jabatan Biokimia, Yong Loo Lin School of Medicine, National University of Singapore (NUS) menyatakan kesan kebaikan tersebut sekiranya warga emas memakan cendawan lebih daripada dua bahagian dalam seminggu. Satu bahagian hidangan cendawan bersamaan dengan tiga suku cawan cendawan yang telah dimasak dengan purata berat sebanyak 150 gram. Bagi dua bahagian hidangan cendawan yang telah dimasak, ianya bersamaan sekitar hampir setengah pinggan.

Kajian tersebut telah dijalankan selama enam tahun, bermula daripada tahun 2011 sehingga tahun 2017. Data kajian telah dikumpul daripada 600 orang warga emas berbangsa Cina yang berumur melebihi 60 tahun yang menetap di Singapura. Kajian terbabit disokong oleh Life Sciences Institute dan Mind Science Centre yang juga sebahagian daripada National University of Singapore selain sokongan daripada Singapore Ministry of Health’s National Medical Research Council. Kajian tersebut baru sahaja diterbitkan pada 12 Mac 2019 dalam Journal of Alzheimer’s Disease.

Terdapat enam jenis cendawan yang menjadi kebiasaan dalam pemakanan masyarakat Singapura, digunakan dalam kajian ini. Cendawan terbabit adalah cendawan emas, cendawan tiram, cendawan shiitake, cendawan butang putih, cendawan kering dan cendawan yang ditinkan. Walaubagaimanapun, pengkaji turut menyatakan bahawa cendawan lain yang tidak dijadikan bahan kajian turut mempunyai kesan yang bermanfaat. Para pengkaji percaya bahawa, faktor yang mengurangkan kekerapan gangguan kognitif ringan ini adalah disebabkan oleh satu komposisi khusus yang dijumpai dalam kesemua jenis cendawan; ergothioneine (ET). Menurut Dr. Irwin Cheah, Felo Kajian Senior di Jabatan Biokimia, NUS, ET adalah bahan antioksida dan anti keradangan yang tidak mampu dihasilkan sendiri oleh manusia, tetapi boleh diperoleh melalui sumber pemakanan termasuklah daripada sumber cendawan.

Terdapat kajian terdahulu yang mempunyai penerangan berkenaan pengurangan ET dalam kalangan penghidap gangguan kognitif rendah. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Biochemical and Biophysical Research Communications pada tahun 2016 menyatakan bahawa tahap plasma ET dalam penghidap gangguan kognitif rendah ini adalah rendah dengan sangat ketara berbanding individu sihat yang berpadanan dengan umur mereka.

Para pengkaji percaya bahawa, pengurangan tahap ET menjadi faktor risiko bagi neurodegeneration dan meningkatkan tahap ET melalui pemakanan cendawan boleh merangsang kesihatan kognitif. Komposisi lain yang terdapat dalam cendawan turut bermanfaat dalam mengurangkan risiko gangguan kognitif. Hericenones, erinacines, scabronines dan dictyophorines boleh merangsang sintesis faktor-faktor pertumbuhan saraf. Komposisi bioaktif dalam cendawan turut melindungi otak daripada neurodegeneration dengan merencatkan pengeluaran beta-amyloid dan phosphorylated tau, dan asetilkolinesterase.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan
    1. Lei Feng, Irwin Kee-Mun Cheah, Maisie Mei-Xi Ng, Jialiang Li, Sue Mei Chan, Su Lin Lim, Rathi Mahendran, Ee-Heok Kua, Barry Halliwell. The Association between Mushroom Consumption and Mild Cognitive Impairment: A Community-Based Cross-Sectional Study in Singapore. Journal of Alzheimer's Disease, 2019; 1 DOI: 10.3233/JAD-180959
    2. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/03/190312103702.htm

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cabaran Jaga Pesakit Alzheimer, Tips Buat Ahli Keluarga

    Kerap terlupa, tidak mampu menguruskan diri, dan mula berperangai seperti bayi adalah antara tanda-tanda pesakit Alzheimer.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nurul Nazrah

    2 Sebab PENTING Kenapa Anda Perlu Cepat Kahwin Atau Dapatkan Pasangan, Patutlah!

    Sekiranya anda berada dalam perkahwinan yang membahagiakan hidup anda, anda kurang berisiko untuk mendapat demensia ketika anda semakin berusia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Mari Bersenam Walaupun Setua Mana Pun Anda

    Bersenam bukan sahaja diperlukan oleh individu belia atau muda, tetapi ia juga perlu dilakukan oleh individu dewasa lebih berusia atau warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kerja, Kemampuan Penaakulan dan Impaknya Terhadap Kesihatan

    Pekerja yang tua lebih cenderung untuk mendapat keadaan kesihatan yang kronik apabila kebolehan penaakulan mereka tidak memenuhi tuntutan kerja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Anda! #4 Dimakan Di Malaysia

    7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Anda! #4 Dimakan Di Malaysia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/04/2020
    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020
    Penjagaan Geriatrik: Lindungi Warga Emas Dengan Vaksin

    Penjagaan Geriatrik: Lindungi Warga Emas Dengan Vaksin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 20/11/2019
    Bagaimana Seseorang Individu Boleh Mendapat Kecacingan?

    Bagaimana Seseorang Individu Boleh Mendapat Kecacingan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2019