backup og meta

7 Makanan Ini Boleh Kurangkan Kolesterol & Lemak Jahat, No. 7 Mesti Anda Suka!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/10/2023

    7 Makanan Ini Boleh Kurangkan Kolesterol & Lemak Jahat, No. 7 Mesti Anda Suka!

    Berat badan makin naik? Kebanyakan daripada kita risau baju yang sering dipakai sudah mula berasa ketat. Oleh sebab itu, anda kena mula amalkan makan makanan untuk kurangkan kolestrol jahat. Selain anda perlu tahu senarai makanan perlu elak untuk kolesterol, anda juga seharusnya kenali makanan kurangkan kolestrol.

    Ini 7 jenis makanan dan minuman boleh cuba. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

    7 makanan kurangkan kolestrol

    Nasi lemak dan teh tarik boleh dianggap sebagai makanan ruji masyarakat kita setiap hari, justeru adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk memahami kepentingan mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.

    Makanan yang kita makan memainkan peranan penting dalam peningkatan dan penurunan kadar kolesterol badan.

    Oleh sebab itu, anda kena tahu makanan dan minuman yang boleh membantu menurunkan kolesterol jahat.

    #1. Oatmeal dan bijirin penuh

    makanan kurangkan kolestrol

    Bijirin penuh terutamanya oat, adalah jenis makanan yang bagus untuk memulakan hari anda.

    Diketahui kaya dengan serat larut, oat boleh membantu menurunkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah anda.

    Cuba amalkan pemakanan oat dalam sarapan pagi setiap hari.

    Anda boleh menambahkan beberapa potong buah-buahan segar atau segenggam kacang untuk menjadikannya lebih enak dan berkhasiat. 

    #2. Makanan kurangkan kolestrol: Ikan berlemak

    Ikan seperti makarel, salmon, dan tuna sangat kaya dengan asid lemak omega-3.

    Pengambilan ikan-ikan ini dengan kerap boleh membantu menurunkan tahap LDL (kolesterol jahat) dalam badan dengan ketara.

    Pertimbangkan untuk makan ikan yang dipanggang atau dibakar sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

    Ia bukan sahaja enak, tetapi ternyata lebih sihat untuk anda sekeluarga.

    #3. Kacang badam

    makanan kurangkan kolestrol

    Badam merupakan antara sumber makanan dengan kandungan lemak sihat yang sangat bermanfaat untuk jantung.

    Kacang ini telah terbukti secara saintifik dalam mengurangkan tahap kolesterol jahat.

    Anda hanya perlu panggang kacang badam sebentar dan ia terus boleh dijadikan snek tengah hari yang sangat baik.

    Boleh juga taburkannya pada salad, oat, atau hidangan lain. 

    #4. Makanan kurangkan kolestrol: Minyak zaitun

    Menukar minyak masak biasa dengan minyak zaitun boleh memberikan kesan positif yang sangat baik pada jantung.

    Ini kerana minyak zaitun tinggi dengan antioksidan dan lemak tak tepu tunggal yang merendahkan paras kolesterol jahat.

    Anda boleh gunakan minyak zaitun ketika menumis, sebagai dressing salad atau sebagai bahan tambahan dalam sandwic anda.

    Anda juga boleh mengamalkan pengambilan sesudu minyak zaitun setiap hari sebagai suplemen semula jadi. 

    #5. Buah avokado

    Avokado merupakan jenis buah yang tinggi dengan kandungan lemak tak tepu tunggal dan serat yang menyihatkan jantung.

    Ia sangat dikenali sebagai makanan kurangkan kolestrol. Avokado boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang lembut dan berlemak.

    makanan kurangkan kolestrol

    Namun, biasanya orang menjadikan buah avokado sebagai sapuan pada roti, bahan salad dan juga dibuat smoothie untuk diminum.

    Belilah buah avokado dari Indonesia. Ini kerana buah avokado yang diimport dari Indonesia dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding avokado dari negara-negara lain. 

    #6. Teh hijau

    Anda peminat teh hijau? Bagi mereka yang menggemari minuman teh, anda sudah boleh menggantikan teh biasa dengan secawan teh hijau hangat setiap hari.

    Teh hijau dikenali sebagai antara minuman yang memberikan banyak manfaat kepada peminumnya.

    Selain itu, ia juga sangat baik untuk menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan.

    Nikmati secawan teh hijau pada waktu pagi atau sebagai minuman petang yang menyegarkan.

    #7. Makanan untuk kurangkan kolestrol: Coklat gelap

    Siapa kata makanan sihat tak boleh sedap? Coklat gelap mengandungi antioksidan yang tinggi dan boleh membantu menurunkan paras kolesterol jahat.

    Walau bagaimanapun, kesederhanaan adalah kunci utama dalam setiap pengambilan makanan.

    Nikmati satu atau dua potong coklat gelap selepas makan malam setiap hari.

    Ingat, pilihlah jenis coklat gelap asli atau yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko.

    Kesimpulan 

    Mengawal tahap kolesterol jahat dalam badan tidak bermakna anda perlu menjauhkan diri daripada semua hidangan Malaysia kegemaran anda.

    Ia berkisar soal keseimbangan dalam pengambilan setiap makanan.

    Dengan mengambil makanan kurangkan kolestrol ini ke dalam diet harian, anda bukan sahaja berusaha ke arah jantung yang lebih sihat, tetapi secara automatiknya keseluruhan tubuh juga akan menjadi lebih sihat.

    Selamat menjamu selera!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan