Elak Bahaya Minum Kopi Setiap Hari Dengan Ikut 7 Cara Hilang Ketagih Ini!

Ditulis oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Disemak pada seminggu lalu

    Elak Bahaya Minum Kopi Setiap Hari Dengan Ikut 7 Cara Hilang Ketagih Ini!

    Jika anda perlu minum kopi setiap hari untuk kekal fokus ketika bekerja, inilah masanya untuk fikir semula hubungan anda dengan kopi. Tahukah anda akan bahaya minum kopi setiap hari? Tabiat ini boleh menyebabkan ketagihan yang sukar untuk dipatahkan.

    Mengikut statistik, 8 daripada 10 orang di Amerika Syarikat merupakan peminum kopi tegar.

    Ramai yang lupa bahawa kafein bukan sahaja terkandung di dalam kopi, ia juga boleh didapati di dalam minuman berkarbonat, teh dan juga coklat!

    Kafein juga merupakan stimulan nombor 1 di dunia. Minuman ini boleh membuatkan kita lebih fokus dan relaks.

    Malah, kafein juga merupakan satu bahan yang boleh menyebabkan ketagihan yang teruk.

    Ramai yang terlepas pandang akan bahaya minum kopi setiap hari. Ketagihan kopi boleh menyebabkan kita mengalami simptom seperti sakit kepala, mudah marah, sakit belakang, mengantuk dan loya.

    Nampak tak betapa besarnya kesan ketagihan kopi dalam hidup kita!

    Cara menghentikan ketagihan kafein

    Sebenarnya, ada dua cara utama untuk menghentikan kebergantungan terhadap kafein. Yang pertama ialah berhenti secara perlahan-lahan.

    Langkah yang kedua pula menggunakan langkah yang lebih holistik iaitu dengan melakukan perubahan gaya hidup.

    Langkah kedua ini lebih sukar untuk dilakukan, namun dapat meningkatkan kualiti hidup serta membuatkan kita lebih sihat dan bersemangat.

    Namun, ada banyak lagi langkah lain yang boleh dipraktikkan oleh mereka yang ingin berhenti minum kopi. Antaranya ialah:

    1. Baca dulu senarai kandungan minuman

    Ramai yang main teguk sahaja minuman dan langsung tidak menghiraukan apa yang terkandung di dalamnya.

    Bagi mereka yang ingin berhenti minum kopi, pastikan anda kaji dulu bahan apa yang terdapat di dalam minuman yang anda ambil setiap hari.

    Untuk pengetahuan anda, minuman lain seperti teh, air berkarbonat dan minuman tenaga turut mempunyai kafein.

    Tidak ada gunanya jika anda takut mengenai bahaya minum kopi, namun masih lagi mengambil semua minuman yang dinyatakan ini!

    2. Elak bahaya minum kopi setiap hari dengan berhenti secara perlahan-lahan

    bahaya minum kopi setiap hari

    Jangan berhenti minum kopi secara tiba-tiba. Seperti ketagihan lain, kopi boleh mendatangkan withdrawal symptom yang teruk.

    Jika anda ingin berhenti secara perlahan-lahan, cuba kurangkan jumlah kopi yang diambil setiap hari.

    Sebagai contoh, cuba minum separuh cawan kopi setiap hari.

    Antara kebaikan berhenti secara perlahan-lahan ialah:

    1. Kurangnya simptom yang buruk.
    2. Kita boleh bekerja seperti biasa dan kekal produktif.
    3. Tidak pening kepala disebabkan ketiadaan kopi.
    4. Tidak akan menyebabkan badan ‘terkejut’ dengan perubahan yang drastik.

    3. Tambah air dalam kopi

    Walaupun rasanya akan menjadi tawar, kopi yang telah dicampur dengan air mempunyai kandungan kafein yang sedikit.

    Namun, anda masih boleh menikmati secawan kopi yang penuh tanpa perlu rasa bersalah.

    4. Sesekali cuba kopi decaf bagi elak bahaya minum kopi setiap hari

    bahaya minum kopi setiap hari

    Tidak ada salahnya jika anda ingin bertukar kepada kopi decaf. Walaupun rasanya tidaklah seasli kopi biasa, kopi decaf mengandungi jumlah kafein yang jauh lebih sedikit berbanding kopi biasa.

    Mungkin anda pernah dengar mengenai keburukan kopi decaf yang dikatakan boleh menyebabkan kanser.

    Namun, jangan risau! Decaf sebenarnya tidak akan mendatangkan sebarang penyakit. Malah, ia boleh membantu anda kurangkan ketagihan terhadap kopi.

    5. Cuba minuman baharu

    Mungkin inilah masa yang peling sesuai untuk mencuba minuman baharu. Cuba gantikan secawan kopi dengan teh hijau atau teh herba yang mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri!

    6. Pesan kopi saiz kecil untuk elak bahaya minum kopi setiap hari

    bahaya minum kopi setiap hari

    Takut dengan bahaya ambil kafein, tapi masih mahu pesan secawan kopi? Tidak ada masalah!

    Lepas ini, cuba beli kopi dalam cawan yang lebih kecil. Jangan terpengaruh pula dengan pujukan barista untuk upgrade ke cawan yang lebih besar ya!

    7. Tanya diri sebelum beli

    Paling penting, tanya diri terlebih dahulu sebelum beli kopi. Jika jawapannya adalah tidak, anda sebenarnya tidak perlu pun minum kopi pada hari ini. Jangan lupa akan bahaya minum kopi setiap hari dan sebab anda ingin berhenti!

    Mana tahu, hujung bulan nanti anda boleh ada banyak lebihan duit yang boleh masuk ke dalam tabung simpanan!

    Bukan mudah untuk berhenti minum kopi

    Berhenti minum kopi bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab itulah, kita tidak digalakkan untuk berhenti secara tiba-tiba.

    Sama seperti ketagihan lain, ia mungkin makan masa yang lama untuk dihentikan.

    Malah, mungkin ada juga di antara kita yang sebenarnya ketagih kepada gula dan bukannya kafein yang terkandung dalam kopi.

    Selain itu, cuba gantikan kopi dengan minuman lain yang lebih sihat. Sebagai contoh, lebihkan pengambilan air kosong.

    Air kosong bukan sahaja dapat mengelakkan dehidrasi, ia juga dapat mengkumuhkan kafein daripada badan dan membuatkan anda rasa lebih sihat dan segar setiap hari.

    Kopi boleh menjadi minuman yang sangat baik untuk membantu kita kekal fokus. Walau bagaimanapun, ada terlalu banyak bahaya minum kopi setiap hari.

    Namun, tidak salah jika ingin belanja diri anda kopi sekali-sekala. Kopi hanya akan menjadi masalah jika anda terlalu bergantung kepadanya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Disemak pada seminggu lalu

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan