backup og meta

7 Jenama Beras Basmati Terbaik, Sesuai Untuk Mereka Yang Berdiet, Jaga Makan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    7 Jenama Beras Basmati Terbaik, Sesuai Untuk Mereka Yang Berdiet, Jaga Makan!

    Beras mempunyai pelbagai jenis dan juga kualiti. Antaranya adalah seperti beras spesial tempatan, beras wangi atau beras basmati. Tapi tahukah anda, terdapat beberapa jenis jenama beras basmati untuk diet?

    Jenama beras ini bukan sahaja popular dan dikategorikan sebagai beras basmathi yang sedap, tetapi juga adalah beras basmati terbaik.

    Berikut merupakan jenama-jenama beras basmati terbaik yang sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa itu beras basmati?

    Beras basmati telah lama menjadi pilihan utama bagi ramai pengguna di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

    Ia dikenali dengan tekstur yang lembut, panjang dan mempunyai aroma khusus.

    Namun, apa yang membuatkan beras ini begitu istimewa?

    Beras basmati yang juga dikenali sebagai ‘Ratu Beras’, berasal dari kawasan-kawasan seperti India dan Pakistan.

    jenama beras basmati untuk diet
    Nasi sejuk lebih baik untuk pesakit diabetes.

    Ia mempunyai tekstur yang lebih panjang berbanding jenis beras lain dan mempunyai aroma yang berlainan.

    Apabila dimasak, beras ini tidak akan melekat dan memberikan tekstur yang lembut.

    Kelebihan beras basmati berbanding jenis beras lain

    Beras basmati bukan sahaja terkenal dengan rasa dan teksturnya yang unik, tetapi juga dengan pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkan.

    Antara kelebihan beras basmati ialah: 

    • Indeks glisemik rendah: Berbanding dengan jenis beras lain, beras basmati mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Ini bermakna ia meningkatkan gula darah pada kadar yang lebih perlahan, menjadikannya pilihan yang baik untuk pesakit diabetes dan mereka yang ingin mengawal paras gula darah mereka
    • Kaya dengan serat: Beras basmati adalah sumber serat yang baik, yang membantu dalam proses pencernaan dan memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik
    • Kaya dengan vitamin dan mineral: Beras basmati mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin B, zink dan magnesium yang penting untuk fungsi tubuh yang sihat
    • Membantu dalam pengurusan berat badan: Beras basmati mempunyai lemak dan kolesterol yang rendah serta kaya dengan serat 

    7 jenama beras basmati untuk diet

    Berikut adalah jenama beras basmati untuk diet bagi mereka yang ingin memilih beras yang lebih sihat dan berkhasiat. 

    #1. Jasmine Basmathi King

    Jasmine Basmathi King dikenali sebagai salah satu jenama beras basmati yang paling popular di pasaran.

    Jenama ini menawarkan beras yang panjang, halus dan mempunyai aroma yang menarik.

    Dari segi nilai pemakanan, beras basmati secara amnya mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding jenis beras lain.

    Ini menjadikannya pilihan yang lebih sihat terutama untuk mereka yang mengawasi pengambilan gula dalam diet mereka.

    #2. Jenama beras basmati untuk diet: Sunflower Pure Basmathi

    Sunflower Pure Basmathi merupakan jenama beras yang bebas daripada bahan kimia dan pengawet.

    Ia adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mencari alternatif makanan yang lebih semula jadi dan sihat.

    Beras ini juga kaya dengan serat yang membantu dalam proses pencernaan.

    #3. Bird of Paradise Royale Basmathi Rice

    Bird of Paradise cuba menonjolkan kualiti premium menerusi beras basmati terbaik jenama mereka.

    Selain daripada rasa dan tekstur yang luar biasa, beras ini juga mempunyai kandungan nutrien yang baik untuk kesihatan jantung dan sistem pencernaan.

    #4. Jenama beras basmati untuk diet: Beras Kashmir Faiza Basmathi

    Beras basmati terbaik jenama ini dikenali kerana teksturnya yang lembut selepas dimasak dan aroma yang wangi.

    Faiza menyatakan bahawa beras keluaran mereka adalah pilihan yang sihat kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral penting.

    #5. Beras Moghul Faiza Basmathi

    Seperti varian Kashmir, Beras Moghul Faiza Basmathi juga menawarkan kualiti yang tinggi dengan kelebihan nutrien yang mempromosikan kesihatan keseluruhan.

    Antaranya, beras basmathi Faiza ini menyokong metabolisme badan yang sihat.

    #6. Jenama beras basmati untuk diet: Maharaja Basmathi Rice

    Maharaja adalah jenama yang sinonim dengan kualiti beras yang tinggi.

    Beras basmati jenama ini tidak hanya enak, tetapi juga kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh.

    #7. ecoBrown Sella Cream Premium Basmathi Rice

    ecoBrown adalah jenama terkenal yang menekankan kepentingan pemakanan semula jadi.

    Beras basmati keluaran mereka diproses dengan kaedah yang memastikan pengekalan nutrien asal, menjadikannya pilihan yang lebih sihat dan bernutrisi.

    Kesimpulan

    Beras basmati bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.
    Dengan memilih jenama yang tepat, anda bukan sahaja dapat menikmati rasa yang hebat tetapi juga nilai nutrisi yang baik untuk tubuh anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan