backup og meta

Ini 6 Komplikasi Yang Mungkin Berlaku Akibat Sirosis Hati, Jaundis Salah Satunya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/12/2021

    Ini 6 Komplikasi Yang Mungkin Berlaku Akibat Sirosis Hati, Jaundis Salah Satunya!

    Tahukah anda bahawa pelbagai jenis penyakit yang melibatkan organ hati akhirnya akan membawa kepada kondisi sirosis hati? Ia adalah sesuatu yang berbahaya!

    Untuk mengetahui mengenai apa itu sirosis hati dengan lebih lanjut, jom teruskan membaca.

    Apa itu sirosis hati?

    Untuk pengetahuan anda, apa itu sirosis hati atau liver cirrhosis adalah kondisi di mana struktur dan fungsi organ hati rosak akibat pelbagai jenis penyakit.

    Penyakit-penyakit ini kemudiannya akan mula merosakkan serta mencederakan tisu hati dan ia akan menyebabkan organ ini mula bertindak balas.

    Sebagai tindak balas tersebut, sel-sel organ hati yang baru akan dihasilkan semula oleh tubuh badan untuk menggantikan sel-sel yang telah rosak.

    Proses pemulihan oleh sel baharu ini pula akan mencipta dan membentuk parut pada hati lalu menjejaskan struktur dan fungsi organ hati.

    apa itu sirosis hati

    Apa itu sirosis hati: Puncanya?

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, punca kondisi ini terjadi adalah disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit berkaitan hati lalu merosakkannya.

    Terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh membawa kepada keadaan kesihatan ini termasuklah:

    Dalam pada itu, ada beberapa faktor risiko lain yang boleh merosakkan organ hati seperti berikut:

  • Penyakit sistem autoimun
  • Penyakit lemak pada organ hati
  • Hemokromatosis
  • Saluran hempedu tersumbat
  • Kesemua penyakit yang dinyatakan di atas ini akan membawa kepada terjadinya parut pada organ hati (sirosis hati) lalu menjejaskan struktur dan fungsi organ ini.

    Bagaimana untuk tahu jika ia berlaku?

    Sebenarnya, kondisi ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda yang boleh membuat penderita tahu bahawa mereka sedang menghidapinya melainkan wujud komplikasi.

    Pun begitu, mungkin masih ada beberapa jenis gejala atau simptom yang kalian boleh perhatikan:

    • Demam kuning (jaundis)
    • Badan mudah penat
    • Hilang selera makan
    • Kulit menjadi lebam dan berdarah
    • Kulit terasa gatal-gatal

    Sekiranya berlaku salah satu atau kesemua petanda di atas ini, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mengelakkan komplikasi sirosis hati yang lebih teruk daripada terjadi.

    Jika dibiarkan, mungkin akan ada komplikasi!

    Kondisi sirosis hati ini dipercayai mungkin boleh dirawat jika masih di peringkat awal namun akan ada komplikasi berbahaya akibat masalah ini dibiarkan begitu sahaja.

    Berikut adalah beberapa keadaan kesihatan yang mungkin boleh berlaku akibat sirosis hati:

    #1. Bengkak pada tangan dan kaki serta busung

    Sirosis hati boleh menyebabkan perubahan pada nisbah protein di dalam tubuh badan yang sangat penting untuk mengekalkan kestabilan cecair.

    Apabila ia terganggu, maka cecair akan terkumpul lalu terperangkap pada tangan dan kaki serta ruang abdomen, seterusnya menyebabkan kondisi edema serta ascites ini.

    apa itu sirosis hati

    #2. Spontaneous bacterial peritonitis (SBP) 

    Dalam situasi tubuh badan yang masih normal, ruang di dalam abdomen akan mengandungi sejumlah cecair yang ideal dan tidak akan membawa bahaya.

    Pun begitu, air yang terlalu banyak di dalam abdomen (busung) akan menyediakan tempat yang kondusif untuk bakteria membiak dan merebak di kawasan ini.

    Akibatnya, maka mungkin akan berlaku jangkitan bakteria di dalam cecair ini yang disebutkan sebagai spontaneous bacterial peritonitis (SBP).

    Komplikasi sirosis hati #3. Muntah darah

    Tekanan darah di dalam abdomen yang terlalu tinggi (potal hypertension) berisiko membawa kepada masalah darah mengalir ke belakang (back flow).

    Apabila salur darah pada saluran esofagus pecah akibat daripada masalah di atas tadi, maka penderita mungkin akan mengalami masalah muntah keluar darah.

    Komplikasi sirosis hati #4. Kanser hati

    Antara komplikasi sirosis hati yang paling ditakuti, ia mungkin boleh terjadi akibat daripada keadaan kesihatan ini yang dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

    Kanser hati yang diperkatakan itu boleh dikategorikan sebagai kanser hati primer (hepatocellular carcinoma) yang memerlukan rawatan lanjutan segera.

    #5. Sindrom hepatorenal

    Sindrom ini adalah berkaitan dengan kegagalan fungsi pada organ buah pinggang yang disebabkan oleh organ hati gagal berfungsi akibat kondisi ini.

    Ia berlaku disebabkan oleh pengumpulan bahan toksin di dalam tubuh badan yang tidak dapat dikeluarkan ekoran organ hati yang telah rosak.

    apa itu sirosis hati

    #6. Ensefalopati hepatik

    Kegagalan organ hati untuk melakukan detoksifikasi bahan toksin di dalam tubuh badan terutamanya usus akan menyebabkan ia terkumpul dan terperangkap.

    Sebahagiannya seperti ammonia boleh menuju ke otak sehingga menyebabkan ensefalopati hepatik yang boleh membawa keadaan kesihatan seperti berikut:

    • Gangguan tidur
    • Lemah memori
    • Sering keliru
    • Tidak sedar diri

    Apa boleh buat jika ada sirosis hati?

    Malangnya, apa itu sirosis hati ini mungkin tidak akan dapat diundurkan semula jika ia dibiarkan tanpa sebarang rawatan pada peringkat awal lagi.

    Namun, anda masih boleh mencegah ia daripada menjadi lebih teruk dengan cara mengambil ubatan, mengambil suplemen, mengawal makanan dan mengelak pengambilan alkohol.

    Jika organ ini telah rosak dengan teruk, maka anda mungkin perlu untuk membuangnya dan menerima pemindahan organ hati daripada individu lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan