Kebaikan susu almond #3. Menguatkan tulang badan
Seperti mana yang kami katakan di atas tadi, susu ini tinggi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang bagus untuk tubuh badan kita. Atau lebih spesifiknya, susu ini baik untuk kekuatan tulang badan individu.
Sama juga dengan jenis susu yang lain, ia bukan sahaja mampu menambah kekuatan tulang malah mencegah kerapuhan tulang sekali gus mengelakkan masalah seperti osteoporosis dan lain-lain.

#4. Baik untuk jantung dan sistem kardiovaskular
Kandungan lemak dan karbohidrat adalah sangat rendah di dalam susu badam selain ia juga bebas kolesterol. Ini memberikan kelebihan buat susu almond yang baik untuk organ jantung dan sistem kardiovaskular di dalam tubuh badan setiap individu itu.
Kesannya, risiko penyakit berkaitan seperti tekanan darah tinggi, strok atau jantung lebih rendah!
Kelebihan susu almond #5. Mengelakkan risiko diabetes
Selain kondisi pada jantung, susu ini juga mampu membantu individu mencegah penyakit kencing manis. Alasannya, ia mungkin kurang gula, lemak, karbohidrat serta rendah indeks glisemik.
Namun, masih wujud risiko di mana produk susu badam itu ditambah dengan bahan lain termasuk gula dan lain-lain yang tidak bagus jika anda ada diabetes. Jadi, sila periksa label sebelum minum.
Baca lagi artikel berkaitan:
Awas, ia mungkin tidak sesuai untuk semua orang!

Jangan terus beli dan minum ya! Anda kena tahu jika kelebihan susu almond itu tidak semua betul kerana wujud banyak produk tiruan atau produk dengan bahan tambahan seperti pemanis, perasa, pewarna serta pengemulsi yang boleh membahayakan tubuh badan.
Dalam pada itu, elakkan daripada memberi susu ini kepada bayi atau kanak-kanak di bawah umur 1 tahun kerana ia mungkin tidak cukup dengan nutrien lantas boleh membawa isu malnutrisi.
Susu hasil haiwan atau tumbuhan lain turut termasuk di dalam kategori ini. Sebaiknya, berikan si manja anda susu badan atau formula sahaja untuk menjamin tumbesaran dan perkembangan.
Sekiranya anda punya sebarang permasalahan atau persoalan lanjut, dapatkan nasihat doktor ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen