Anda mungkin pernah terdengar atau terbaca tentang hati berlemak. Tapi, tahukah anda apakah ia?
Anda pasti?
Anda mungkin pernah terdengar atau terbaca tentang hati berlemak. Tapi, tahukah anda apakah ia?
Hati berlemak atau fatty liver adalah satu keadaan kesihatan di mana terdapat sel-sel lemak terkumpul di dalam hati. Ia mempunyai spektrum yang luas:
Diagnosis dibuat melalui ujian sel hati di bawah mikroskop. Sel-sel lemak akan kelihatan di antara sel-sel hati normal. Jika berlaku sirosis, struktur hati akan terjejas.
Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom atau tanda. Sebahagiannya mungkin mengalami:
Melalui ulstrasound atau X-ray, hati mungkin dilihat lebih besar berbanding normal. Manakala ujian darah fungsi hati (liver function test) boleh menunjukkan kadar enzim yang tidak normal termasuk AST dan ALT. Diagnosis akhir hanya boleh dibuat melalui ujian di bawah mikroskop, seperti yang disebutkan di atas.
Penyakit hati berlemak dibahagiakan kepada dua: beralkohol dan bukan alkohol.
Di Eropah, sebab utama bagi penyakit ini adalah pengambilan alkohol yang berlebihan. Manakala di Malaysia, kebanyakan kes adalah tidak disebabkan alkohol.
Bagi jenis yang kedua, ia berpunca daripada pelbagai faktor:
Tanda-tanda dan ujian mikroskop tidak membezakan antara jenis alkohol dan bukan alkohol. Hanya sejarah perubatan daripada pesakit yang menentukan puncanya. Komplikasi utama penyakit ini adalah radang (steatohepatitis) dan sirosis.
Tiada rawatan khusus bagi keadaan kesihatan ini. Rawatan yang paling penting adalah menurunkan berat badan bagi mereka yang obes. Di samping itu, semua faktor risiko yang ada harus dikawal termasuk kolesterol di dalam darah, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Pencegahan adalah langkah terbaik, terutamanya berat badan. Senaman dan pemakanan yang sihat adalah kunci kepada pencegahan penyakit hati berlemak.
Hati adalah organ utama di dalam badan manusia yang menjalankan banyak fungsi dalam memastikan anda terus sihat. Jagalah hati anda sebaiknya. Sekalipun, ia boleh digantikan melalui derma organ, fungsinya tidak akan sama seperti asal.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hati Berlemak – http://www.myhealth.gov.my/hati-berlemak/
Nonalcoholic steatohepatitis (NASH) – https://www.msdmanuals.com/professional/hepatic-and-biliary-disorders/approach-to-the-patient-with-liver-disease/nonalcoholic-steatohepatitis-nash
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen