backup og meta

5 Manfaat Kalau Anda Amalkan Diet Sihat Dan Seimbang! #4 Itu Paling Utama?

5 Manfaat Kalau Anda Amalkan Diet Sihat Dan Seimbang! #4 Itu Paling Utama?

Ramai orang yang cenderung menyangka bahawa tips diet seimbang itu adalah terletak pada ‘apa yang anda ambil’ sebagai makanan atau minuman di atas meja makan.

Ya, ia mungkin salah satu daripada tips yang memang wajar diamalkan namun jangan lupa juga tentang ‘bagaimana anda ambil’ sesuatu makanan atau minuman itu.

Khas buat anda yang masih keliru tentang tips diet seimbang, jom teruskan membaca artikel ini!

Apa itu diet seimbang yang sebenar?

Sebenarnya, mungkin ramai yang sudah tahu namun belum benar-benar faham definisi diet seimbang.

Untuk pengetahuan anda, diet seimbang adalah diet yang akan dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien cukup di samping mengekalkan kesihatan.

Ini bertujuan agar tubuh badan seseorang manusia dapat tenaga yang secukupnya untuk bekerja, bergerak dan berfungsi dengan kemampuan yang maksimum.

Apa yang menjadi masalahnya kini adalah ramai individu agar sukar menjalani diet ini kerana terlalu fokus dengan aspek ‘apa’ berbanding ‘bagaimana’.

Jadi, apakah wujud sebarang tips diet seimbang yang kita semua wajar ikuti? Ya, ada dan kami berharap agar anda jangan berhenti membaca sampai setakat di sini sahaja pula ya!

tips diet seimbang

Apa tips diet seimbang yang perlu diamalkan?

Dalam usaha untuk menjalani diet seimbang yang sihat dan sempurna, terdapat beberapa strategi utama yang kalian perlu amalkan termasuklah:

#1. Mengetahui jumlah kalori yang diperlukan

Pertama sekali, anda perlu ketahui jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu anda untuk merancang dan mengira kalori.

Ia sangat penting kerana setiap orang memiliki keperluan kalori yang berlainan berdasarkan pelbagai faktor seperti usia serta keadaan kesihatan diri.

Sebagai contoh, penderita obesiti akan memerlukan kalori yang sedikit kurang berbanding individu yang normal untuk menurunkan berat badan mereka.

Dengan kejayaan mengetahui serta memperolehi kalori tepat daripada diet anda, maka tubuh badan juga akan mendapat tenaga yang sangat diperlukan.

#2. Menetapkan pembahagian diet yang tepat

Maksudnya di sini bukanlah untuk anda menghindari beberapa jenis makanan kerana tubuh badan masih memerlukan setiap kelas makanan yang betul.

Apa yang anda perlu buat adalah menetapkan pembahagian diet yang tepat secara ideal seperti:

tips diet seimbang

Ini kerana anda perlu menetapkan dan menyesuaikan pembahagian diet agar prinsip gizi masih seimbang, sihat dan sempurna untuk tubuh badan anda.

Sebagai tambahan, anda juga mungkin mahu kurangkan mengambil makanan tinggi lemak dan gula agar berat badan tidak melonjak secara mendadak.

#3. Menciptakan waktu makan yang teratur

Setiap waktu makan tidak kira sarapan, makan tengah hari atau minum petang mahupun makan malam adalah sangat penting dalam aspek diet seimbang.

Ini kerana jika anda terlalu awal atau terlalu lewat untuk makan pada waktu ideal, maka mungkin akan berlaku perubahan drastik pada tubuh badan.

Sebagai contoh, waktu makan yang tidak teratur boleh membawa masalah cepat rasa lapar, mudah naik stress serta gula dalam darah naik atau turun tidak normal.

Oleh itu, sila cipta dan patuh terhadap jadual waktu makan sebagai antara tips diet seimbang anda.

Tips diet seimbang #4. Jangan gopoh dan gelojoh

tips diet seimbang

Meskipun hidangan di depan mata anda terlihat sangat menyelerakan, itu bukan lesen untuk anda makan dengan gopoh dan gelojoh kerana perbuatan itu tidak sihat.

Ini kerana makan dengan laju akan membuat anda mengambil suapan yang lebih banyak kerana isyarat sudah kenyang yang perlu dihantar kepada otak itu telah terjejas.

Jika anda makan dengan perlahan pula, ia akan membuat anda makan dengan lebih sedikit yang sangat penting dalam usaha menjalani diet seimbang.

Dengan ini, maka anda mungkin tidak akan terlebih makan dan berjaya mendapatkan diet seimbang.

Tips diet seimbang #5. Sila berhenti sebelum kenyang

Sesuai dengan saranan ramai pakar juga, sila berhenti sebelum anda berasa kenyang, tujuannya untuk mengelakkan anda terlebih makan daripada yang sepatutnya.

Namun ini bukan bermakna kalian perlu makan secara sedikit sahaja kerana ia juga tidak sihat lantas meningkatkan risiko malnutrisi itu terjadi pada anda.

Di samping itu, selarikan juga tips diet seimbang ini dengan tip yang keempat tadi agar usaha anda untuk mendapatkan diet seimbang itu dapat dicapai.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://dhss.delaware.gov/dhss/dph/dpc/eatright.html
  2. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/eight-tips-for-healthy-eating/
  3. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/5-key-habits-of-healthy-eaters/art-20270182
  4. https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/healthy-eating.htm
  5. https://www.alimentarium.org/en/knowledge/balanced-diet?gclid=Cj0KCQjwvO2IBhCzARIsALw3ASp4Aa_c9To58DldzHAtp31Zm9DWub3MoWxL2V1bFkN1tmHiz74qOioaApQaEALw_wcB

Versi Terbaru

13/12/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Kurus Tak Perlu Berlapar! Boleh Makan 5 Kali Sehari Jika Ikut Diet 'Eat Clean'

Ini 5 Soalan Berkaitan Jenis Diet Perlu Dijawab, Sebelum Cuba Turunkan Berat Badan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan