5 Cara Mengetatkan Miss V Yang Paling Efektif, Pasti Suami Tak Lari!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 30/04/2020

“Kenapa suami macam dah tak suka nak buat projek dengan aku ye? Miss V aku dah tak menarik ke?”, keluh Misha dalam hati setiap kali suaminya menolak pelawaan untuk bersetubuh. Hakikatnya, ramai lagi wanita di luar sana yang mungkin mempunyai masalah yang sama dengan Misha iaitu Miss V sudah tidak lagi ketat seperti dulu. Jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Ikuti artikel untuk tahu cara mengetatkan faraj yang paling efektif!

Seks terlalu kerap punca faraj longgar?

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai cara mengetatkan faraj yang paling efektif, kita perlu tahu apa punca sebenar faraj menjadi longgar terlebih dahulu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa masalah ini mungkin terjadi akibat terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan suami. Alamak! Adakah kenyataan yang mengejutkan ini benar atau mitos semata-mata?

Tidak, ia adalah tidak benar. Seks terlalu kerap tidak akan menyebabkan faraj anda menjadi longgar. Untuk pengetahuan anda, faraj bersifat elastik dan fleksibel. Namun, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke keadaan asal.

Jadi, jika bukan kekerapan seks yang punca faraj longgar, apakah punca sebenarnya?

Punca sebenar faraj longgar

Sebenarnya, tidak wujud perkara seperti faraj yang ‘ketat’ atau ‘longgar’. Cuma, keupayaan Miss V untuk meregang dan merapat kembali mungkin akan menurun akibat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, seperti:

  • Usia

Seawal memasuki usia 40-an, anda mungkin akan perasan perubahan berlaku pada faraj anda. Ini disebabkan oleh penurunan kadar estrogen dalam tubuh badan semasa anda makin menghampiri fasa menopaus. Akibatnya, faraj anda mungkin akan menjadi:

  • Lebih kering
  • Lebih nipis
  • Kurang asidik
  • Kurang elastik
  • Tidak lagi fleksibel

Perubahan ini akan menjadi lebih ketara sebaik sahaja anda mencapai menopaus.

  • Kelahiran bayi

Selain faktor usia, faktor kelahiran bayi juga memainkan peranan yang menyebabkan faraj menjadi longgar. Ini kerana otot faraj anda akan meregang secara maksimum untuk membolehkan bayi keluar melalui saluran kelahiran.

Selepas bayi lahir, anda mungkin akan perasan yang faraj anda sedikit longgar berbanding sebelum ini. Usah khuatir, ia adalah sesuatu yang normal dan ia akan kembali merapat selepas beberapa hari bersalin. Namun, ia mungkin tidak lagi sama seperti dahulu.

Faraj anda mungkin akan menjadi semakin longgar ekoran kelahiran bayi anda yang seterusnya. Namun, ia tidaklah begitu ketara. Jika anda tidak mahu perkara ini menjadi lebih teruk, anda perlu lakukan sesuatu untuk menguatkan otot faraj anda sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Jadi, apa cara mengetatkan faraj yang boleh dilakukan?

Tidak dinafikan, perubahan pada faraj mungkin akan sedikit sebanyak mencacatkan kehidupan seks bersama pasangan.

Suami anda mungkin akan menolak pelawaan untuk melakukan hubungan intim dek kerana faraj anda yang mungkin baginya, longgar. Jadi, apa yang boleh anda lakukan sebagai cara mengetatkan faraj?

#1. Pembedahan

Tidak dinafikan, cara yang paling drastik ini adalah salah satu cara mengetatkan faraj yang efektif. Antara prosedur yang boleh dilakukan adalah vaginoplasty atau labiaplasty. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua prosedur ini bertujuan untuk membentuk semula Miss V dengan cara mengetatkan kembali dinding faraj.

Selain itu, terdapat juga prosedur lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki Miss V seperti revirgination.

Ia dilakukan untuk memperbaiki selaput dara dan mengembalikan bentuk asalnya. Dalam erti kata yang lain, prosedur ini boleh dilakukan untuk mengembalikan keperawanan seorang wanita secara pembedahan.

Bukan itu sahaja, prosedur menguatkan G-spot wanita juga boleh dilakukan bagi membolehkan wanita mencapai kepuasan maksimum semasa melakukan hubungan kelamin dengan suami. Namun, kesemua prosedur ini mempunyai kos yang sangat mahal serta risiko dan kesan sampingannya yang tersendiri. Jadi, bersediakah anda?

#2. Kon faraj

Pernah dengar tentang ini? Untuk pengetahuan anda, kon faraj adalah satu alat berbentuk kon yang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk dan boleh digunakan sebagai salah satu cara mengetatkan faraj yang efektif.

Cara ia digunakan adalah dengan memasukkan kon faraj ini ke dalam Miss V. Kemudian, kemutkan ia selama kira-kira 15 minit setiap hari. Ya, ia memang kelihatan senang, namun ia memerlukan masa dan usaha untuk benar-benar berkesan.

#3. Bebola Ben-Wa

Selain kon faraj, anda juga boleh menggunakan bebola Ben-Wa. Ia adalah satu alat berbentuk bola yang boleh dimasukkan ke dalam Miss V sebagai salah satu cara mengetatkan faraj. Sama seperti kon faraj, ia akan menguatkan kemutan faraj.

Cara ia digunakan adalah dengan memasukkan bebola Ben-Wa ini ke dalam faraj. Kemudian, kemutkan ia dengan menggunakan otot pelvis untuk memastikan bebola ini kekal di dalam faraj. Hasilnya, ia akan mengetatkan faraj anda dari masa ke semasa.

#4. Yoga

Yoga adalah satu senaman yang sangat baik untuk keseluruhan kesihatan kita. Malahan, ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara mengetatkan faraj.

Bagaimana caranya? Untuk pengetahuan anda, posisi yoga seperti Child’s Pose dan Bridge Pose adalah sangat efektif dalam menguatkan otot pelvis. Dalam erti kata yang lain, ia juga adalah sangat bagus untuk Miss V anda.

cara mengetatkan faraj

#5. Senaman Kegel

Akhir sekali, senaman kegel adalah cara mengetatkan faraj yang paling efektif. Menurut Adilin Ali yang merupakan Jurulatih Kecergasan di Fixme Studio Setiawangsa, senaman Kegel boleh diamalkan bagi memulihkan kembali otot faraj sekali gus mengetatkan kembali Miss V. Persoalannya, bagaimana ia boleh dilakukan?

  • Kemut otot faraj dan otot pelvis dalam keadaan paha dan kaki dirapatkan perlahan-lahan sebanyak 20 kali (ia boleh dilakukan ketika berdiri, duduk atau baring).
  • Kawal pernafasan dengan menahan nafas selama 5 saat semasa melakukan kemutan. Kemudian, hembuskan nafas perlahan-lahan secara serentak ketika melepaskan kemutan dalam pengulangan 4 hingga 5 kali.
  • Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Dengan senaman kegel ini, anda mungkin sudah menjumpai cara mengetatkan faraj secara semula jadi yang paling efektif. Bukan sahaja mampu mengetatkan Miss V, senaman ini juga boleh membantu wanita yang ada masalah mengawal kencing.

Selain itu, senaman kegel juga akan membantu menghalang angin daripada masuk ke dalam faraj – penyebab kentut faraj serta menguatkan otot faraj dan otot pelvis bagi memudahkan proses bersalin kelak.

Jadi, apa lagi kaum Hawa tunggu? Sila dapatkan bantuan pakar untuk melakukan senaman Kegel ini!

Konklusi

Kesimpulannya, terdapat banyak cara mengetatkan faraj secara semula jadi yang boleh anda lakukan. Namun, anda perlu tahu bahawa senaman Kegel adalah yang paling efektif. Jadi, Misha dan wanita di luar sana yang ada masalah Miss V longgar, jangan malu dan segera dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sesuai.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Bersama suami selepas bersalin pasti menimbulkan bimbang dan takut. Tapi bilakah masa sesuai bersenggama bagi wanita yang melalui proses kelahiran C-sec?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Pasangan suami isteri sebenarnya perlu cuba untuk melakukan jimak setiap hari jika mampu. Kenapa? Klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    JANGAN Basuh Vagina Dengan Sabun, Ada Cara Yang Lagi Selamat Nak Bersihkan Miss V

    Penjagaan faraj perkara penting perlu dititikberatkan oleh wanita. Adakah anda tahu cara membersihkan miss v yang betul atau anda main buat sahaja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Ada individu yang tidak berminat langsung untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta. Kenapa? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    hubungan suami isteri

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    cara mengatasi tekanan perasaan

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    hubungan seks

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    manfaat bawang putih untuk wanita

    Ini Sebab Kita Kena Makan Bawang Putih! Libido Wanita Pun Boleh Meningkat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/05/2020