backup og meta

Bosan Punca Malas Bermanja? Ini 5 RAHSIA Untuk Buat Kamar Tidur Kembali Panas!

Bosan Punca Malas Bermanja? Ini 5 RAHSIA Untuk Buat Kamar Tidur Kembali Panas!

Setiap pasangan sudah pasti inginkan hubungan seks yang mengasyikkan lagi mengghairahkan bukan? Jadi, nak tahu tak bagaimana cara menaikkan nafsu suami atau isteri? Jom kami bongkar rahsia ini.

Pun begitu, kadangkala ia sukar untuk dicapai kerana tiada mood untuk berasmaradana dengan si dia terutama jika kalian sudah terlalu penat atau sibuk dengan urusan harian masing-masing.1

Walaupun mungkin agak susah, tetapi ia tidak mustahil. Selamatkan kehidupan di ranjang anda dengan artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Cara menaikkan nafsu suami atau isteri boleh cuba!

Sebenarnya, masalah kurang bernafsu dengan pasangan ini mungkin berpunca daripada individu di mana anda tidak mampu membuat diri sendiri turn on ketika melihat pasangan di rumah.2

Tenang, berikut merupakan beberapa cara menaikkan nafsu suami atau isteri yang anda boleh cuba di rumah:

#1. Merancang aktiviti seksual terlebih dahulu

Tidak dinafikan, unsur kejutan itu adalah amat penting untuk membuat seks itu lebih menarik. Namun, tiada salahnya juga untuk merancang aktiviti seks kalian terlebih dahulu bukan?

cara menaikkan nafsu suami

Contohnya, kalian boleh menetapkan sehari dalam seminggu sebagai hari khas untuk projek asmara. Dengannya, anda dan pasangan mampu merancang serta menjangka kelakuan bila tiba hari kejadian.3

Mungkin si isteri boleh guna wangian, solekan dan pakaian yang seksi seperti lingerie kegemaran sang suami? Bagi yang lelaki pula, jangan hanya tahu untuk berkain pelikat sahaja tanpa sebarang usaha.3

Dengan ini, sudah pasti anda akan turn on setiap kali datang hari yang paling penting dalam seminggu itu!

Cara menaikkan nafsu suami atau isteri #2. Sexting

Antara lain cara menaikkan nafsu suami dan isteri adalah dengan cara sexting. Buat anda yang belum tahu istilah ini, ia merupakan penggabungan perkataan Inggeris iaitu sex dan texting.4

Ia bermaksud pengiriman mesej yang berbaur lucah untuk bercanda dan bersenda dengan pasangan. Ia biasa dilakukan ketika individu sedang berjauhan antara satu sama lain.4

Jadi, apa kata anda cuba cara ini ketika pasangan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat?

Jika anda kurang pengalaman di dalam arena sexting ini, mungkin boleh cuba idea di bawah ini:

“Sayang malam ni free ke? Abang ingat nak ajak buat projek…”

“Abang lama lagi ke nak sampai rumah? Sayang tak pakai apa-apa ni…”

Relaks, jangan malu atau takut untuk menjadi nakal di dalam telefon pintar anda. Cuma, pastikan anda lakukan ini dengan pasangan anda yang telah sah sahaja okay!

Cara menaikkan nafsu suami atau isteri #3. Menonton video porno bersama-sama

cara menaikkan nafsu suami

Sebelum pergi lebih lanjut, diingatkan bahawa menonton pornografi mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Jadi, jangan sesekali kalian tengok secara berlebihan untuk elak kesan sampingan.5

Namun, anda mungkin boleh cuba tonton video berahi bersama pasangan dalam usaha untuk membuat diri dan si dia terangsang. Selepas itu, kalian boleh sahaja bersenggama dengan penuh sensasi!

#4. Memanfaatkan imaginasi dan fantasi seks

Sebenarnya, terdapat satu cara menaikkan nafsu suami dan isteri yang paling mudah iaitu dengan akal fikiran.

Mungkin anda boleh gunakan kuasa minda untuk bayangkan pasangan dengan pakaian yang anda suka.6 Contohnya, mungkin anda mahu berimaginasi dan berfantasi tentang si dia yang tercinta?

Secara automatik juga, nafsu syahwat pasti akan terangsang dengan mudah. Selepas membayangkan, akan tiba masa untuk merealisasikan hasrat yang sekian lama terpendam itu.6

Sekiranya anda suka pasangan mengenakan lingerie berwarna merah menyala, anda hanya perlu beli, bungkus dan beri kepada si dia lalu tunggu hasilnya apabila tiba waktu malam

Ibarat sebuah impian yang telah menjadi kenyataan, ia sudah pasti akan membuat diri masing-masing turn on!6

#5. Berjumpa dengan doktor atau pakar seks

Sebagai cara menaikkan nafsu suami atau isteri yang terakhir, ketahuilah bahawa kurang bernafsu mungkin didalangi oleh beberapa faktor yang bergantung kepada kondisi tubuh badan.7

Faktor umum seperti menopaus atau andropaus, ketidakseimbangan hormon tubuh badan, kemurungan, kegelisahan serta apa-apa keadaan kesihatan mungkin boleh menjejaskan libido individu.7

Jika anda sebagai suami atau isteri yang khuatir diri mengalami masalah kesihatan sehingga menjejaskan prestasi di ranjang, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan maklumat dan nasihat lebih lanjut ya?

cara menaikkan nafsu suami

Apa lagi usaha lain yang suami isteri boleh cuba?

Kadangkala, anda mungkin akan mula bosan dengan seks gara-gara aksi di kamar tidur yang hambar. Dalam usaha untuk menghangatkan kembali suasana itu, anda perlu buat sesuatu.

Antara usaha yang boleh anda cuba adalah menggunakan sex toy seperti vibrator, dildo, butt plug dan macam-macam jenis alat mainan lain bagi menyemarakkan lagi hubungan seks.8

Usah takut untuk cuba, penggunaan alat permainan seks ini selamat untuk digunakan. Jika risau dengan risiko kecederaan, boleh cuba ia bersama dengan pelincir.9

Gabungan sex toy dan lubricant ini boleh menghangatkan lagi aktiviti ranjang kalian. Kini, kedua-dua produk ada dikeluarkan oleh syarikat gergasi, Durex yang tentu sahaja berkesan, bermanfaat serta berkualiti tinggi.

Menariknya, Durex juga ada mengeluarkan produk gabungan cecair pelincir dan urutan, dua dalam satu yang tentu sahaja akan membangkitkan keghairahan sewaktu keintiman. Cecair ini boleh digunakan untuk urutan di tubuh dan juga sebagai pelincir semasa penetrasi berlangsung. 

Tidak cukup dengan itu, Durex juga ada mengeluarkan kondom dengan 3 jenis varian sesuai kehendak masing-masing!

Kondom berperisa atau bertekstur seperti ribbed atau dotted, tentunya boleh memberikan kelainan dalam hubungan intim anda dan pasangan.

Kenapa kondom penting? Ada pasangan yang mungkin tidak gemar dengan aktiviti seksual kerana risau akan kehamilan.10 Maka, anda dan pasangan boleh mempelbagaikan aktiviti di ranjang kalian dengan alatan seks ini tanpa perlu risau risiko mengandung. 

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai produk daripada Durex.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Too Busy for Sex, https://www.healthywomen.org/content/ask-expert/7635/too-busy-sex, Accessed 12 July 2023.
  2. 5 Excuses to Stop Making About Sex, https://www.psychalive.org/5-excuses-to-stop-making-about-sex/, Accessed 12 July 2023.
  3. Why you should be scheduling sex if you’re not already, https://www.bedsider.org/features/2399-why-you-should-be-scheduling-sex-if-you-re-not-already, Accessed 12 July 2023.
  4. Could Sexting Help Your Relationship?, https://www.npr.org/sections/health-shots/2015/08/08/430322824/could-sexting-help-your-relationship, Accessed 12 July 2023.
  5. Is pornography addictive?, https://www.apa.org/monitor/2014/04/pornography, Accessed 12 July 2023.
  6. A study confirms the importance of sexual fantasies in the experience of sexual desire, https://www.eurekalert.org/news-releases/590549, Accessed 12 July 2023.
  7. What To Ask: Sexual Health, https://www.healthinaging.org/tools-and-tips/what-ask-sexual-health, Accessed 12 July 2023.
  8. Sex Toys, https://www.plannedparenthood.org/learn/sex-pleasure-and-sexual-dysfunction/sex-and-pleasure/sex-toys, Accessed 12 July 2023.
  9. Better Sex With Lubricants, https://www.aarp.org/home-family/sex-intimacy/info-08-2013/better-sex-lubricant-lube-castleman.html, Accessed 12 July 2023.
  10. Condoms, https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/9404-condoms, Accessed 12 July 2023.

Versi Terbaru

12/12/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan