home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

3 Fakta Berkaitan Selaput Dara Wanita, Tahu Tak Ada Perempuan Lahir TANPA Selaput Ini

3 Fakta Berkaitan Selaput Dara Wanita, Tahu Tak Ada Perempuan Lahir TANPA Selaput Ini

Selaput dara bukanlah isu yang asing. Tapi, pernah tak terlintas di fikiran anda tentang selaput dara terletak di mana?

Teori masih dara

Sebenarnya isu sama ada seseorang wanita itu masih dara atau tidak sering menjadi topik perbualan, bukan sahaja dalam kalangan individu lelaki, malahan antara golongan wanita itu sendiri.

Pelbagai teori berkenaan keperawanan seseorang itu timbul.

Antaranya, jika punggungnya jatuh maka individu itu sudah tidak perawan, jika jalannya mengengkang bermakna individu itu sudah melakukan seks, dan jika kepala lututnya hitam sudah tidak berdara lagi wanita tersebut.

Tetapi adakah benar teori sebegitu dapat menentukan sama ada seseorang individu itu masih dara atau tidak?

Atau ia sekadar kepercayaan dan mitos palsu yang harus diperbetulkan agar tiada lagi salah faham mengenainya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan wanita, sila dapatkannya di sini.

Kepercayaan karut

selaput dara

Dalam satu status milik seorang pengguna akaun media sosial, Twitter, yang bertanyakan mengenai kesahihan teori tersebut kepada Dr. Amalina Che Bakri, “Benarkah punggung jatuh bermakna sudah tidak ada dara?”

Menurut Dr Amalina Che Bakri, Pakar Pelatih Bedah di Bahagian Surgikal dan Trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England, bentuk fizikal seseorang tidak boleh menentukan sama ada individu tersebut masih dara atau tidak.

Sama ada punggung jatuh, kepala lutut hitam, jalan mengengkang atau apa sekali pun dari segi fizikalnya, bagi mengatakan individu itu tidak lagi dara adalah satu teori mengarut.

Artikel berkaitan:

Fakta mengenai selaput dara

Untuk mengurangkan salah faham dan lebih memahami mengenai isu masih dara atau tidak, apa kata kita berbicara sedikit mengenai hymen yang dikatakan penentu keperawanan seseorang individu wanita.

1. Selaput dara terletak dimana?

Ramai yang tertanya-tanya, selaput dara terletak dimana?

Selaput dara atau dalam istilah Inggeris dikenali sebagai Hymen, merupakan satu lapisan nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina atau faraj (vagina opening).

Ia merupakan lapisan sel yang mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza bagi setiap individu wanita.

selaput dara

Pecah dara sebelum bernikah tidak bermaksud individu wanita tersebut pernah melakukan hubungan seks.

Ini kerana selaput dara boleh terjejas sekiranya individu wanita tersebut melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, melakukan sebarang aktiviti regangan, berbasikal ataupun memanjat sesuatu.

2. Tidak menutup semuanya

Umumnya, selaput dara bukanlah satu lapisan yang menutup keseluruhan penuh laluan faraj.

Ini kerana sekiranya lapisan tersebut menutup secara penuh permukaan faraj, bagaimana untuk darah haid dan sebarang sisa cecair dari faraj keluar, bukan?

Jadi lapisan selaput dara hanya menutup sebahagian saluran pembukaan vagina.

Manakala sekiranya ia menutup secara penuh, seseorang individu itu mungkin mengalami penyakit yang dikenali sebagai Imperforated Hymen, yang akan menyekat pengeluaran haid serta lendiran vagina.

Sebenarnya, bukan semua bayi perempuan dilahirkan dengan selaput dara.

Jadi menggunakan lapisan ini sebagai penentu sama ada seseorang masih dara atau tidak sudah tentu tidak boleh diterima akal.

3. Mudah lentur

Ini khususnya untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, ya?

Jika pada kali pertama ingin melakukan seks, sebaiknya lakukan secara perlahan-lahan. Ini kerana tekstur selaput dara adalah seperti getah mudah lentur.

Seks kali pertama tidaklah begitu menyakitkan seperti yang disangka kerana selaput dara tidak akan terkoyak, tetapi ia sekadar meregang.

Kepercayaan mengenai selaput dara akan hilang atau pecah selepas melakukan seks adalah salah sama sekali.

Ini kerana selaput dara itu cuma akan ‘teralih’ sedikit kerana teksturnya yang mudah lentur.

Tidak dinafikan, ketika melakukan seks buat pertama kalinya, anda mungkin dalam keadaan yang gementar.

Keadaan ini sekali gus membuatkan lapisan tersebut meregang secara keterlaluan dan akhirnya menyebabkan berlaku sedikit pendarahan.

selaput dara

Ia cumalah sekadar pendarahan kecil dan tidaklah sehingga menyebabkan darah yang mengalir keluar itu membasahi cadar katil atau selimut anda.

Selaput ini dikatakan akan kembali kepada tempat asalnya jika seseorang individu itu sudah lama tidak melakukan sebarang hubungan seksual ataupun aktiviti pergerakan yang lasak.

Bukan penentu masih dara atau tidak

Hymen ini tidak boleh dijadikan sebagai faktor penentu untuk menentukan sama ada seseorang individu itu masih dara atau tidak.

Malahan jika anda merupakan individu yang dilahirkan dengan kehadiran lapisan hymen ini, ia cumalah sebahagian daripada lapisan tisu dalam badan anda.

Artikel berkaitan:

Malah berdasarkan kajian terbitan jurnal Reproductive Health, doktor tidak boleh menentukan sama ada seorang individu aktif secara seksual atau tidak dengan hanya bergantung kepada pemeriksaan fizikal selaput dara.

Jadi sudah tentu, kajian ini boleh dianggap sebagai sokongan menyatakan selaput dara bukan penentu kepada keperawanan seseorang individu.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Accessed on Dec 16, 2019

  1. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/sex/virginity
  2. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/sex/virginity/what-happens-first-time-you-have-sex
  3. https://kidshealth.org/en/teens/virginity.html
  4. https://www.healthnavigator.org.nz/health-a-z/h/hymens-and-virginity/
  5. https://www.jstor.org/stable/350880?seq=1

 

Gambar penulis
Ditulis oleh Asyikin Md Isa pada 16/12/2019
x