Anda mungkin ingin atau perlu mengehadkan atau menghindari terus:
- Minuman berkarbonat
- Minuman berkafein
- Coklat
- Minuman beralkohol
- Minuman tenaga
- Buah-buahan sitrus
- Tomato dan sebarang produk berasaskan tomato
- Hidangan pedas
- Perasa tiruan dan bahan pengawet
- Gula atau gula pengganti
- Madu
- Bawang mentah
Mengehadkan atau menghindari senarai di atas tidak bermakna anda langsung tidak boleh mengambilnya. Cuma sebaiknya, ambillah dalam kuantiti yang terkawal atau dimakan sekali-sekala.

Tip kekalkan kesihatan pundi kencing
Semakin kita berusia, sudah tentu akan ada perubahan pada pundi kencing. Kita mungkin tidak boleh mengawal apa yang akan berlaku kepada pundi kencing, tetapi terdapat cara yang sekurang-kurangnya boleh anda lakukan untuk meningkatkan tahap kesihatannya.
Berikut adalah beberapa tip penjagaan pundi kencing:
- Minum air mencukupi
Kebanyakan individu yang sihat akan menjaga aspek pengambilan air setiap hari. Sebaiknya amalkan untuk meminum enam hingga 8 gelas air sehari. Sudah tentu air kosong adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah kesihatan, berbincanglah dengan pakar perubatan anda untuk mengetahui jumlah air yang boleh anda ambil.
- Berhenti merokok
Jika anda merokok, cuba untuk berhenti merokok. Manakala jika anda tidak merokok, jangan pernah berniat untuk mencubanya.
- Bersenam
Melakukan aktiviti fizikal sudah tentu dapat membantu mengatasi masalah pundi kencing termasuklah masalah sembelit. Ia juga dapat membantu mengekalkan berat badan sihat.
- Senaman Kegel
Senaman ini dapat membantu menahan air kencing di dalam saluran bladder. Selain itu, ia dapat menguatkan otot-otot yang berperanan dalam mengawal kebocoran air kencing ketika bersin, batuk, mengangkat barang, ketawa atau secara tiba-tiba wujud keinginan untuk membuang air kecil.

- Jangan menahan kencing
Anda disarankan untuk membuang air kecil sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sekali. Menahan kencing terlalu lama boleh melemahkan otot bladder. Semasa kencing, usah terburu-buru, bertenang. Ambil masa yang secukupnya untuk mengosongkan saluran bladder anda.
Akhir kata
Penjagaan pundi kencing adalah sama penting seperti penjagaan kesihatan yang lain. Ia melibatkan aspek penjagaan makanan dan minuman harian anda, selain daripada melakukan aktiviti fizikal dan juga menghindari tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan pundi kencing.