Menurut Ketua Pegawai Bersekutu Penyelidikan Sains Asas di Stanley Manne Children’s Research Institute di Ann & Robert H. Lurie Children’s Hospital of Chicago, yang juga merupakan Profesor Penyelidikan Pediatrik, Mikrobiologi dan Imunologi di Northwestern University Feinberg School of Medicine, Dr Patrick Seed,
“Melalui penyelidikan yang dilakukan, kami dapat mengenal pasti ciri-ciri dalam mikrobiotik dan metabolisma yang mempunyai hubung kait dengan kegagalan pertumbuhan.
Ia mungkin dapat memberikan cara serta kaedah baru untuk meramal, mencegah dan merawat masalah yang berlaku dalam kalangan bayi pramatang.”
Tambah beliau lagi, walaupun kini saintis tidak mempunyai cara untuk mengenal pasti bayi dengan risiko kegagalan tumbesaran, tetapi kewujudan mikrobiotik mungkin dapat membantu memberikan bimbingan intervensi individu dan mengukur tindak balas terhadap terapi.
Sebab bayi pramatang: Perbezaan komposisi mikrobiotik

Mikrobiotik setiap individu dianggarkan terdiri daripada satu trilion bakteria, dengan 10 kali jumlah sel microbial bagi setiap manusia.
Kajian membuktikan ciri-ciri mikrobiologi tertentu memainkan peranan dalam menjadi faktor penentu berkaitan obesiti, alahan, asma, diabetes, penyakit autoimun, kemurungan dan pelbagai jenis kanser.
Kajian juga menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara bayi yang lahir cukup bulan dengan bayi lahir secara pramatang.
Dr Seed – Ketua Bahagian Penyakit Berjangkit di Lurie Children’s memberitahu mereka turut mengkaji hubungan antara mikrobiotik usus, metabolisma dan pertumbuhan pada bayi pramatang.
Hasil keputusan yang diperolehi masih memerlukan lebih banyak kajian untuk dilakukan. Penyelidik masih lagi dalam usaha mengkaji sama ada kematangan mikrobiotik dan metabolisma tertentu adalah mempunyai hubung kait dengan bayi yang mempunyai masalah tumbesaran atau tidak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen