backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Vagina Keluar Angin Semasa Bersenggama? Ini Namanya Kentut Faraj, Nak Tahu Bahaya Ke Tak, Baca Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/05/2024

Vagina Keluar Angin Semasa Bersenggama? Ini Namanya Kentut Faraj, Nak Tahu Bahaya Ke Tak, Baca Ini!

Tidak dinafikan membuang angin atau kentut adalah satu perkara biasa dan ia bagus untuk kesihatan kita. Tetapi, bagaimana pula masalah kentut faraj dan pernahkah anda mengalaminya? Kenapa faraj berbunyi? Ingin tahu apa punca kentut faraj bagi wanita?

Teruskan pembacaan anda. 

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

Apa itu kentut faraj?

Kentut faraj atau ‘queefing’ adalah satu keadaan apabila udara terperangkap di dalam faraj.

Ia menghasilkan bunyi yang serupa dengan membuang angin melalui dubur, tetapi keadaan ini tidak mempunyai bau tertentu.

Ada yang mengatakan bahawa kentut vagina adalah sesuatu yang membahayakan.

Ia menyebabkan anda tidak lagi akan merasai keghairahan dalam perhubungan dan pelbagai lagi momokan yang mungkin boleh menimbulkan ketakutan dan kerisauan dalam diri anda. 

Walaupun ia keadaan yang sering memalukan, namun kejadian ini biasanya dianggap normal dan tidak menimbulkan sebarang risiko kesihatan.

Apakah punca kentut faraj

Jika anda mengalami jangkitan kuman pada faraj, ia tidak akan menyebabkan kentut faraj.

Kentut ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara berbeza dan penting untuk anda mengetahuinya kerana sesetengahnya perlu ditangani oleh profesional perubatan.

Antara faktornya adalah:

1. Hubungan intim, punca kentut faraj paling lazim

Aktiviti seksual adalah punca kentut faraj paling umum.

Pergerakan zakar masuk dan keluar dari faraj kadang-kadang menyebabkan udara masuk dan kemudiannya terperangkap.

Apabila otot anda tegang dari orgasma atau apabila zakar dikeluarkan, gas akan dibebaskan.

punca kentut faraj
Kunci kehidupan berpasangan yang lebih sihat.

Ini boleh menyebabkan bunyi dan rasa seperti gelembung. Seks oral juga boleh menyebabkan udara memasuki faraj.

Sesetengah bentuk hubungan kasar boleh menyebabkan kentut melalui faraj, tetapi ia juga boleh menyebabkan pneumoperitoneum spontan, iaitu ketika udara terkumpul dan terperangkap di bawah diafragma anda.

Ini boleh menyebabkan sakit dada atau bahagian atas perut.

2. Masalah pelvis

Terdapat sedikit kajian terhadap gas faraj, mungkin kerana ia tidak berbahaya dan sesekali menyebabkan anda berasa malu.

Walau bagaimanapun, beberapa keadaan pelvis telah dikaitkan dengan beberapa cara yang boleh meningkatkan risiko kentut tersebut.

Keadaan umum dan faktor yang berkaitan dengan kentut vagina termasuk:

  • Tidak dapat mengawal kencing
  • Prolaps organ pelvis
  • Ketidakpekaan fecal
  • Otot pelvis lemah akibat melahirkan anak, berat badan berlebihan, umur atau ketegangan usus

3. Ketegangan otot

punca kentut faraj
Otot belakang badan mengalami ketegangan.

Aktiviti tertentu, seperti aktiviti seksual atau ujian ginekologi, boleh menyebabkan otot pelvik menjadi tegang.

Ini boleh memerangkap angin di dalam faraj. Batuk dan senaman juga boleh menyebabkan otot pelvis menjadi tegang, menolak udara ke bawah dan keluar dari faraj.

4. Punca kentut faraj sebab fistula vagina

Fistula faraj adalah saluran yang tidak normal dan berongga di antara faraj dan organ perut dalaman atau perut lain.

Ia adalah punca kentut faraj yang tidak berkaitan secara langsung dengan aktiviti seksual.

Terdapat pelbagai jenis fistula faraj. Jenis ini berdasarkan di mana lubang atau air berada di dalam faraj dan organ yang menyambung ke saluran.  

Ini adalah penyakit dan berlaku apabila seseorang ada fistula (bukaan antara usus dan faraj menyebabkan najis dari usus masuk ke faraj), dan kentut yang terhasil daripada punca ini pastinya akan mempunyai bau.

Fistula perlu ditangani oleh profesional perubatan dan rawatan.

Bagaimana untuk mencegahnya?

Tiada banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah kentut vagina.

Ini biasanya simptom keadaan lain atau kejadian semula jadi semasa aktiviti seksual.

Walau bagaimanapun, terdapat rawatan dan prosedur pembedahan yang boleh merawatnya.

Malah kondisi kentut ini yang berlaku akibat aktiviti seksual, mungkin ada pilihan rawatan tanpa pembedahan yang boleh menghentikannya.

Jika anda kerap mengalami kentut vagina ketika melakukan aktiviti seksual, berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut:

  1. Menukar posisi

Seperti yang dimaklumkan pada awal tadi, terdapat beberapa posisi tertentu yang cenderung membuatkan anda untuk lebih berisiko mengalami kondisi tersebut. Antaranya seperti doggy-style.

Perhatian!

Jika anda masih meneruskan posisi seperti itu kemungkinan untuk anda terus mengalami kentut vagina adalah tinggi.

Melainkan anda tidak kisah untuk berdepan isu udara yang terperangkap di dalam saluran faraj yang akhirnya mengakibatkan kentut vagina.

  1. Ketatkan dinding faraj

Punca kentut faraj yang berlaku adalah tanda bahawa terdapat banyak udara yang terperangkap di dalam saluran faraj anda ketika aktiviti intim.

Anda mungkin boleh membantu diri anda dengan mengetatkan dinding faraj anda ketika berhubungan.

Tip ini adalah untuk membantu mengurangkan jumlah udara yang akan memasuki faraj anda, yang akhirnya dapat mengehadkan kentut yang sememangnya mungkin akan menyebabkan anda berasa malu.

Mengetatkan dinding faraj turut dapat menjadikan aktiviti intim anda lebih seksual dan menggembirakan.

  1. Elakkan mainan seks

Jika sebelum ini anda gemar menggunakan mainan seks, anda mungkin perlu untuk menghentikan penggunaannya.

Anda mungkin seronok menggunakan mainan seks, tetapi tanpa anda sedari ia sangat terkenal untuk memerangkap udara dalam saluran faraj anda dengan lebih banyak.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan