Disebabkan itu, mereka memendamnya seorang diri lalu menjejaskan emosi mereka. Kesannya, komunikasi di antara pasangan akan gagal lalu meluaskan lagi jurang kehidupan seks mereka.
Dalam erti kata yang lain, wanita lanjut usia yang akan atau sudah menopaus kebanyakannya tidak mempunyai keinginan seksual yang tinggi kerana mereka sudah ‘putus asa’.
Apa perlu buat untuk selesaikan masalah kurang libido?

Seharusnya, anda dan pasangan anda tidak patut meninggalkan terus perlakuan seks walaupun telah berada dalam usia emas kerana ini adalah salah satu kunci kebahagian rumah tangga.
Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh anda dan pasangan lakukan untuk meningkatkan nafsu syahwat anda.
Antaranya adalah penggunaan ubatan seperti Viagra. Cuma, ia mempunyai beberapa kelemahan yang agak ketara.
Pengambilan ubatan seperti ini akan memakan kos yang agak tinggi serta menghilangkan unsur ‘kejutan’ dalam kehidupan seksual. Disebabkan itu, ramai pasangan kini mengambil jalan mudah dengan berputus asa dengan seks.
Akan tetapi, ia bukanlah satu pilihan yang paling tepat untuk anda. Bayangkan, anda dan pasangan sudah berkongsi hidup bertahun lamanya. Sudah pasti anda tidak mahu hilang salah satu nikmat dalam rumah tangga ini, bukan?
Sebenarnya, anda dan pasangan masih lagi boleh melakukan hubungan seks yang sejahtera dengan bantuan alat mainan seks, posisi seks yang sesuai, foreplay serta berkomunikasi secara jelas sesama pasangan. Ia sudah pasti dapat membantu prestasi seks anda.
Konklusi
Kesimpulannya, ia mungkin salah suami wanita menopaus kurang libido.
Namun, ia bukan pengakhiran segala-galanya. Masih terdapat banyak cara yang anda dan pasangan boleh lakukan untuk memastikan kehidupan seks anda berdua berada pada prestasi yang baik.
Paling penting, ingatlah bahawa usia itu cuma nombor!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen