Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri.
Tanpanya, maka akan hambar dan tidak sempurnalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.
Pun begitu, ia tidak selalunya indah kerana ada sahaja masalah yang boleh timbul ketika projek asmara.
Kadangkala, ada isteri yang akan mengadu sakit tatkala ditusuk suami ketika sedang asyik melakukan proses penetrasi zakar ke dalam faraj. Kenapa?
Tentu sekali ia adalah disebabkan faraj kurang basah. Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu cara mengatasinya!
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.
Apa punca faraj kurang air ketika berasmara?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu apa punca sebenar faraj kering terlebih dahulu.
Faraj kurang basah adalah disebabkan oleh kekurangan air yang keluar pada permukaan alat sulit wanita ketika zakar memasukinya.
Cecair ini adalah penting untuk dijadikan sebagai pelincir semula jadi bagi memudahkan proses senggama.