backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/06/2022

    Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

    Pastinya bermacam persoalan akan bermain di minda berkaitan ultrasound transvaginal, kan? Hello Doktor akan perjelaskan mengenai keperluan scan melalui faraj yang melibatkan masalah kesihatan ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu ujian ultrasound transvaginal, scan melalui faraj?

    Umumnya, ujian ultrasound (ultrabunyi) menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan gambaran organ dalaman anda

    Pengimejan yang dilakukan dapat mengenal pasti kelainan dan membantu doktor untuk mendiagnosis keadaan berkaitan masalah kesihatan yang dialami. 

    Manakala ultrasound transvaginal, atau turut dikenali sebagai ultrasound endovaginal adalah ujian ultrasound pelvis yang digunakan untuk memeriksa organ pembiakan (reproduktif) wanita, merangkumi:

    ‘Transvaginal’ bermaksud melalui faraj (vagina). Ia adalah satu pemeriksaan dalaman.

    Tidak seperti ultrasound perut atau pelvis biasa, iaitu transduser berada pada bahagian luar, prosedur ujian transvaginal ini memerlukan doktor memasukkan alat tersebut ke dalam saluran faraj, atau bahasa mudahnya scan melalui faraj. 

    Keperluan ujian scan melalui faraj berkaitan masalah kesihatan

    ultrasound wanita hamil

    Terdapat banyak sebab mengapa ujian transvaginal mungkin perlu dilakukan. Ini termasuklah apabila melibatkan masalah kesihatan seperti: 

    Doktor anda mungkin juga mengesyorkan scan melalui faraj semasa kehamilan untuk:

    Baca juga:

    Persediaan sebelum scan melalui faraj

    Dalam kebanyakan kes sebelum melakukan ujian ultrasound ini, ia memerlukan sedikit persiapan daripada pihak anda.

    Sebaik sahaja tiba di hospital dan berada di bilik pemeriksaan, anda perlu menanggalkan pakaian daripada paras pinggang ke bawah dan memakai pakaian khas.

    Bergantung pada arahan doktor dan sebab-sebab ultrasound, pundi kencing anda mungkin perlu dikosongkan sepenuhnya atau separuh penuh. 

    Cecair dalam pundi kencing akan membantu mengangkat usus dan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai organ pelvis anda.

    Jika terdapat keperluan untuk memastikan pundi kencing penuh, anda perlu meminum sekurang-kurangnya 32 auns air atau sebarang cecair lain kira-kira satu jam sebelum prosedur bermula. 

    Sekiranya sedang mengalami pendarahan haid dan menggunakan tampon, anda perlu mengeluarkannya sebelum ultrasound transvaginal dilakukan. 

    Faktor risiko ujian transvaginal

    Setakat ini, tidak ada faktor risiko yang diketahui berkaitan dengan prosedur ini.

    masalah kesihatan

    Bahkan, melakukan ujian transvaginal pada wanita hamil juga selamat, sama ada kepada ibu mahupun janin.

    Tidak dinafikan, apabila transduser dimasukkan ke dalam faraj, anda akan berasa tekanan dan dalam beberapa kes, mengalami ketidakselesaan. 

    Namun kebiasaannya, ketidakselesaan yang dialami adalah minimum dan akan hilang sebaik sahaja prosedur selesai.

    Sekiranya ada sesuatu yang sangat tidak selesa semasa ujian ultrasound transvaginal dijalankan, maklumkan segera kepada doktor atau pihak bertugas. 

    Hasil keputusan ujian

    masalah kesihatan

    Jika ujian transvaginal dilakukan oleh doktor, anda mungkin akan mendapat keputusan segera. 

    Walau bagaimanapun, sekiranya ujian dilakukan oleh pihak lain, gambar akan disimpan dan kemudian akan dianalisis oleh ahli radiologi, sebelum dihantarkan hasilnya kepada doktor anda. 

    Ultrasound transvaginal membantu mendiagnosis pelbagai keadaan, termasuk:

    • Barah pada organ pembiakan
    • Sista
    • Fibroid
    • Jangkitan pelvis
    • Kehamilan ektopik
    • Keguguran
    • Plasenta previa – melibatkan keadaan plasenta yang rendah semasa kehamilan

    Berdasarkan hasil keputusan ujian ultrasound, anda boleh berunding dengan doktor mengenai jenis dan pilihan rawatan (jika perlu).

    Kesimpulannya 

    scan melalui faraj

    Berdasarkan penerangan di atas, boleh dikatakan hampir tidak wujud sebarang risiko berkaitan dengan ujian ultrasound transvaginal atau scan melalui faraj jika ia perlu dilakukan.

    Cumanya, ia mungkin akan menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan.

    Secara keseluruhan, ujian ini akan mengambil masa sekitar 30 hingga 60 minit. Manakala hasil keputusan boleh diperolehi dalam tempoh kira-kira 24 jam. 

    Pun begitu, sekiranya doktor anda tidak dapat memperolehi gambaran yang jelas, mungkin terdapat keperluan untuk anda dipanggil bagi melakukan ujian sekali lagi. 

    Adakalanya bergantung kepada masalah kesihatan atau gejala yang dialami, doktor mungkin akan meminta anda menjalani ujian ultrasound pelvis atau perut terlebih dahulu sebelum melakukan ujian ultrasound transvaginal. 

    Sekiranya anda berasa sangat tidak selesa semasa prosedur ujian dilakukan, doktor mungkin akan memilih untuk melakukan ultrasound transabdominal.

    Jangan risau, ujian tersebut tidak memerlukan transduser dimasukkan ke dalam perut. 

    Sebaliknya, doktor akan meletakkan gel ke atas perut dan kemudian menggunakan alat genggam untuk melihat organ pelvis anda.

    Pendekatan ini juga adalah pilihan untuk dilakukan kepada kanak-kanak jika gambaran pelvis diperlukan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan